Pages

Friday, 6 October 2017

Bonsai: Pokok baru - Santalia5 (Oct 2017)

Bonsai Santalia5 (Oct 2017)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung BOAR.

Hari ni penulis just nak kongsi cerita pasal rezeki penulis dapat pokok baru (selepas ini penulis akan namakan pokok ini sebagai Santalia5) pemberian seorang rakan kerja.

Menurut rakan penulis, setelah pemergian ayah beliau, tiada orang nak uruskan pokok milik ayah beliau ini. Jadi, dengan rela hati, rakan penulis menghadiahkan pokok ini kepada penulis sebagai tuan baru yang seterusnya.


Oleh kerana teruja dengan pemberian ini, penulis tidak menunggu lama untuk menguruskannya. Langkah pertama adalah untuk meletakkan dalam pasu baru dan pada masa yang sama, memeriksa sistem akar untuk pokok ini.

Memang padat dengan akar. Dari pengamatan penulis berdasarkan kepadatan akarnya dan saiz batangnya, penulis rasa umur  pokok ini sudah melebihi 7 atau 8 tahun.


Setelah memisahkan tanah dari akar,  membersihkan akar, mencantas mana-mana akar yang dirasakan tidak perlu, pokok ini telah diletakkan kedalam pasu baru.

Dengan sistem akar baru ini, penulis telah menyusun kedudukan akar dengan cermat. Harapan penulis agar pokok ini akan kekal sihat sepanjang hidupnya.


Seperti biasa, penulis akan membuang sebahagian besar daun-daun asal sebelum memulakan proses memisahkan tanah dari akar.

Penulis akan meletakkan pokok ini di kawasan yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung selama lebih kurang 2 atau 3 minggu sehingga pucuk baru tumbuh.

Bonsai Santalia5 (Oct 2017)

Beginilah rupa pokok Santalia5 setelah diletakkan ke dalam pasu baru. Semoga pokok ini kekal sihat dan berkhidmat kepada tuan baru dengan jayanya.

Terima kasih diucapkan kepada rakan penulis akan pemberian pokok ini. InsyaAllah, dengan ilmu yang ada serba sedikit ini, penulis akan menjaga pokok ini sebaik mungkin.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.