Wednesday, April 24, 2013

Anak keracunan makanan

Sejak dua hari lepas anak-anak penulis telah mengalami keracunan makanan termasuklah isteri penulis sendiri. Kami tak pasti dari mana punca kami sekeluarga (kecuali penulis dan anak bongsu penulis, Danish.. setakat ni la) mendapat bencana ini.

Bermula dengan Allya yang rasa pening-pening pagi semalam dan tak larat nak bangun. Terpaksa ambik cuti untuk tidak ke sekolah.

Isteri juga terasa lenguh-lenguh badan dan pening kepala. Dia ambil keputusan untuk ke klinik ambil cuti bersama dengan Allya.

Aqil yang muntah sebanyak dua kali di taska semalam hingga tak dapat nak ke tadika. Cikgu di taska hantar sms mengatakan Aqil muntah-muntah dan tak larat nak ke sekolah.


Irfan pun balik dari sekolah semalam muntah-muntah. Dia terus baring sebab tak larat. Malam tadi walaupun nampak dia dah OK tapi akhirnya dia muntah juga.

Syafiq yang rasa pening-pening kepala berusaha juga nak ke sekolah tapi akhirnya dia telefon isteri dan bagitahu dia muntah kat sekolah dan minta untuk dijemput pulang.

Hari ini giliran penulis pula untuk menjaga mereka. Alhamdulillah.. pagi ini nampak Aqil dah aktif, Danish tiada tanda-tanda lemah badan, Irfan nampak bersemangat nak pergi sekolah tapi minta kebenaran untuk tidak ke sekolah agama sebab dia kata semalam dia just tidur je kat kelas. Syafiq pulak nampak OK cuma mintak penulis belikan air 100+ je. Cuma Allya sahaja yang masih rasa pening-pening dan mintak tak nak sekolah lagi.

Pagi ini penulis dapat message WhatApps dari staff yang berikan pautan di internet tentang tips menangani anak keracunan makanan.

Jadi disini penulis ingin juga kongsikan pautan yang berguna ini supaya menjadi rujukan pula kepada pengunjung blog ini.

Pautan 1: http://mamaglamdiva.blogspot.com

Pautan 2: http://www.eizil.com

Sent from my Samsung mobile.

7 comments:

  1. semoga tabah hadapi dugaan ni yer. Nak juga tahu makan kat rumah ke?
    kekadang tu sayur yang di masak tu. kena basuh betul betul then kalau boleh rendam dulu seketika. sebab racun kat sayur tu. pesan my hubby le bila nak masak sayur ni. takut keracunan.

    Tapi kalau makan kat tempat lain tu tak sure la mcm mana dorang masak kan..

    hmmm antibodi kamu kuat le tu.atau, Allah nak uji kesabaran kamu dalam menjaga anak anak dan isteri yang sakit serentak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks wantie. Kami ada order dan bungkus yee mee kung fu. Kami sekeluarga makan. Alhamdulillah, sehingga hari ni saya tiada tanda-tanda keracunan makanan tapi kesian anak-anak dan isteri. Terima kasih jugak sebab bagi saranan persiapan sebelum memasak.

      Delete
  2. Syukur semuanya semakin pulih.....
    Bagus ada kawan2 yg sering membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanif.. thank you bro. Alhamdulillah.. anak-anak dan isteri dah sihat.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.