Sunday, 29 April 2012

Sarapan di McD

Pagi ini penulis dan isteri membawa anak-anak bersarapan di McDonalds MRR2 Arah Kepong. Keputusan di capai setelah agak lama tidak bersarapan di McD.

Pernulis tersenyum sendiri bila tengok gelagat baby Danish yang dah mula pandai makan sendiri dan minum air milo menggunakan straw.

Bersarapan di sini agak ringkas dan mengenyangkan.

Sekian.

Irfan.
Aqil, Mummy, Allya.
Irfan, Syafiq.
Aqil.
Allya, Danish, Irfan.
Danish (dah kuat makan dah sekarang ni).
Allya, Irfan.

Lawatan ke kilang oleh Irfan


Pada hari Jumaat yang lepas, tadika Irfan, Tadika Titian Sayang, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang Vitagen. Irfan sangat excited sekali dengan lawatan ini. Seperti tahun lepas semasa dia berumur 5 tahun, lawatan seperti ini juga diadakan tetapi masa tu ke kilang Gardenia.


Irfan telah berpesan kepada penulis dan isteri tentang lawatan ini berkali-kali sebelum tidur pada malam sebelumnya untuk kejut bangun awal pada pagi esoknya.

Seperti yang dijanjikan, kami telah mengejutnya awal pagi dan Irfan begitu pantas sekali bersiap untuk ke sekolah tadikanya. Walaupun pada hari-hari lain Irfan memang mudah bangun dan bersiap untuk sekolah tapi pada pagi hari lawatan tu tanpa disuruh untuk mandi dan bersiap, dia dengan pantasnya bangun, mandi, bersiap dan bersedia untuk ke sekolah.


Irfan cukup gembira sekali dengan lawatan itu hasil dari lawatan tersebut, semua pelajar tadika itu telah dihadiahkan satu pek vitagen. Irfan membawa pulang dan dikongsikan dengan abang, kakak serta adik-adiknya.

--
sent via samsung mobile

Monday, 2 April 2012

Bercuti di Cameron Highland

Untuk mengisi masa lapang sempena cuti sekolah, aku dan isteri bawa anak-anak untuk berehat di Cameron Highlands. Pertama kali aku dan isteri berkunjung ke Cameron Highlands adalah pada tahun 1999. Masa tu kami baru berkahwin dan kami tinggal di Hotel Equatorial. Kali kedua adalah masa bercuti bersama keluarga belah isteri dan juga bersama ibu dan arwah bapa mertua.

Kali ini kami ambil keputusan untuk tinggal di Hotel De La Ferns. Hotelnya cukup cantik luas dan cukuplah untuk kami bertujuh tinggal satu bilik. Penulis menggunakan perkhidmatan Agoda (for Android) untuk tempahan hotel ini kerana ianya cukup mudah dan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

Hotel De La Fern, Cameron Highland