Pages

Friday 30 April 2010

Wife balik dari China

Hari Isnin lepas my wife balik dari trip ke China bersama-sama rakan office nya. I'm fetching her at the airport around 4.30pm. Her flight touched down about 3.30pm but she want to buy some stuffs at the airport.

Banyak jugak dia beli barang-barang sourvenier untuk hubby dia ni dan of course untuk anak-anak, Walaupun tak banyak masa untuk shopping, dia still usaha cari sourveniers for the family. Katanya, banyak masa dihabiskan untuk melawat tempat-tempat menarik di Beijing termasuklah Great Wall of China.

Welcome back mummy..

Sunday 25 April 2010

Irfan bersihkan laman utk majlis Aqiqahnya



Malam tadi Irfan tidur kat rumah neneknya sebab nak bermain dengan Sofia, sepupu dia. Ntah tidur pukul berapa dia ngan Sofia tu.

Pagi tadi Irfan bangun awal terus pergi tolong pak pak saudara dia bersihkan laman rumah. Aku sampai rumah parents, dia dah berpeluh-peluh. Dia bukan buat apa-apa pun just pegang penyapu tolak-tolak sampah. Tapi semangat Irfan tu yang patut dipuji.

Abang dia, Syafiq, macam biasa akan bersama dengan sepupu dia sorang lagi, Nazrul, untuk ke surau ikut atuk dia gi ngaji.

Saturday 24 April 2010

Aqil rindukan mak nya.

Malam tadi Aqil menangis style manja-manja gitu. Dia rindukan maknya aku rasa. Baru sehari tak jumpa dah rindu. Tapi nasib baik dia masih ikut routine dia. Balik dari taska, dia akan tidur dulu dari pukul 7.00pm hingga 8.30pm. Lepas tu bangun untuk makan. Dalam pukul 10.00pm dia akan tidur balik kat tempat tidur dia. So, boleh la aku gi main badminton.

Hari ni Syafiq tuisyen instead of pergi sekolah ganti. Dia kata bukan belajar pun kalau sekolah ganti. Cikgu suruh buat kerja sendiri aje. Allya ada kem solat kat sekolah dia sampai pukul 1.00pm. Irfan duk mengadu basikal dia rosak. Dia suruh betulkan rantai basikal dia yang tercabut. Lepas siap repair, dia layan naik basikal kat depan rumah sorang-sorang.

Petang ni, aku akan bawak anak-anak dan mak mertua ke rumah parents aku. Sebenarnya aku nak bersih-bersihkan sikit laman rumah tu sebab next week 1hb Mei akan diadakan majlis aqiqah Allya dan Irfan bersama-sama dengan sepupunya yang lain.

Malam tadi dapat panggilan wife dari China. Dia masih duk pesan itu ini. Aku rasa dia duk risau aku tak leh handle especially persiapan anak-anak masa ketiadaan dia. You just enjoy yourself kat sana, don't worry about us here. InsyaAllah, I will handle everything with help from Mak, hehehe..

Ok itu aje setakat ini.

Thursday 22 April 2010

Wife ke China.

Hari ni wife ke China ikut rombongan rakan sepejabat. Bangun awal pukul 4.00am untuk bersiap. Pukul 5.00am bertolak ke KL Sentral sebab berkumpul di sana pukul 5.30am. Around 5.15am dah sampai sebab jalan tak jem. Kalau tak kerana hujan, rasanya 10 minit pun boleh sampai.

Sebelum bertolak, berkali-kali dia duk pesan buat itu, buat ini, baju anak, etc etc.. Dia duk pesan tu sebab takut aku terlupa, yang sememangnya aku ni pelupa. Nasib baik mak mertua datang untuk membantu. Kalau tak de mak mertua, huru-hara jadinya.

Wife akan berada di China selama 5 hari. Isnin balik Malaysia. Aku ambik cuti setengah hari nanti sebab nak gi ambik dia kat KLIA.

Wednesday 14 April 2010

Pendrive 1Malaysia

Semalam aku iklankan satu produk 1Malaysia di Mudah.my. Ianya adalah satu produk pendrive yang boleh simpan data berkapasiti 4GB. Aku baru je berjinak-jinak dengan bisnes online ni.

Hasil dari pengiklanan itu, respon terhadap produk ni sungguh menggalakkan. Maklumlah design dia 1Malaysia yang sekarang ini hangat diperkatakan. Produk ini sesuai untuk dijadikan souvenier kepada staff, client, rakan-rakan diluar negara, atau sebagainya.

Di Mudah.my anda boleh search for "Pendrive 1Malaysia" dan anda akan jumpa dengan iklan yang saya masukkan.

Kepada yang berminat, bolehlah hubungi saya di alamat email amirofie[at]gmail[dot]com. Nyatakan nama, alamat penghantaran, nombor phone (jika mahu), dan kuantiti tempahan. Cara pembayaran dan penghantaran, akan dibincangkan selepas menerima tempahan dari anda.

Serba sedikit mengenai produk ini:-
Harga: RM45.00
Kapasiti: 4GB
Aksesori: Lanyard (tali) diberikan secara percuma.
Casing Pendrive 1Malaysia: Tambahan RM3 setiap satu.

