Pages

Thursday, 21 September 2017

Bonsai: Pokok baru - Santalia3 (Sep 2017)

Proses re-potting pokok bonsai baru.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Pertengahan bulan lepas, penulis melawat satu kedai pokok bonsai di Sg Buloh. Nama kedai bonsai tersebut ialah Soon Li Bonsai Nursery. Lokasi kedai bonsai ini anda boleh klik disini. Terdapat banyak pokok bonsai yang dipamerkan untuk jualan. Antara pokok-pokok bonsai yang dijual di sini adalah dari spesis Juniper, Santalia, Bougainvillea, Bebuas, dan ada lagi yang penulis tak tahu nama pokoknya.

Tujuan penulis ke kedai ini adalah untuk mencari alat-alat penjagaan pokok bonsai seperti root rake, cutter, dan wayar aluminium. Malangnya kedai ini tidak menjual peralatan penjagaan pokok bonsai sebaliknya hanya fokus kepada penjualan dan penjagaan pokok bonsai.

Oleh kerana alatan yang penulis cari tidak terdapat di sini, penulis jalan-jalan sekitar kedai ini dan telah terjebak dengan kecantikkan satu pokok bonsai Santalia (selepas ini penulis akan namakan pokok ini Santalia3).

Bonsai Santalia - Santalia3 (Aug 2017)

Santalia3 - lepas 10 hari (Aug 2017)

Sekarang pokok Santalia 3 ni dah banyak daun yang tumbuh. Bunga santalia pun dah banyak. Malam-malam bila penulis duduk depan pokok ni, bau wangi je.

Santalia3 - Selepas sebulan (Sep 2017)

Setakat ini sahaja dulu cerita pasal Santalia3 ini. Penulis akan kemaskini lagi pasal pokok ini di masa yang akan datang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.