Pages

Monday 12 August 2013

Raya di Semenyih


Assalamualaikum wbt.

Hari raya ketiga penulis beraya di rumah ibu mertua di Bandar Rinching, Semenyih. Dari Banting penulis terus ke Semenyih selepas selesai beraya di rumah bapa saudara isteri di Jenjarom. Kami sampai lebih kurang jam 12:30AM. Anak-anak dah tidur kepenatan sebab beraya.

Sunday 11 August 2013

Raya durian runtuh


Assalamualaikum wbt..

Hari raya kedua kami balik beraya di Banting (kampung belah isteri) iaitu di Kampung Tali Air. Kami bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 10:00AM dan singgah sebentar di rumah parents sebab Ma ada nak bagi hadiah yang dibeli masa buat umrah tempoh hari pada ibu mertua penulis. Lebih kurang jam 11:00AM baru bertolak dari Gombak ke Banting.

Saturday 10 August 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013


Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Alhamdullilah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kini tiba masanya untuk kita menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Setelah bertahun-tahun kami beraya di Airport sebab menyambut parents yang buat umrah di bulan Ramadhan di Mekah, tahun ini kami beraya di rumah kerana tahun ini parents buat umrah 2 minggu lebih awal sebelum masuk bulan Ramadhan.

Sunday 4 August 2013

Kad raya dari Abe Kie


Assalamualaikum wbt

Hari ni check peti surat, ada sepucuk surat yang ditujukan kepada penulis. Nampak gaya macam kad raya. Di bahagian stem telah di cop dari Kota Bharu. Tengok belakang ada di tulis daripada siapa.