Pages

Saturday 30 June 2012

Softball & KLCC Park & Wong Solo

Hari ni penulis membawa anak-anak (Irfan dan Aqil) ke padang di tempat kerja untuk sama-sama dengan penulis ke satu perlawanan softball antara Harimau Malaya (Malaysia) dan Hanshin Tigers (Jepun).
Barisan pemain dari Harimau Malaya & Hanshin Tigers
Penonton setia, Irfan dan Aqil.
Boring tengok orang tua bersukan, baik aku main game.
Kiri: Irfan dan Aqil bergambar bersama Okita-san.
Kanan: Irfan bergambar dengan Benten-san, Aqil takut dengan Benten.
Peace
 Lepas game, ada bbq kambing dan makan-makan. Memang sedap kambing panggang yang disediakan oleh caterer yang dipilih.
Kambing panggang
Belah petang pula, penulis dan isteri ke taman KLCC untuk bawa anak-anak beriadah.
















Lepas penat beriadah, kami semua singgah di restoran ayam bakar Wong Solo yang terletak di Kampung Baru. Boleh tahan juga masakannya. Restoran ni, isteri yang suggest.


Bergambar dulu sebelum makanan sampai.
Aqil dengan jus avocado
Kiri: Sotong goreng tepung.
Kanan: Ayam Bakar Wong Solo.

---
sent from samsung mobile

Saturday 23 June 2012

Syafiq Sports Day 2012

Hari ni Syafiq ada acara sukan kat Sekolah Kebangsaan Taman Selasih (SKTS). Tahun ni Syafiq masuk 2 acara iaitu acara 4x100m lari berganti-ganti dan 4x200m lari berganti-ganti.

Bersedia untuk larian 4x100m.
Syafiq jadi pelari pertama untuk acara 4x100m. Keptusan, tempat ke-4.
Syafiq jadi pelari ke-dua untuk acara 4x200m. Keputusan, tempat ke-3.

Irfan juga datang untuk beri sokongan pada abangnya.
Penyampaian hadiah tempat ke-3 untuk acara 4x200m.
Pingat yang diperolehi dari usaha Syafiq dan rakan-rakan untuk acara 4x200m.

Sekian.

Monday 18 June 2012

Gunting rambut

Semalam penulis bawa Irfan dan Aqil untuk gunting rambut. Inilah hasilnya.

Aqil dan Irfan bergaya dengan rambut gaya baru.

Wednesday 13 June 2012

Birthday


Today, 13th June is my birthday. Thanks to my wife dan anak-anak for the wishes and treat.

Hadiah hari ulang tahun dari isteri. Thank you sayang.










Friday 8 June 2012

Bercuti di Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan.

Sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2012 ini, penulis telah berdiskusi dengan isteri kemanakah arah tuju percutian bersama anak-anak kali ini.

Mulanya ingatkan nak ke Port Dickson, Negeri Sembilan tapi Hotel Thistle yang kami nak tempah sudah habis ditempah. Maklum sajalah, cuti sekolah. Jadi, untuk cuti sambil santai kali ini, kami memilih Kuantan sebagai lokasi percutian.

Dengan menggunakan applikasi agoda.com yang ada pada phone Android ini, tempahan boleh dibuat dalam masa 5 minit sahaja. Kami memilih Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan untuk bercuti 2 hari 1 malam pada 4hb dan 5hb Jun.

4hb Jun 2012.
Seperti biasa, target keluar rumah pukul 9:00am tapi hanya berjaya pada pukul 10:00am. Biasalah dengan karenah anak-anak dan banyak barang yang perlu dipacking walaupun isteri dah start packing dari malam tadi lagi.

Dalam perjalanan, kami singgah dibeberapa tempat untuk berehat seperti di R&R Temerloh. Sebelum sampai di R&R, penulis terserempak dengan satu lembaga berpakaian putih sedang duduk di bawah jambatan ditengah-tengah pembahagi jalan sambil memegang alat perangkap kelajuan. Rasanya penulis sudah kena tembakan lembaga putih tersebut sebab bila perasan ada lembaga putih itu, kelajuan semasa adalah 160km/j.

Kami sampai lebih kurang 1:30pm dan terus check-in sebab ada bilik yang sudah tersedia. Kalau ikut peraturan kebiasaan, check-in time adalah bermula dari pukul 2:00pm.

