Pages

Sunday 28 October 2012

Nasik lemak buatan sendiri

Hari ni kami sekeluarga bersarapan dengan nasik lemak buatan sendiri di rumah ibu mertua di Bandar Rinching, Semenyih.

Nasik lemak buatan sendiri
Sementara menunggu nasik lemak buatan sendiri siap dimasak, penulis serta dua sahabat bersaudara ni, (Aqil & Danish) duduk berehat diluar rumah sambil menghirup udara segar.





Inilah hasilnya.. nasi lemak, sambal ikan bilis yang mantap, telur rebus omega 3, ayam goreng. Hasil air tangan isteri dan ibu mertua.

Sambal ikan bilis mantap

Ayam goreng yang menyelerakan

Telur rebus Omega-3 yang terbaik dari ladang
Penulis seperti biasa, dua kali tambah. Irfan dan Allya, sepinggan penuh. Syafiq, macam biasa kurang makan sebab duk sibuk nak main game. Aqil, ibunya yang suapkan. Danish, nak makan sendiri dan tak mau disuap, akhirnya.. buat sepah aje.

Sekian.

Saturday 27 October 2012

Raya ke-2 Aidil Adha


Hari ni penulis bawa keluarga balik kampung sebelah isteri di Bandar Rinching, Semenyih.

Perjalanan dari Gombak ke Semenyih agak tenang kerana tak banyak kereta yang berada atas jalan. Maklum saja, hari raya. Lagipun penulis memandu agak berhati-hati kerana AES sedang beroperasi di seluruh negara. Kelajuan maksima yang penulis pandu kereta tadi adalah 110 km/j, itupun semasa hendak memotong tadi. Purata kelajuan adalah 80km/j sahaja.

Sekian.

Friday 26 October 2012

Hari Raya Aidil Adha 2012

Tahun ini kami beraya di rumah parents di Gombak. Semua keluarga berkumpul seperti biasa di malam raya. Keluarga Abg Di selamat sampai dari Penang lebih kurang pukul 3:00am tanpa mengharungi trafik jem kerana melawan arus.

Balik dari solat raya kami makan beramai-ramai. Juadah utama adalah ayam percik kuah putih yang menjadi makanan kegemaran penulis. Rendang ayam juga ada yang dimasak oleh tukang masak terkenal, Chef Aswad. Nasik impit dan kuah kacang juga terhidang yang dimasak oleh kaum hawa (baca Adam dan Hawa - Cikgu Hafidz dan Chef Aswad adalah peminat setia Program TV ini).

Lepas makan kami duduk sambil borak-borak dan sempat juga penulis dan Chef Aswad mendapat serba sedikit pengetahuan mengenai ilmu fotografi yang di kelolakan oleh Abg Di. Sambil itu juga, kami beramai-ramai melihat hasil kerja Abg Di menghasilkan custom album untuk Hari Raya Aidil Fitri 2012 yang lepas.

Jam 1:00pm kami bergegas pula ke Masjid As-Syakirin di Jalan Gombak untuk menunaikan solat Jumaat. 

Tahun ni hari raya korban jatuh pada hari Jumaat jadi ada dua khutbah dapat didengar dalam masa satu hari.
Balik dari solat Jumaat, sekali lagi kami makan bersama-sama dengan keluarga untuk makan tengahhari. Selepas makan, kami berehat dan sembang-sembang beramai-ramai.

Jam 4:00pm, Chef Aswad dan Hidayah sekeluarga yang nk bertolak ke Seremban untuk beraya di sana, menghantar Mama ke airport KLIA sebab Mama nak balik kampung di Terengganu ada majlis pertunangan sepupu kami di sana.

Sebelah malam pula, kami ke rumah keluarga mertua adik (Rosmunira) di Pandan Indah kerana ada jemputan makan malam di sana.

Tiada gambar yang diambil semasa berkumpul/beraya di Gombak kerana masing-masing sibuk bersembang. Dibawah ini adalah gambar-gambar yang di ambil semasa makan malam di Pandan Indah.

Sekian. 


Makan laksa penang yang terbaik dari Pandan Indah



Lepas makan laksa penang, duduk berehat sambil layan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah pula.

