Pages

Wednesday, 20 September 2017

Kemaskini Aquascape tanks (Sep 2017)

Tangki aquascape milik pemilik

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri hari ini penulis hanya nak kemaskini kondisi aquascape tanks milik penulis. Setakat ini hanya 3 tangki sahaja yang diselenggarakan. Tak banyak perubahan sejak kali terkahir penulis kemaskini.

Gambar-gambar dibawah ini adalah rupa tangki-tangki aquascape milik penulis. Untuk pengetahuan, buat masa ini penulis hanya buat maintenance sahaja. Tiada pokok baru yang ditanam atau alatan baru yang dimasukkan.

Tangki utama (Tank1)

Kesemua tangki diaturkan dengan suhu lebih kurang 25°C - 27°C. Suhu ini dicapai dengan memasang cooling fan di setiap tangki.

Lampu dipasang hanya 6 jam sahaja iaitu dari pukul 10:00AM hingga ke pukul 4:00PM. Tujuannya adalah untuk mengawal pertumbuhan algae.

Tangki ujian

Setiap tangki dibekalkan dengan gas karbon dioksida (CO2) dan fertilizer untuk pertumbuhan dan kesegaran pokok-pokok di dalam tangki aquascape.

Penulis juga membuat water change setiap 2 hari sekali. Jumlah air yang ditukar hanyalah 10% sahaja untuk setiap tank. Begitu juga dengan memberi makanan kepada ikan-ikan iaitu 2 hari sekali sahaja.

Tangki kedua (Tank2)

Penulis hanyalah membuat maintenance sahaja. Cara dan tetapan di atas, penulis sudah lakukan sejak 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah setakat ini tiada serangan algae, air cukup jernih, ikan pun sihat dan pokok-pokok akuatik juga tiada masalah, sihat dan segar.

Setakat ini sahaja kemaskini tangki aquascape milik penulis. InsyaAllah, jika berkesempatan penulis akan cuba kemaskini di masa akan datang.

Sekian.

3 comments:

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.