Pages

Tuesday, 19 September 2017

Bonsai: Anak-anak pokok Santalia (Sep 2017)

Anak pokok Santalia hasil dari cantasan (cuttings)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak kongsikan koleksi anak-anak pokok Santalia (wrightia religiosa). Anak-anak pokok ini penulis tanam hasil dari cantasan (cuttings). Untuk pengetahuan, pokok ini cukup senang untuk ditanam. Hanya dengan mencucuk sahaja hasil cantasan ke tanah, siram dan pastikan pada awal ianya ditanam, anak pokok ini tidak diletakkan di tempat yang direct sunlight. Ini adalah kerana anak pokok ini memerlukan tanah yang sentiasa lembab pada awal umurnya untuk kita pastikan akarnya mula tumbuh.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya penulis secara tak sengaja telah mencucuk hasil cantasan dahan pokok santalia ke pasu pokok asal. Pada mulanya penulis tidak mengharapkan apa-apa. Kalau anak pokok ini hidup maka hiduplah ia. Kalau matipun penulis tak kisah. Dua tiga hari lepas tu, penulis tengok anak pokok ni masih hijau dan hidup. Gambar dibawah ini adalah anak pokok yang penulis maksudkan. Hidup secara tak sengaja.

Hari ke-2 (Mac 2017)

Progress anak pokok Santalia.

Progress selepas 3 bulan - pokok yang sebelah kanan tu (Jun 2017).
Progress selepas 6 bulan (Sep 2017)

Penulis perhatikan yang pokok ini cukup mudah untuk ditanam. Jadi, sejak itu setiap kali penulis mencantas pokok Santalia, mana-mana dahan yang penulis nampak macam ada potensi, penulis cucuk sahaja dalam pasu-pasu kecik dan hasilnya, penulis sekarang sudah ada koleksi anak-anak pokok Santalia.

Sebahagian dari koleksi anak-anak pokok Santalia yang sudah besar.

Sebahagian lagi anak-anak pokok Santalia yang baru ditanam.

Penulis akan monitor progress anak pokok Santalia yang pertama ini secara rapat.

Jika dilihat dari gaya anak pokok yang pertama ini, penulis sedang cuba untuk bentukkan pokok ini untuk menjadi pokok bonsai yang berkonsepkan cascade (kengai - dahan yang menjunam ke bawah). Doakan agar penulis sabar dan berjaya menghasilkan kengai bonsai.

Sekian dulu untuk hari ini. Sehingga kita berjumpa lagi dilain entri.

2 comments:

  1. kalau nak xpress, tanam pokok santalia kat tanah supaya cepat membesar.
    Lepastu baru ubah ke pasu buat bonsai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak hehehe... tanah terhad. Kawasan rumah kecik je boss. Itu yang tanam dalam pasu je. Kikiki..

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.