Pages

Monday 28 March 2011

KL di waktu malam

Sementara menunggu untuk menjemput isteri pulang dari dinner syarikat, aku sempat merakamkan beberapa gambar sekitar Petronas Twin Towers.

Bersama-sama dengan aku adalah 2 orang putera dan seorang puteri yang ikut sama menjemput wife. Dorang semua dah tidur dalam kereta. Dua orang lagi putera ada di rumah bersama dengan mak mertua.

Tak boleh bawak yang lagi dua tu sebab dorang kecik lagi. Kalau bawak sure kelam-kabut aku dibuatnya.

Saturday 19 March 2011

Sarapan pagi di McD.

Pagi tadi breakfast di mc donalds bersama keluarga minus danish. Danish kecik lagi so terpaksa tinggalkan dia kat taska. Nanti dah besar sikit baru boleh bawak Danish sama.

.....
sent from my htc device

Friday 18 March 2011

Solat jumaat

Hari ni berpeluang untuk bersolat jumaat di masjid asy-syakirin, klcc. Tadi dah drop wife, daugther, and her cousin kat isetan. Then, terus ke masjid utk solat jumaat.

Lepas solat akan berjumpa semula dengan dorang. Rally point adalah di isetan ground floor.

Sekian.
.....
sent from my htc device

Breakfast+Lunch di Thaqwa.

Hari ni cuti sekolah bawak anak-anak, sepupu dorang (fatini dan allysa) dan wife, pergi breakfast + lunch kat Restoran Thaqwa, Tmn. Seri Gombak.

Lepas ni nak gi Petrosains pulak. Dulu dah pernah pergi sekali tapi masa tu anak-anak masih kecik lagi.

.....
sent from my htc device

Saturday 12 March 2011

Syafiq dan komputer game

Syafiq bermaharajalela depan laptop selepas habis peksa dan start cuti sekolah. Inilah masa dia untuk membalas dendam sebab time sekolah tak boleh berfacebook dan berkomputer game.

.....
sent from my htc device

Irfan merajuk

Irfan tengah merajuk sebab kena marah main bola dalam rumah, ganggu adik dia, danish tengah nak tidur.

.....
sent from my htc device

Friday 11 March 2011

Percubaan pertama

Ini adalah percubaan pertama ku menggunakan kamera DSLR ambil gambar di waktu malam. Tanpa ada pengetahuan asas mengenai fotografi, aku main redah saje semua setting yang ada.

Sebelum ni pernah jugak ambik gambar dengan menggunakan kamera digital padat. Dengan menggunakan setting auto, hasilnya agak memuaskan tapi setakat itu sahajalah yang boleh pergi. Tapi bila guna kamera DSLR ni boleh guna setting manual, cuma masalahnya bila tiada pengetahuan asas, maka kaedah "try and error" sahaja yang boleh digunakan sehingga gambar yang diambil boleh memuaskan hati.
Jadi, dari sekarang aku cuba belajar dari orang yang berpengalaman dalam bidang fotografi dan juga membaca artikel-artikel mengenai fotografi di internet.

.....
sent from my htc device

Thursday 10 March 2011

Lagi gambar masa cukur rambut Danish

Gambar-gambar ini di ambil masa majlis cukur rambut dan perasmian nama Muhammad Amirul Danish yang dibuat di rumah parents pada 27hb Februari 2011 yang lepas.

Kelihatan dalam gambar, Danish dikerumuni oleh abang-abang dan kakaknya yang tak tahu nak duduk diam hingga susah betul nak ambik gambar. Parents dan mak mertua pun ada sama dan juga sebahagian dari mak sedara dan sepupu Danish tak mau ketinggalan untuk bergambar.

Tuesday 8 March 2011

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Pada hujung tahun lepas, aku bersama family ke Pusat Sains Negara untuk lawat pamera dinosour.

Ini gambar Syafiq dan Nazrul (sepupu) bergambar bersama salah seekor dinosour yang tengah makan dinosour yang lain.

Irfan cukup takut bila tengok dinosour yang besar-besar ni. Most of the time dia akan berada di belakang somebody bila berjalan untuk tengok dinosour2 yang ada dalam pameran tuh.

.....
sent from htc device

Gambar Irfan

Ini gambar Irfan yang diedit untuk jadi gambar zaman 60 an.

.....
sent from htc device

Wife habis pantang

Semalam berpeluang bawak wife jalan-jalan kat KL setelah lebih kurang dua bulan berpantang bersalin anak kami yang ke lima.

Bawak makan kat Cozy Corner, Ampang Park. Lepas tu belikan hadiah untuk birthday dia yang lepas kat KLCC. Ingat nak gi tengok wayang tapi memandangkan dah petang, mungkin lain kali saje.

.....
sent from htc device

Monday 7 March 2011

Liverpool 3 - 1 Man Utd

Baru lepas tengok game antara Liverpool vs Man Utd. Memang diakui permainan Liverpool lebih mantap. Man Utd banyak buang bola.

Balik dari kedai mamak tadi dengan hampa sekali. :(

Sunday 6 March 2011

Baby danish tak mau tidur

Hari ni seharian danish tak tidur. Muka nampak ngantuk tapi mata tak mau tidur. Puas diulik, didokong, ditepuk-tepuk tapi tak mau jugak tidur.

Barber.

Hari ni bawak syafiq gi gunting rambut. Dia kata cikgu dah marah sebab rambut dah panjang. Irfan macam biasa, dia pun nak ikut jugak.

_______
Sent from my htc device via celcom mobile.

Majlis cukur rambut Danish

Pada 27hb Feb yang lepas, telah diadakan majlis cukur rambut Muhammad Amirul Danish. Majlis diadakan di rumah parents. Seperti biasa Ma masak nasik dagang. Mak mertua pun hadir sama dalam majlis tu.

Acara merasmikan nama Muhammad Amirul Danish.

Abah tengah menggunting rambut Danish.
Agaknya Danish rasa sejuk kat kepala, itu yang rilex je bila rambutnya dicukur...

Saturday 5 March 2011

Muhammad Amirul Danish

Muhammad Amirul Danish dilahirkan pada 12/01/2011 di Ampang Puteri Specialist Hospital. Anak ke-5 dari 5 adik beradik. Sebenarnya posting dah lama nak dimasukkan tetapi disebabkan asyik terlupa je, langsung tak dimasukkan awal-awal masa dia lepas lahir.


Sekarang ni Muhammad Amirul Danish sudah nak masuk 2 bulan. Oklah, itu sahaja untuk setakat ini.

Irfan suruh ambik gambar dia melompat. Melompat sampai nampak spender.