Lepas lunch nasi lemak yang dimasak oleh isteri, kami sekeluarga duduk berehat dalam bilik dan penulis pun melelapkan mata penangan nasi lemak yang sungguh sedap.

Sebelum bilik bersepah, baik ambik gambar dulu.


Bergambar beramai-ramai pulak.

Lebih kurang pukul 5:00pm, kami sekeluarga turun untuk berjalan-jalan di pantai. Bukan main suka lagi Aqil sebab dia dah boleh join abang-abang dan kakak main ombak. Danish didukung oleh isteri meronta-ronta nak turun untuk main ombak sama.

Bergambar dulu sebelum main ombak pantai

Danish dah macam tak sabar dah nak turun dari stroller.

Danish dah meronta-ronta nak turun dari dukung mummy.
Sukanya Danish bila dapat main air.


Syafiq dan Allya

Amirul Irfan

Muhammad Amirul Aqil


Amirul Syafiq

Lepas sejam main ombak, anak-anak semua dah tak sabar nak mandi kolam pulak. Danish tak boleh mandi kolam sebab masih kecik. Isteri dan Danish naik ke bilik dan tinggallah penulis kat bawah untuk perhatikan anak-anak mandi di swimming pool.

Bukan main suka lagi dorang bila dapat mandi kolam.


Aqil memang comel bila ambik gambar.


Lebih kurang pukul 7:00pm, kami naik ke bilik  bersiap-siap untuk dinner dengan parents dan adik (keluarga Shana & Hasmani dan keluarga Nini & Halim) yang kebetulan juga sewa hotel di Kuantan tapi di hotel yang lain, Hotel Zenith, Kuantan. Mereka sebenarnya on the way balik ke KL dari Besut dan singgah bermalam di Kuantan.

Kami dinner di sebuah restoran melayu, Restoran Gadeentomyam. Lauk yang dipesan adalah seperti siakap masak 3 rasa, telur bungkus, kerabu mangga, udang celup tepung, telur dadar, tomyam campur, kailan ikan masin, dan air sirap limau. Sedap jugak makan kat sini. Lepas ni kalau berpeluang ke Kuantan, InsyaAllah kami akan singgah lagi kat restoran ni.

Dinner di Restoran GadeenTomyam

Dinner bersama Abah dan Mama serta keluarga Nini/Halim dan keluarga Shana/Hasmani.

Lepas dinner kami pulang ke hotel masing-masing. Sampai hotel lebih kurang pukul 12:15am. Anak-anak pun dah tidur dalam kereta. Jenuh nak kejut dorang balik bila dah sampai hotel.

5hb Jun 2012.
Macam biasa kalau bercuti di hotel, hari kedua kami akan bersarapan dulu dan lepas tu baru anak-anak akan turun semula untuk mandi kolam kat swimming pool.

Bergambar dulu sebelum sarapan

Aqil tengah nak menyakat Danish, mission: rampas susu Danish.


Irfan merajuk tak nak ambik gambar.

Rakan sepergaduhan, Allya dan Syafiq.

Selesai bersarapan, anak-anak dah tak sabar untuk tukar pakaian mandi untuk turun ke kolam renang. Penulis hanya perhatikan sahaja gelagat Syafiq, Allya, Irfan, dan Aqil mandi dan main air di kolam.

Lebih kurang pukul 10:50am, penulis mengarahkan semua anak-anak supaya berhenti mandi dan naik ke bilik untuk bersiap sebab pukul 12:00pm dah kena check-out.

Bila dah sampai bilik, sekali lagi mereka diarah mandi semula untuk bersihkan diri. Syafiq dan Irfan mandi dulu. Tiba-tiba kedengaran macam orang terjatuh. Penulis dan isteri bergegas ke bilik air untuk tengok apa yang berlaku. Dalam bilik air, muka Irfan nampak berkerut tahan sakit. Syafiq kata Irfan tergelincir. Mula-mula nampak macam takde apa-apa tapi tiba-tiba Syafiq nampak darah. Penulis periksa muka dan kepala Irfan tapi tiada kesan luka. Syafiq nampak bawah dagu Irfan berdarah. Bila diperiksa, rupa-rupanya bawah dagu Irfan kulit dah terkoyak lebih kurang 10mm panjangnya.

