Pages

Saturday 26 March 2016

Aquascape: Layout baru


Assalamualaikum wbt..

Malam semalam penulis mencuba idea baru untuk tangki ujian 1 laman air penulis. Sebelum ini tangki ujian 1 hanya dipenuhi dengan plastik kristal yang berbentuk seperti pasir dan pokok akuatik anubias dan beberapa tumbuhan air yang penulis tidak pasti namanya.

Tuesday 22 March 2016

Aquascape: Tangki naik algae


Assalamualaikum wbt..

Ahad lepas sebelum penulis memasukkan ikan-ikan ke dalam tangki laman air utama, penulis perasan yang ditepi-tepi tangki ada warna hijau-hijau tapi tak banyak. Sah lumut dah naik. Tangki perlu dicuci.

Monday 21 March 2016

Bonsai ke ni?

Pokok Bonsai (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt..

Semalam masa dalam perjalanan balik rumah, penulis singgah di satu nursery di Sg. Buloh beli baja kompaun. Lepas beli baja, penulis tertarik dengan ada satu pokok ni. Nampak macam bonsai tapi ntahlah.

Sunday 20 March 2016

Aquascape: Ambik ikan



Assalamualaikum wbt..

Hari ini penulis ke Aquascape Paradise, Shah Alam untuk mengambil ikan-ikan yang akan diletakkan ke dalam tangki aquascape utama penulis.

Friday 18 March 2016

Bonsai: Tunas baru (Mac 2016)

Pokok bonsai (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt..

Malam tadi penulis perasan kat bonsai ke-2, sudah ada tunas baru yang tumbuh. Ini satu progress yang baik.

Kalau ikutkan, bila ada tunas baru, dah boleh letak dawai untuk latih tunas tu ikut rekabentuk yang penulis inginkan tapi bila pikir balik, biarlah dulu.. bagi batang pokok besar dulu baru penulis akan cari masa untuk latih pokok tu mengikut kehendak penulis.

Sekian.

Monday 14 March 2016

Balik kampung

Dari kiri: Aqil, Danish, Irfan dan sepupu-sepupunya.

Assalamualaikum wbt..

Semalam kami sekeluarga balik ke kampung bersama dengan ahli keluarga yang lain. Lima buah kereta berkonvoi balik ke Kelantan/Terengganu melalui jalan LPT2 dan terus ke Kelantan.

Kami menginap di Hotel Perdana, Kota Bahru dan akan menginap di sini selama 3 hari 2 malam. Nama je balik kampung tapi duduk di hotel.

Sebenarnya, Kelantan adalah negeri kelahiran penulis tapi datuk dan nenek penulis sebelah ayah sudah tiada dan yang masih ada di Kelantan hanya pak saudara sahaja. Jadi untuk tidak menyusahkan beliau, kami semua menginap di hotel termasuk ibu dan ayah penulis.

Hari ini kami plan nak gi lunch di Yatie ayam percik. Belah petang akan ke Terengganu pula untuk balik kampung belah ibu penulis.

Sekian.

Saturday 12 March 2016

Aquascape: Ikan baru


Assalamualaikum wbt..

Petang tadi penulis ke kedai ikan untuk membeli ikan yang sesuai untuk diletakkan didalam tangki ujian kedua iaitu ikan neon tetra dan red barb. Ikan-ikan yang sedia ada, penulis telah alihkan ke tangki ujian pertama.

Aquascape: Kawasan pergunungan


Assalamualaikum wbt..

Sejak kebelakangan ni, penulis dapat idea untuk ubah tangki ujian yang kedua dari tumbuhan tropikal kepada kawasan pergunungan. Jadi, penulis perlu dapatkan batu-batu yang sesuai dan disusun rapi membentuk seperti di kawasan pergunungan.

Thursday 10 March 2016

Aquascape: Pengcahayaan yang berkesan



Assalamualaikum wbt.

Semalam penulis telah mengajukan satu soalan kepada pihak Aquascape Paradise mengenai pengcahayaan tangki aquascape. Seperti yang dinyatakan kepada penulis sebelum ini, pengcahayaan maksima adalah 10 jam dan minima 6 jam sehari.

Wednesday 9 March 2016

Bonsai: Tukar pasu (Mac 2016)

Pokok bonsai (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt..

Petang semalam sebaik sahaja balik dari tempat kerja, penulis terus tukar pasu bonsai yang baru dibeli tempoh hari ke pasu yang baru. Mengikut kata tokey bonsai Semenyih tu, kena guna tanah merah yang dibakar.

Tuesday 8 March 2016

Aquascape: Tenang

Tangki landskap aqua penulis

Assalamualaikum wbt.

