Pages

Thursday, 28 September 2017

Bonsai: Pokok baru - Bebuas2 & Santalia4 (Sep 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hujung minggu lepas penulis telah terjebak dengan pembelian pokok bonsai baru. Kalau ikutkan hanya nak tengok-tengok aje tapi akhirnya terbeli.

Sebelum tu penulis sebenarnya terjumpa dalam laman sosial pasal penjualan pokok bonsai secara online. Jadi, penulis menghubungi penjual dan selepas berkomunikasi dengannya, penulis menetapkan temujanji untuk bertemu dengan penjual memandangkan lokasi nursery beliau di sekitar kawasan penulis.

Penjual telah memberikan lokasi untuk penulis tuju. Nursery beliau agak tersorok sedikit. Padanlah penjual tidak dapat memberikan lokasi yang tepat. Penulis menunggu penjual di suatu tempat dan selepas berjumpa, penjual membawa penulis ke lokasi nursery beliau. Taklah jauh dari tempat pertemuan.

Tak banyak pokok bonsai yang dipamerkan. Katanya ini hanya sebahagian sahaja. Kebanyakkan pokok bonsai beliau masih berada di nursery utama beliau iaitu di negeri Kelantan.

Bonsai Bebuas - Bebuas2 (Sep 2017)

Setelah melihat-lihat, tanyakan beberapa soalan dan minta beberapa tips, penulis telah berkenan dengan 2 pokok yang dipamerkan. Penulis bertanyakan harga yang ditawarkan dan penjual memberikan 1 harga untuk kedua-dua pokok tersebut. Sebenarnya harga yang diberikan adalah diluar budget penulis sebab pada asalnya penulis hanya nak tengok-tengok sahaja. Nasib baik boleh bayar bulan-bulan.

Bonsai Santalia / Jeliti - Santalia4 (Sep 2017)

Tapi disebabkan penulis sudah berkenan maka berlangsunglah proses jual beli antara penjual dan penulis. Bertambahlah koleksi pokok bonsai penulis.

Bebuas2 & Santalia4

Sekianlah dulu entri kali ini. Hingga kita berjumpa lagi dilain entri.

4 comments:

  1. Dulu, pernah abg sy tanam pokok ni.. lama-lama terbiar tak terjaga... nasib tak beli, cari sendiri dalam hutan... cantik bonsai kalau dijaga,.. unik dan penuh seni pokok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru je berkecimpung dalam hobi ni. Masih belajar cara penjagaannya. Nak cari dalam hutan tak pandai, jadi.. saya beli lah pokok bonsai ni. Kalau ada tips tu.. share la ya.

      Delete
  2. Kalau beli yang dah jadi memang mahal harganya,
    Kalau mahir buat sendiri lagi bagus.
    cari pokok santalia dan bebuas yang ditanam di atas tanah (orang kampung banyak tanam) ubah ke pasu dan bentukkan menjadi bonsai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa sekarang ni memang dah ada yang tengah buat sendiri hasil cantasan pokok yang sedia ada. Bukanlah pokok yang ditanam atas tanah. Agak lambat jugaklah nak dapat hasil seperti yang dibeli.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.