Pages

Saturday 17 December 2011

Hari Keluarga Kelab Honda Odyssey Malaysia

Hujung minggu lepas pada 9, 10, dan 11hb Disember 2011, aku berpeluang untuk membawa isteri dan anak-anak bercuti dan berkonvoi dari R&R Seremban ke Lotus Desaru Beach Resort sempena Hari Keluarga Kelab Honda Odyssey Malaysia.

Banyak aktiviti kekeluargaan yang dianjurkan oleh ajk seperti sukaneka, pakaian berhias, talentime, bbq dinner, dan acara bergambar bersama ahli kelab dan keluarga masing-masing.

Suasana persekitaran tempat penginapan sungguh menarik dan cukup sesuai jika ingin membawa keluarga untuk bercuti. Terdapat water theme park yang mana memang sesuai untuk anak-anak bergembira sempena cuti sekolah.

Bilik penginapan juga cukup menarik di mana ianya dibahagikan kepada dua tingkat. Tingkat bawah adalah ruang tamu dan di atas adalah katil.

Makanan yang disediakan juga cukup memuaskan. Oleh kerana kawasan penginapan adalah cukup luas maka pihak resort ada sediakan shuttle bus atau van untuk membawa pengunjung dari bilik hotel ke tempat makan dan sebaliknya.




Sebanyak 40 buah kereta Honda Odyssey dari seluruh Malaysia (dari Northern, Central, dan East Coast) berkonvoi dari R&R Seremban terus ke Desaru menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Dalam perjalanan menuju ke Desaru, kami singgah di R&R Pagoh untuk bergabung dengan 2 buah lagi kereta Honda Odyssey dari Southern.

Akhir sekali sebanyak 10 buah lagi yang kesemuanya wakil Southern, bertemu di tol terakhir sebelum menuju ke destinasi iaitu di Lotus Desaru Beach Resort. Jadi, secara totalnya sebanyak 52 buah kereta Honda Odyssey menjalar di jalanraya dari tol terakhir menuju ke resort, tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam.

Banyak aktiviti kekeluargaan yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh AJK hari keluarga ini. Terima kasih kepada wakil Southern kerana merancang dan mengendalikan acara murni ini dengan begitu teliti sehingga tiada langsung nampak cacat celanya.

Kesimpulannya, semua ahli kelab yang menghadiri hari keluarga ini sangat berpuas hati hingga ada yang berasa sedih untuk meninggalkan tempat kejadian dan berpisah dengan rakan-rakan baru mahupun yang lama.

Thursday 15 December 2011

Gambar terbaru

Ini gambar terbaru penulis dan isteri. Dan dibawahnya pula adalah gambar terkini Syafiq (11), Irfan (5), dan Allya (8). Gambar Aqil dan Danish tiada sebab gambar mereka masih lagi berada dalam kad memori kamera DSLR.

Gambar ini diambil semasa percutian keluarga bersama Kelab Honda Odyssey Malaysia tempoh hari di Lotus Desaru, Johor, menggunakan kamera phone. Jadi, gambar-gambar boleh terus di post menggunakan phone.

Sekian.


Thursday 8 December 2011

Aqil makin nakal



Sekarang ni Amirul Aqil (gambar atas) dah makin nakal dan suka sangat menyakat adik dia Amirul Danish.

Gambar ni diambik masa penulis bawa anak-anak ke KLCC Toy R Us last weekend sempena cuti sekolah.

InsyaAllah, esok penulis bersama keluarga akan bercuti di Desaru pula.
posted from Bloggeroid

Wednesday 30 November 2011

Bercuti di Avillion Beach Resort, Port Dickson.

Pada 25 dan 26 November 2011 yang lepas, aku dan isteri bersama keluarga serta ibu mertua pergi bercuti dan merehatkan fikiran di Avillion Beach Resort.

Kalau ikutkan, ini adalah kali ke-3 (ke-2 untuk tahun ini saja), kami sekeluarga bercuti di sini. Kali yang ke-2, kami tinggal di water challet tapi kali ni di terrace apartment. Sebab kenapa kali ni tak duduk di water challet adalah kerana malam-malam bila air pasang, bunyi bising ombak dan Irfan takut dengan bunyi ombak tu. Seronok tengok anak-anak gembira main air kat kolam.

Semuanya puas hati sebab boleh main air lama-lama. Aku juga ambik peluang ini untuk ambik gambar dorang dan pemandangan waktu senja di pantai. Memang best tempat ni. Walaupun mahal sikit tapi ianya berbaloi bila dapat habiskan masa yang berkualiti bersama isteri dan keluarga tersayang.

Sekian.



















Monday 7 November 2011

Rabbit fun land


Hari ni, penulis membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan di sekitar Rabbit Fun Land yang terletak di kaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Bayaran untuk masuk adalah RM5 seorang dan kalau nak bagi makan pada binatang, RM10 dikenakan untuk sebungkus makanan.

Di sini terdapat banyak jenis arnab yang diternak. Selain dari ternakan, pengusaha juga menyediakan kandang arnab yang boleh diberi makan oleh pengunjung serta bermain-main dengan arnab.

Selain dari arnab, juga terdapat binatang lain seperti lembu susu, pelbagai spesis kambing, kuda padi, rusa, dan seladang. Lebih kurang macam mini zoo.

Seronok bila dapat tengok anak-anak berlari-lari sana-sini, bagi makan kambing dan arnab serta bermain-main dengan arnab.

Aqil dan Irfan yang pada mulanya agak takut bila arnab datang dekat mereka tapi lama-lama dah tak takut sangat.

Aqil takut-takut nak bagi arnab makan.
Irfan tengah bagi arnab makan.
Gambar kiri: Aqil yang pada mulanya takut nak rapat dengan arnab akhirnya bila abang-abang dia pujuk lama-lama dia jadi berani. Gambar kanan: Mummy dan Aqil.
Masing-masing berebut nak bagi arnab makan.
Allya pun nak bagi arnab makan.
Bukan main seronok lagi Irfan naik benda ni.
Semua seronok datang tempat ni.
Syafiq yang paling berani kasi makan pada kambing. Aqil masih takut-takut lagi.
Berhenti rehat selepas penat melayan kerenah anak-anak.
Lain kali bila balik Bandar Rinching, rasanya kami akan datang lagi ke tempat ini. Kalau nak adventure sikit, boleh panjat Bukit Broga pulak.

Sekian.


Sunday 6 November 2011

Makan2 di SR (part I)

Pada penghujung bulan September yang lepas, penulis dan isteri bawa anak-anak untuk menjamu selera di Restoran Secret Recipe (SR), Sri Gombak Prima.

Tujuan makan di SR ni adalah sebagai pra-sambutan hari lahir Syafiq yang jatuh pada tanggal 25/09 dan Irfan pula pada 12/09 yang lalu.

Mujur masa tu tak ramai orang, jadi kami boleh makan sambil bergambar sakan.