Saturday, December 17, 2011

Hari Keluarga Kelab Honda Odyssey Malaysia

Hujung minggu lepas pada 9, 10, dan 11hb Disember 2011, aku berpeluang untuk membawa isteri dan anak-anak bercuti dan berkonvoi dari R&R Seremban ke Lotus Desaru Beach Resort sempena Hari Keluarga Kelab Honda Odyssey Malaysia.

Banyak aktiviti kekeluargaan yang dianjurkan oleh ajk seperti sukaneka, pakaian berhias, talentime, bbq dinner, dan acara bergambar bersama ahli kelab dan keluarga masing-masing.

Suasana persekitaran tempat penginapan sungguh menarik dan cukup sesuai jika ingin membawa keluarga untuk bercuti. Terdapat water theme park yang mana memang sesuai untuk anak-anak bergembira sempena cuti sekolah.

Bilik penginapan juga cukup menarik di mana ianya dibahagikan kepada dua tingkat. Tingkat bawah adalah ruang tamu dan di atas adalah katil.

Makanan yang disediakan juga cukup memuaskan. Oleh kerana kawasan penginapan adalah cukup luas maka pihak resort ada sediakan shuttle bus atau van untuk membawa pengunjung dari bilik hotel ke tempat makan dan sebaliknya.




Sebanyak 40 buah kereta Honda Odyssey dari seluruh Malaysia (dari Northern, Central, dan East Coast) berkonvoi dari R&R Seremban terus ke Desaru menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Dalam perjalanan menuju ke Desaru, kami singgah di R&R Pagoh untuk bergabung dengan 2 buah lagi kereta Honda Odyssey dari Southern.

Akhir sekali sebanyak 10 buah lagi yang kesemuanya wakil Southern, bertemu di tol terakhir sebelum menuju ke destinasi iaitu di Lotus Desaru Beach Resort. Jadi, secara totalnya sebanyak 52 buah kereta Honda Odyssey menjalar di jalanraya dari tol terakhir menuju ke resort, tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam.

Banyak aktiviti kekeluargaan yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh AJK hari keluarga ini. Terima kasih kepada wakil Southern kerana merancang dan mengendalikan acara murni ini dengan begitu teliti sehingga tiada langsung nampak cacat celanya.

Kesimpulannya, semua ahli kelab yang menghadiri hari keluarga ini sangat berpuas hati hingga ada yang berasa sedih untuk meninggalkan tempat kejadian dan berpisah dengan rakan-rakan baru mahupun yang lama.

Thursday, December 15, 2011

Gambar terbaru

Ini gambar terbaru penulis dan isteri. Dan dibawahnya pula adalah gambar terkini Syafiq (11), Irfan (5), dan Allya (8). Gambar Aqil dan Danish tiada sebab gambar mereka masih lagi berada dalam kad memori kamera DSLR.

Gambar ini diambil semasa percutian keluarga bersama Kelab Honda Odyssey Malaysia tempoh hari di Lotus Desaru, Johor, menggunakan kamera phone. Jadi, gambar-gambar boleh terus di post menggunakan phone.

Sekian.


Thursday, December 8, 2011

Aqil makin nakal



Sekarang ni Amirul Aqil (gambar atas) dah makin nakal dan suka sangat menyakat adik dia Amirul Danish.

Gambar ni diambik masa penulis bawa anak-anak ke KLCC Toy R Us last weekend sempena cuti sekolah.

InsyaAllah, esok penulis bersama keluarga akan bercuti di Desaru pula.
posted from Bloggeroid