Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera kepada semua.
Oleh kerana tiada kemaskini terbaru untuk pokok-pokok bonsai penulis, entri kali ini penulis nak berkongsi satu alat yang penulis baru beli iaitu alat fertilizer funnel.
Fertilizer Funnel
- When
watering, the dissolved fertilizer will seep through the inner tube and get
immersed into the media, preventing any damage to the specially planted moss on
the surface.
Sebelum ini penulis hanya tabur sahaja baja atas moss sebab tiada ruang pasir atau tanah pada lanskap untuk beri baja kepada pokok-pokok bonsai milik penulis. Masalahnya selepas beberapa hari moss akan menampakkan warna kecoklatan pada kawasan yang terkena baja. Bila dah warna coklat lama-lama moss akan mati dan ini akan mencacatkan lanskap pokok bonsai penulis.
Fertilizer funnel from Baba |
Jalan penyelesaian bagi masalah ini, penulis menggunakan fertilizer funnel yang mana alat ini akan menyalurkan larutan baja ketika menyiram pokok terus ke bonsai soil dan bypass lapisan moss diatas soil.
Idea ini penulis perolehi ketika berjalan-jalan di bonsai nursery dan bertanya kepada pemilik nursery, bagaimana untuk elakkan moss mati bila tabur baja pada pokok bonsai. Jawapan dari tokey kedai, cuba guna fertilizer funnel.
Fertilizer funnel yang telah dicucuk pada pasu pokok. |
Sebelum ini penulis tak tahu pun adanya alat ini dipasaran. Bila dah tahu, penulis terus cari di online store seperti Lazada dan Lelong. Harga di Lazada mahal sikit dari di Lelong. Jadi, penulis ambil keputusan untuk beli alat ini di Lelong.
Fertilizer funnel bersama Bebuas1 |
Oleh kerana penulis baru sahaja menggunakan alat ini maka penulis belum mengetahui akan keberkesanannya lagi. Kalau ikut teorinya memang menjadi. Maksud menjadi disini ialah larutan baja tadi disalurkan terus ke tanah. Mungkin penulis perlu menghancurkan sedikit baja supaya senang untuk air melarutkan baja.
Sekian dulu untuk kali ini.
Kreatif orang yang cipta alat ni.
ReplyDeletekalau Xde boleh guna juga baja larutan yang dispray terus pada pokok/moss
Ye betul. Memang kreatif. Rasanya yang cipta alat ni pun menghadapi masalah yang sama macam saya. Pernah juga saya guna baja cecair yang disembur pada dahan, daun, moss tu tapi harganya agak mahal. Alhamdulillah, saya jumpa kaedah ni dan akan cuba dulu keberkesanannyaa. Kalau pertumbuhan pokok pada kadar yang normal, maka berkesanlah cara ini.
Delete