Sekian.
----------
Sent from my nokia device.

Sunday 11 April 2010

Syafiq nak bela ikan.

Lepas Syafiq mengaji pagi tadi dengan sepupu dia, Nazrul, dia duk ajak gi beli ikan. Sebelum ni dia pernah ada ikan laga hasil pemberian Ayah Su dia, Apit tapi sebab asyik lupa je nak bagi makan, terus mati ikan tu.

Dalam perjalanan balik rumah, bawak Syafiq dan Nazrul (Nazrul ikut balik rumah sebab dia bagitau parents dia suruh ambik kat rumah ayah ngah, that's me) ke kedai ikan kat Taman Gombak. I bought ikan gappy 4 ekor (2 jantan, 2 betina), bekas untuk letak ikan termasuk aksesorinya sekali.

Pesan kat Syafiq suruh dia jaga ikan tu betul-betul. Jangan bagi mati. Bagi ikan tu makan setiap hari without fail.

Aqil dah pandai berdiri sendiri

Ini gambar terbaru Aqil. Baru je ambik dengan phone tadi. Masih panas lagi nih.. hehehehe.. dia dah pandai bangun berdiri dengan sendiri tanpa bantuan meja, kerusi dan sebagainya. Tahniah Aqil.






Cuma yang daddy marah ni sebab Aqil suka sangat buat sepah. Habis majalah mummy Aqil koyakkan. Kat tangan tu ada je makanan. Mentang-mentanglah gigi dah tumbuh banyak. Sekarang ni dah ada 5 gigi belah atas dan 2 gigi belah bawah.

Oklah, sekian

Gambar-gambar dalam phone

Gambar-gambar ni diambil masa bulan 3 yang lalu. Masa ni tengah tunggu Mummy beli KFC kat Bandar Baru Rinching, Semenyih. Kat luar KFC tu ada taman permainan. My kids apa lagi, kalau dah nampak playground, sure merayu-rayu punya nak gi main kat situ. KFC ni berkembar dengan Pizza Hut actually. Lebih kurang yang ada kat Wangsa Maju tu.




Gambar atas kanan: Aqil baru belajar nak naik kuda. Gambar atas kiri: Allya tersenyum lebar sambil pegang adik dia, Aqil. Gambar bawah kanan: Syafiq tak sabar nak gi melompat, tapi sebelum melompat, dia kena jaga adik dia untuk ambik gambar. Gambar bawak kiri: Irfan dengan gaya nak terjun, memang payah nak ambik gambar dia ni.

Tolong adik buat blog

Semalam aku sekeluarga pulang ke kampung mertua di Semenyih. Alhamdulillah, Mak dan Abang Jamal sihat walafiat. Sempat jugak tengok bola final Piala FA antara Negeri Sembilan dan Kedah tapi tak tengok habis. Lepas dinner baru bertolak ke Gombak.


Lebih kurang pukul 11.30pm aku hantar Syafiq ke rumah parents aku sebab dia dan sepupunya akan ikut atuk dia ke surau untuk belajar ngaji lepas subuh. Sebelum aku sempat balik, Apit, adik aku mintak tolong ajar buat blog untuk aktiviti dia masa di maktab perguruan. So dalam masa lebih kurang 2 jam aku duk ajar maka terhasillah blog dia tu. Alamat blog dia macam ni hafidzrofie.blogspot.com .


Hari ni aku tengok dia dah masukkan hasil kerja masa dia di maktab perguruan tu. Selamat maju jaya untuk Apit dalam bidang professional yang diceburinya itu.

Saturday 10 April 2010

Love you..

Ini photo terbaru isteriku. Sebelum ni dia cuba nak ambik gambar dia sendiri dengan menggunakan handphone nya tapi merungut sebab gambar yang dia ambik tu blur je. Puncanya sebab tak fokus. So aku offer la untuk ambikkan gambar dan ajar dia macam mana nak fokus guna Nokia E71. So inilah hasilnya. hehehehe..




Untuk pengetahuan mana-mana yang tak tahu cara macam mana nak fokus kamera bila guna kamera handphone Nokia E71, anda hanya perlu tekan nombor 2 sehingga objek yang nak diambil itu clear dan handphone akan mengeluarkan dua bunyi beep. Lepas tu barulah tekan butang tengah untuk ambil gambar.

Friday 9 April 2010

Muhammad Amirul Aqil

Muhammad Amirul Aqil dilahirkan pada 16/05/2009 di Ampang Puteri Specialist Hospital. Anak ke-4 dari 4 adik beradik. Sebenarnya posting dah lama nak dimasukkan tetapi disebabkan asyik terlupa je, langsung tak dimasukkan awal-awal masa dia lepas lahir.





Sekarang ni Amirul Aqil sudah nak masuk 11 bulan. Dia dah pandai berjalan sikit-sikit tapi kalau merangkak, bukan main laju lagi. Dah pandai bergurau dengan abang-abang dan kakaknya.

Oklah, itu sahaja untuk setakat ini.