Bonsai Santalia (Santalia1 Sep 2017) |
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Hari ini penulis nak kemaskini sikit mengenai pokok bonsai Santalia1. Sebelum ini, penulis sudah buat re-pot dan landscape. Jadi posting kali ini hanya nak update perkembangan terbaru tentang pokok bonsai ini.
Bonsai Santalia (Santalia1 Aug 2017). Gambar di atas sebagai rujukan selepas re-pot dan landscape. |
Selepas hampir 1 bulan pokok bonsai ini ditukar tanah ke pasir, cantas daun, dan cantas akar, kelihatan pokok ini tidak menghadapi masalah. Pertumbuhannya pun agak baik. Pucuk-pucuk baru tumbuh dengan pesatnya. Dan kini daun-daun sudah keluar menghijau. Ini petanda baik kerana pokok ini nampak sungguh subur.
Bonsai Santalia (Santalia1 - Sep 2017). Dari sudut kanan. |
Bonsai Santalia (Santalia1 - Sep 2017). Dari sudut kiri. |
Apa yang penulis tunggu adalah untuk pokok bonsai santalia ini mengeluarkan bunganya. Seperti yang kita tahu, keunikkan pokok ini yang ia mampu mengeluarkan bunga yang cukup wangi terutamanya pada waktu malam. Itulah yang penulis sedang tunggu. Setakat ini belum ada lagi tanda-tanda pokok ini akan mengeluarkan bunga.
Sekian sahaja untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.