Thursday 25 October 2012

Aqil (3) & Danish (1+)




Gambar Aqil & Danish pakai kepala beruang panda yang Mummy beli masa trip ke China dulu.

Danish mula-mula tak nak pakai. Siap nangis-nangis lagi tapi lama-lama bila tengok abang dia, Aqil, pakai jugak, dia pun OK. Sampaikan tidur pun masih pakai kepala beruang panda tu.

Aqil macam biasa selagi Danish nangis, selagi tulah dia akan sakat si Danish ni.

Sekian.

Sunday 21 October 2012

Selamat hari lahir, Syafiq (12), Irfan (6)

Mummy dan Daddy nak ucapkan selamat hari lahir kepada Amirul Syafiq (12) dan Amirul Irfan (6) yang jatuh pada tarikh 25hb Oktober dan 12hb Oktober yang lalu. Semoga panjang umur.

Ucapan selamat hari lahir ini juga ditujukan kepada ibu (mertua) yang juga nenek kepada anak-anak kami.
Sambutan hari lahir tadi juga untuk Hadie (16) dan Farid (8) yang juga jatuh pada bulan Oktober.

Sekian.






Saturday 20 October 2012

Hari Raya Aidil Fitri 2012 custom album

Berikut adalah gambar-gambar untuk custom album Hari Raya Aidil Fitri 2012 Keluarga Haji Rofie dan Hajah Rahmah.

Custom album ini telah di design oleh RalphRofie Photography dari KakiLensa merangkap anak kedua dalam keluarga ini (Rafidi).



Hj. Rofie B. Hj. Ahmad & Hjh. Rahmah Bt. Hj. Idris.

Beraya di KLIA semasa menyambut kepulangan parents.




Keluarga Rosliza & Safri dan Keluarga Rafidi & Ela

Keluarga Amir & Ita dan Keluarga Nini & Dr. Halim

Keluarga Nira & Addylly dan Keluarga Suriana & Hasmani

Keluarga Hidayah & Aswad dan Keluarga Cikgu Hafidz & Cikgu Nanie

Adam dan Hawa


Friday 12 October 2012

Gambar terbaru Amirul Aqil

Semasa penulis sedang menunggu perlawanan Selangor vs Kelantan (perlawanan timbal balik) separuh masa kedua separuh akhir Piala Malaysia bermula, penulis ambil peluang mengambil gambar terbaru Amirul Aqil yang sedang sibuk duk main handphone. Hanya penulis dan Amirul Aqil sahaja yang berada di depan TV untuk menyaksikan perlawanan ini sebab mummy dan anak-anak yang lain sudah naik ke atas. Sama ada dah tidur ataupun melayan internet.

Now penulis nak layan bola.

Gomo Klate Gomo..








Dah tak mo main phone tu lagi Aqil. Nanti habis pulak bateri.

Thursday 11 October 2012

Phone jadi mangsa

Irfan dan Samsung GS2

Sekarang ni anak2 dah pandai main game, tengok YouTube kat phone. Setiap hari mesti ada game baru yang dorang install kat phone especially Irfan. Dia akan masuk Google Play dan install aje game2 yang dia rasa best. Biasanya phone mummy yang jadi mangsa. Phone daddy dorang tak berani sebab asyik kena marah aje. Jadi, untuk mengelakkan phone tu jadi "berat" dan penuh dengan game, terpaksalah daddy nya yang uninstall.

Lain pulak dengan Aqil. Dia suka tengok ABC song dan lagu Gummy Bear kat YouTube. Kadang-kadang tu sampai bateri tinggal 4% atau 5% je. Skit lagi dah nak empty. Sama jugak dengan Irfan, phone mummy yang jadi mangsa.

Irfan pun kadang-kadang buka YouTube jugak untuk tengok video pasal Lego atau truck radio control (RC). Penulis pun terjebak sama dengan dia bila ada video pasal mainan.

Syafiq dan Allya dah ada phone sendiri jadi dorang tak kacau sangat phone daddy and mummy.

Danish yang kecik sekali tu dah mula pandai rampas phone dari Aqil sebab dia pun nak tengok sama.

Sekian.