Monday, December 31, 2012

Danish

Gambar terbaru Muhammad Amirul Danish. Sekarang ni umur dia dah nak menjangkau 2 tahun. Bergaya atas basikal abg Irfan yang dah rosak dan bersama bola baru yang dibeli untuknya.






Sunday, December 2, 2012

Mainan baru

Sabtu lepas kami membawa anak-anak untuk membeli-belah pakaian dan barangan sekolah. Sambil tu kami belikan juga beberapa mainan untuk anak-anak.

Aston Martin Racing DBR9 milik Irfan

Dah lama Irfan nak beli Aston Martin RC ni.

FACO BLOCKS untuk Aqil dan Danish.

Dah habis main, tolong simpan balik yaa.. jangan sepah-sepah..

Almari Barbie yang baru dibeli untuk Allya.

Allya bersama koleksi mainan Barbie yang dikumpul sejak kecik.

Bapaknya pun tidak ketinggalan menambah koleksi mainan untuk perhiasan.

Suzuki Hayabusa

DUCATI Valentino Rossi masih dalam kotak yang tak mungkin akan dibukak unless kalau anak-anak buat kacau.




Friday, November 23, 2012

ACSK 2012 - Anugerah Cemerlang Seri Kenangan

Seperti biasa pada setiap hari khamis malam Jumaat, kami akan berkumpul di rumah parents untuk sesi mengaji Al-Quran, berguru dengan Tuan Haji Rofie dan Hajah Rahmah merangkap ibu bapa kami. Malam ini (Khamis, 22hb November 2012) agak berbeza sedikit dari malam-malam sebelumnya kerana malam ini diadakan malam Anugerah Cemerlang Seri Kenangan 2012 (ACSK) bagi warga keluarga Seri Kenangan.

Sebelum itu Keluarga Gombak Selatan (Chef Aswad & Norhidayah) telah menjemput semua ahli keluarga untuk satu sesi solat hajat beramai-ramai. Tujuannya solat hajat diadakan untuk keselamatan Norhidayah yang pada ketika ini sedang mengandungkan anak ke-2 yang telah masuk bulan ke-8.

Keluarga Samudera
Tujuan ACSK ini diadakan sebagai motivasi kepada anak-anak kepada Keluarga Seri Kenangan yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun, peperiksaan UPSR, peperiksaan tadika sekolah masing-masing. Hadiah berupa wang ringgit telah disumbangkan oleh ibubapa kami yang merangkap atuk (Ki) dan nenek (Wae) kepada anak-anak keluarga Seri Kenangan termasuklah keluarga kami.

Tuan Haji Rofie & Hajah Rahmah
(sponsor kepada malam ACSK2012

Antara penerima-penerima anugerah adalah seperti berikut:-

Mohd Nazrul Hisyam Halim Shah, dari Keluarga Desa Petaling
Mohd Naufal Halim Shah dari Keluarga Desa Petaling
Amirul Syafiq dari Keluarga Samudera
Amirul Syafiq menerima sumbangan dari Achik Shana (dari Keluarga Shah Alam). Penyumbang khas untuk kategori UPSR untuk malam ACSK2012.
Adylyn Fatini dari Keluarga Melati
Allya Nadhirah dari Keluarga Samudera
Adylyn Alyssa dari Keluarga Melati
Naziha dari Keluarga Desa Petaling
Amirul Irfan dari Keluarga Samudera
Sofea Zahra dari Keluarga Gombak Selatan
Mohd Nazhan Halim Shah dari Keluarga Desa Petaling
Muhammad Amirul Aqil dari Keluarga Samudera
Mohd Hazim Mohd Hafidz dari Keluarga Gombak Utara
Nadhirah dari Keluarga Desa Petaling
Muhammad Amirul Danish dari Keluarga Samudera
Adriana dari Keluarga Shah Alam
Penerima anugerah yang tiada dalam gambar:-
  1. Safirah Nayly Mohd Safri dari Keluarga Batu Muda.
  2. Mohd Ilham Addylly Faisal dari Keluarga Melati.
Suasana di malam ACSK2012
Ketua keluarga Melati, Desa Petaling, Gombak Selatan, dan Gombak Utara sedang menunggu penerima-penerima anugerah mengambil tempat masing-masing. Bukan senang nak kawal penerima-penerima anugerah ini.
Allya Nadhirah, Amirul Irfan bergambar bersama Mummy (Joharita) selepas menerima anugerah cemerlang. KDK No.1.
TAHNIAH!!
Audience

Majlis penyampaian anugerah ini diakhiri dengan jamuan nasi arab yang disponsor oleh Chef Aswad dan Norhidayah.

Sekian.

Nota kaki: Tiada gambar semasa jamuan makan-makan kerana jurugambar sibuk nak makan.

Monday, November 19, 2012

Syafiq: Keputusan UPSR

Hari ini diumumkan keputusan peperiksaan UPSR Syafiq setelah ditunda dari tarikh yang sepatutnya iaitu pada 10.11.2012.

Keputusan UPSR Syafiq lulus semua matapelajaran dengan keputusan penuh seperti berikut:-

1. BM Penulisan [A]
2. BM Pemahaman [C]
3. English [B]
4. Mathematic [B]
5. Science [B]
Syafiq mendapat 1[A] 3[B] 1[C]

TAHNIAH kepada anakku Amirul Syafiq dengan keputusan UPSRnya. Alhamdulillah. Syafiq dah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Tahun depan dah naik ke sekolah menengah. Kena belajar dari awal dan tingkatkan usaha untuk lebih berjaya.

Sekian.

Syafiq bergambar di hadapan sekolah untuk kenang-kenangan.







Sunday, November 11, 2012

Irfan Graduation Day 2012

Hari ini adalah hari graduasi tadika Irfan dan juga untuk ambik kad laporan peperiksaan Irfan dan sijil tamat sekolah di Tadika Titian Sayang, Taman Samudera, Batu Caves, Selangor.

Tahniah kepada Amirul Irfan kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir. Kali ini Irfan telah mendapat tempat pertama dengan mendapat 6A untuk matapelajaran utama.


"TAHNIAH IRFAN KERANA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SANGAT CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN DAN MENAMATKAN SESI SEKOLAH TADIKA DENGAN JAYANYA" 


Class of 2012



Tahniah Amirul Irfan, dapat nombor 1.
Irfan bergambar untuk kenang-kenangan bersama Cikgu Ummi.

Allya nak bergambar dengan Cikgu Nasuha.

Cikgu Shanti, Irfan, dan Cikgu "tak tahu nama".
Gambar kenangan bersama Cikgu Shanti.

Irfan, Cikgu Nasuha, Allya.
Gambar kenangan bersama Cikgu Nasuha.




Mummy and Daddy very proud of you.

AR
Sent from Samsung Galaxy Note