Bonsai Santalia - Santalia3 (Sep 2017) |
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Sudah lebih sebulan sejak pertengahan bulan Ogos yang lepas penulis memiliki pokok Santalia3 ini. Daun-daun pun sudah banyak yang tumbuh. Begitu juga dengan rumput-rumput liar yang tumbuh pada moss yang penulis jadikan rumput untuk landscape pokok bonsai ini. Hari ini penulis nak bersihkan lanskap supaya nampak lebih kemas.
Rumput liar sudah mula tumbuh dengan banyakknya. |
Jika diperhatikan secara dekat (rujuk gambar diatas) sudah banyak tumbuhan atau rumput liar yang bermaharajalela di kawasan lanskap pokok Santalia3 ini. Pada mulanya penulis biarkan sahaja tapi lama-lama nampak semak pulak sehingga menutupi sebahagian besar moss yang ditanam.
Untuk kerja-kerja pembersihan ini, penulis menggunakan root rake with faucet yang penulis baru beli dari sebuah kedai bonsai di Semenyih. Untuk aktiviti ini, penulis mencabut satu-persatu rumput dan tumbuhan liar dengan menggunakan faucet. Dengan cara ini, penulis masih mengekalkan kedudukan moss dan tidak terangkat bersama-sama rumput liar semasa proses mencabutnya.
Selesai aktiviti pembersihan lanskap. |
Hasil dari pembersihan ini, lanskap nampak lebih kemas dan cantik. Kerja-kerja pembersihan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Penulis mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mencabut satu-persatu sebahagian besar rumput dan tumbuhan liar yang tumbuh di lanskap pokok Santalia3.
Pandangan lanskap dari sebelah kanan. |
Pandangan lanskap dari sebelah kiri. |
Semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan, penulis merasa cukup tenang sekali kerana terhidu bau wangi yang dihasilkan oleh bunga pokok santalia. Memang cukup tenang sekali. Dibawah ini penulis kongsikan rupa bentuk bunga pokok santalia ini.
Bunga pokok santalia. |
Sekian sahaja dulu untuk entri hari ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.
Tanaman bonsai memang memerlukan penjagaan yang rapi.
ReplyDeletePokok santalia memang sesuai dibonsaikan.
Pokok santalia (atau sesetengah orang panggil Jeliti) agak mudah untuk dibentukkan dengan dawai sebab dahannya susah patah. Kita boleh bentukkannya mengikut kehendak kita.
Delete