Darah tak keluar sangat. Isteri terus letak gel gamat untuk stop bleeding. Penulis bergegas ke kedai yang ada dalam hotel di tingkat 1 untuk beli handiplast. Bila penulis sampai ke bilik semula, tengok Irfan tengah baring dan penulis terus letakkan handiplast supaya regangan pada koyakkan tadi tidak membesar. Irfan diarah untuk baring saja dan jangan banyak bergerak sebab khuatir bukaan luka tu bertambah besar.

Masa tu penulis rasa cukup aman sekali kerana semua anak-anak diam dan tak buat bising seperti sebelum kejadian. Semua askar2 diarah untuk cepat berkemas supaya dapat check-out on time. Plan lepas check-out, penulis nak cari klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan supaya luka di bawah dagu Irfan tu tak membesar.

Tepat pukul 12:00pm, kami check-out. Di kaunter penulis cuba dapatkan maklumat di mana klinik terdekat dan penulis menuju ke klinik seperti yang diarahkan. Dalam perjalanan ke klinik, penulis mula membuat penyiasatan bagaimana Irfan boleh terjatuh dalam bath tub. Saksi utama adalah Syafiq. Setelah penyiasatan selesai, penulis merumuskan bahawa dalam bath tub ada cecair mandian yang digunakan oleh Syafiq, Irfan masuk ke bath tub untuk join mandi dengan abangnya. Disebabkan dalam bath tu ada cecair mandian dan menyebabkan permukaan bath tub licin, Irfan tergelincir dan bawah dagunya terkena pada tempat letak sabun. Walaupun tempat letak sabun di bath tub tidak tajam tapi kulit dibawah dagu Irfan telah strecth dengan kuat maka ianya boleh terkoyak.

Semua muka monyok lepas kena marah.


Danish dah nak tidur.

Penulis berjaya mencari lokasi klinik yang dimaksudkan. Setelah membuat pendaftaran, Irfan terus dimasukkan ke bilik rawatan sebab kes kecemasan. Irfan nampak takut bila nurse sudah berada dalam bilik tu tapi setelah ditenangkan, Irfan mula berani dan baring dengan tenang atas katil tapi tangan nampak digengam dengan kuat.

Nurse maklumkan bahawa koyaknya tidak terlalu besar dan tidak berapa dalam jadi mereka buat keputusan untuk letak gam sahaja. Masa nurse cuci kesan luka, muka Irfan nampak berkerut tahan sakit tapi bila nurse tanya, sakit tak? Irfan jawab tak sakit tapi tangan gengam bukan main kuat lagi. Lepas tu nurse mula letakkan gam pada kesan koyakkan. Lepas tu terus letak plaster untuk pegang supaya koyakan tadi tidak lagi renggang. Nampak kemas jugak nurse buat rawatan tu.

Rawatan luka Irfan di klinik.

Plan asal untuk berjumpa dengan parents dan adik di Hotel Zenith untuk lunch dan balik KL bersama-sama terpaksa ditangguhkan kerana penulis perlu selesaikan rawatan Irfan dahulu.

Penulis sampai ke Hotel Zenith lebih kurang pukul 2:00pm dan naik ke bilik adik (Nini dan Halim) yang masih tinggal di hotel tu sebab mereka plan nak balik KL esok. Then kami ke shopping mall (East Coast Mall) yang berdekatan untuk lunch di food court.
Bergambar beramai-ramai di lobi Hotel Zenith sebelum ke East Coast Mall untuk lunch.

Allya dan Danish, promo MIB3.
Sofea dan Irfan tengah posing kat promo MIB3. Aqil buat sibuk kat tengah-tengah antara dorang berdua.


Left: Aqil, Mummy, Sofea. Right: Abah tengah berehat kat sofa dalam mall.

Keluarga Hasmani dan Shana bersama ahli baru, Adriana.

Berjalan ke food court yang diketuai oleh Aqil.

Irfan berposing dengan bakal parut barunya.

Lunch sebelum bertolak balik ke KL.

Habis lunch, lebih kurang pukul 3:50pm, kami pulang ke KL dan target sampai rumah parents pukul 6:30pm sebab Abah ada urusan dan perlu sampai rumah sebelum maghrib. Alhamdulillah kami sampai pukul 6:50pm dan kereta Hasmani sampai pukul 7:15pm.

Begitulah cerita percutian kami di Kuantan untuk kali ini.

Sekian.