Pages

Saturday, 16 September 2017

Bonsai: Alat pencakar akar

Root Rake with Spatula (top), Root Rake with Faucet (middle), Spatula with Faucet (bottom). Photo is courtesy from Google 

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak berkongsi satu alat penjagaan pokok bonsai. Alat ini penulis namakan sebagai "pencakar akar" atau root rake.

Sebenarnya penulis dah lama duk cari alat ni. Sebabnya setiap kali tengok video klip Nigel Saunders, beliau akan gunakan alat ini untuk pisahkan tanah dari akar pokok semasa aktiviti re-potting bonsai beliau. Penulis teruja dan ingim miliki alat seperti yang beliau gunakan. Puas penulis survey kedai bunga dan bonsai nursery tapi tak jumpa. Ada jugak sesetengah tokei kedai yang tak tahu akan kewujudan alat ini.

Di Lazada ada jual tetapi sudah sekian lama statusnya masuk out of stock. Harga yang ditawarkan di Lazada pun agak menarik.

Sebelum Hari Raya Haji tempoh hari, penulis singgah di Sanfong Bonsai Nursery, Semenyih dan bertanyakan alat ini. Tokeynya kata dulu ada jual tapi sudah habis. Yang ada hanya Single Root Rake. Tokey kedai kata dia sebenarnya akan ke Vietnam pada awal bulan September dan kalau sempat dia akan carikan alat yang seperti saya inginkan. Dia juga berniat untuk jadikan stock di bonsai nursery milik beliau.

Dua hari lepas, Fenny (pemilik Sanfong Bonsai Nursery) hantar message kepada penulis melalui applikasi Whatsapp, mengatakan dia sudah belikan alat tersebut untuk penulis tetapi tidak menepati spesifikasi yang penulis berikan (stainless steel bonsai root rake with spatula). Katanya root rake with spatula sudah tiada stock. Yang ada hanya root rake with faucet. Takpelah, penulis tak kisah janji penulis dapat alat pencakar akar tu.

Bonsai root rake with faucet

Hari ni, penulis ke Sanfong Bonsai Nursery untuk mengambil alat yang telah dibeli. Beginilah rupa alat pencakar akar milik penulis yang dibeli di Vietnam (rujuk pada gambar dibawah). Sebelum ini, penulis juga telah membeli alat pencakar akar tapi yang jenis single root rake di kedai yang sama.

Bonsai root rake with faucet and single point root rake

Lepas ni bila nak buat aktiviti re-potting, penulis akan gunakan alat-alat ini untuk mempercepatkan proses memisahkan tanah dari akar dan juga untuk menjaga akar supaya tidak rosak teruk.

Sekian sahaja untuk hari ini. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.


2 comments:

  1. Kira macam peralata doktor juga.
    Untuk merawat pokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. lebih kurang gitulah. Macam bertukang, perlu ada peralatan yang sesuai untuk bertukang.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.