Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
SELAMAT HARI RAYA HAJI kepada semua pengunjung B.O.A.R. Semoga kita diberkati oleh Allah SWT di atas ibadat yang kita lakukan.
Penulis mengambil peluang cuti raya korban ni untuk berkorban masa sedikit membuat 3S (Susun, Sisih, Suci) kepada tangki utama penulis iaitu Tank1.
Gambaran tangki sebelum 3S dilakukan. |
3S yang dilakukan adalah mencantas mana-mana pokok akuatik yang dah panjang dan besar daunnya, menyusun semula batu-batu yang dah beralih tempat serta membuat water change sebanyak 50% sambil menyedut habuk-habuk yang ada dalam tangki utama ini.
Kalau tengok pada pokok bonsai ni, moss yang dilekatkan pada ranting bonsai dah sarat menjalar. Sayang pulak penulis nak cantas. Jadi, penulis biarkan dulu. Hanya fokus untuk cantas pokok-pokok yang tinggi dan besar daun-daunnya.
Lepas ni penulis akan beralih ke Tank2 pulak untuk buat 3S. Itupun kena tengok masa yang terluang. Kalau ada, penulis akan kemaskini di sini.
Sekian dulu.. terima kasih kerana sudi singgah.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.