Pages

Sunday 30 September 2012

Jalan-jalan ke Genting Highland

Hari ni kami sekeluarga berjalan-jalan ke Genting Highland untuk meluangkan masa bersama-sama. Perjalanan dari rumah tak sampai 1 jam itu selamat tanpa masalah. Dalam perjalanan kami singgah di McDonalds untuk membeli makanan dan dibawa ke sana.

Kami hanya ke indoor theme park sahaja memandangkan anak-anak masih kecil.

Sekian.





























Saturday 8 September 2012

Irfan's Sport Day 2012 - Tadika Titian Sayang

Hari ini diadakan Hari Sukan 2012 untuk tadika Amirul Irfan iaitu tadika Titian Sayang. Irfan bersiap awal hari ni. Pukul 7am dah siap walaupun upacara bermula jam 8 pagi. Irfan mewakili rumah hijau. Amirul Aqil pun nak ikut jugak nak tengok abang dia bersukan.

Hari ini Irfan masuk dua acara. Yang pertama adalah susun tin (arranging can) dan satu lagi acara berjalan menggunakan kasut penyu (walking with turtle shoe).

Acara pertama team hijau Irfan dapat nombor 4 dan acara kedua dapat nombor 2. Good job Irfan.

Secara keseluruhan team Hijau dapat tempat yang ketiga. Hanya 3 mata sahaja beza dengan team Merah yang menduduki tempat kedua.

Sekian.
















Sunday 2 September 2012

Danish pertama kali gunting rambut

Hari ni bawak baby Danish, Abg Syafiq, dan Abg Irfan gi gunting rambut kat tempat biasa. Hari ni merupakan pertama kali baby Danish gi barber shop untuk gunting rambit sejak umur dia seminggu lepas cukur sampai botak.

Penulis tidak menghadapi masalah untuk potong rambut Syafiq dan Irfan sebab dorang besar. Aqil tak potong rambut hari ni sebab rambut dia masih pendek.

Pada awalnya Danish tak nangis tapi bila dia  dengar bunyi gunting dia dah mula pandang kiri kanan tak duduk diam. Lepas tu terpaksa la bapaknya dukung. Sepanjang gunting rambut, Danish tak duduk diam sebab duk cari dari mana datangnya bunyi gunting dan rimas dengan lebihan rambut yang dah di potong.

Dengan pengalaman yang ada (dah tiga anak lelaki), akhirnya siap jugak potong rambut Danish.

Sekian untuk kali ini.