Fikiran jadi tenang bila tengok suasana dalam tangki aquatik ini. Hari ni masuk hari yang kedua tangki landskap aqua penulis beroperasi. Setakat ini masih tiada perubahan sebab memang baru lagi umurnya. Java moss (daun) yang diikat pada drift wood (batang pokok) kelihatan menjadi kecoklatan. Kalau mengikut kata staff Aqua Paradise, pada awalnya nampak java moss seperti mati tapi sebenarnya ianya masih hidup cuma ia perlu sesuaikan diri dengan tangki baru sahaja. Perlu monitor lagi seminggu atau dua barulah akan dapat lihat perubahannya.

Monday 7 March 2016

Aquascape: Kongsi gambar ikan


 Assalamualaikum wbt..

Entri kali ini penulis hanya nak kongsikan sahaja gambar-gambar pokok akuatik dan ikan-ikan yang ada dalam akuarium baru yang menjadi tapak ujian penulis dalam mendalami ilmu aquascape.

Sunday 6 March 2016

Aquascape: Penghantaran tangki landskap aqua

Sudut hobi penulis

Assalamualaikum wbt.

Hari ini seperti yang dijanjikan, pihak Aquascape Paradise membuat penghantaran tangki landskap aqua yang telah ditempah semalam. Tepat jam 6:07pm staff Aquascape Paradise sampai dengan tangki yang dibungkus rapi. Memang kemas kerja dorang ni.

Sebelum mereka sampai, penulis telah menyiapkan tempat untuk diletakkan tangki landskap aqua. Siap sedia dengan power point.

Bonsai: Beli pokok baru (Mac 2016)

Pokok bonsai (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt.

Hari Khamis yang lepas, penulis telah melawat satu nursery di Semenyih, Sanfong Bonsai & Art Garden. Anda boleh Google nama nursery diatas (jika pautan yang diberi tidak membantu) untuk mengetahui lokasi tepat di Semenyih. Banyak pilihan pokok bonsai di sini. Harga dari puluhan ringgit ke ribuan ringgit.

Hasrat penulis ke sini adalah untuk melihat-lihat apa pilihan yang penulis ada untuk menambah koleksi pokok bonsai yang sedia ada (hanya ada satu je pun buat masa ni).

Saturday 5 March 2016

Aquascape: Tangki landskap aqua

Aquascape Paradise Shah Alam

Assalamualaikum wbt.

Hari ini penulis ke Aquascape Paradise di Shah Alam untuk membuat tempahan tangki landskap aqua yang pertama buat penulis.

Rekabentuk yang penulis impikan adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang dipaparkan dibawah ini. Gambar adalah hasil carian Google dan bukan hakmilik penulis.


Friday 4 March 2016

Bonsai: Cubaan awal

Pokok Bonsai pertama penulis (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt.

Selain dari aquascaping, penulis juga mula berjinak-jinak dengan hobi pokok bonsai. Ini adalah cubaan pertama penulis dalam hobi ini. Penulis beli pokok ini di kedai bunga kat Sungai Buloh dengan harga kalau tak silap dalam RM25. Nama pokok ni pun penulis tak tahu. Bila tanya pekerja di nursery tu (warga Myanmar), dia pun tak tahu sebab dia tukang jaga dan jual sahaja.

Penjagaan pokok bonsai ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana progressnya agak slow. Makan tahun.

Thursday 3 March 2016

Aquascape: Penjagaan akuarium

Moon platy dan Bard fish

Assalamualaikum wbt.

Sebelum penulis membicarakan topik hari ini, suka penulis nak kemaskini mengenai kualiti air yang menjadi kerisauan penulis sejak pagi semalam.

Sebaik sahaja penulis pulang dari tempat kerja, penulis terus ke bilik dimana letaknya akuarium penulis. Alhamdulillah, nampak ikan-ikan kesemuanya sihat dan cergas. Ini menandakan kualiti air agak baik. Mungkin semalam hari yang pertama dan belum ada masalah.


Wednesday 2 March 2016

Aquascape: Kualiti air


Alhamdulillah, nampak keadaan tangki selepas dibiarkan selama 7 jam agak jernih dan stabil tapi belum tahu lagi kualiti airnya. Adakah ianya merbahaya kepada ikan dan tumbuh-tumbuhan?

Tuesday 1 March 2016

Aquascape: Tapak ujian


Assalamualaikum wbt.

Hari ini penulis cuba tambah plastik kristal berwarna putih untuk dijadikan seperti pasir dan batu-batu sungai yang berwarna hitam. Lepas tu ditambah juga pokok-pokok hidup. Nampak cantik tapi masih tidak mencapai tahap keinginan sebenar penulis.