Pages

Sunday 31 March 2013

Makan tengah hari di Al-Rawsha

Hari ini penulis dan isteri belanja Abah dan Ma, makan tengahari di Restoran Al-Rawsha iaitu sebuah restoran nasi arab dari Lubnan. Lokasi restoran nasi arab ini adalah di Kampung Pandan.

Masing-masing menunggu makanan dengan penuh sabar.

Sunday 24 March 2013

Rabbit Fun Land II

Salam to all.

Dah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini.

Sempena cuti sekolah yang pertama untuk tahun 2013 ini, penulis dan isteri membawa anak-anak pulang ke kampung di Bandar Rinching, Semenyih.

Bila berada di sini, tercetus idea oleh isteri untuk bawa anak-anak ke Rabbit Fun Land. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama adalah pada bulan November 2011. Masa tu Danish masih kecil dan tidak dibawa bersama. Dia tinggal dengan neneknya di rumah. Kali ini kami membawa Danish, Farid dan nenek bersama. Danish dah besar dan tak perlu lagi duduk dalam stroller.

Dari kiri: Syafiq, Irfan, Allya, Nenek, Aqil, Farid (sepupu), Mummy, dan Danish.

Saturday 9 March 2013

ASBAC vs Kelab SUTERA


Malam tadi telah berlangsung satu perlawanan persahabatan badminton antara All Star Badminton Club (ASBAC - kelab badminton yang penulis sertai) dan Kelab SUTERA (kelab badminton artis Malaysia).

Servis kereta


Hari ni sudah sampai masa untuk kereta ni di servis. Dah cukup 10,000km selepas servis yang terakhir. Sambil-sambil tunggu kereta diselenggarakan, penulis edit sikit-sikit photo yang ditangkap dengan menggunakan applikasi yang ada di phone untuk mengisi masa yang terluang.