Pine Forest by Amir Rofie |
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Hari ni penulis nak kemaskini sikit hutan pokok pine (pine forest) yang sekarang baru berusia 1 minggu. Alhamdulillah.. pokok pine boleh survive. Sekarang ni penulis nak cuba buat landscape. Ini adalah untuk menjadikan konsep hutan lebih nampak realistik. Dengan ilmu yang cetek ini, penulis akan cuba buat yang terbaik. Terbaik untuk diri penulis.
Ideanya adalah untuk cover sebahagian besar dari kawasan hutan itu dengan moss atau lumut supaya penulis dapat simulate sebuah hutan pokok pine yang berumput. Lepas tu ada batu-batu sikit. Permukaan yang tinggi rendah dan penulis akan cuba buat macam denai atau laluan pejalan kaki.
Gambar sebelum buat landscape. |
Di awal aktiviti membuat landscape ni, penulis meletakkan batu-batu yang sesuai saiznya, membuat permukaan tinggi dan rendah dengan menambah pasir dan mengurangkan sejumlah pasir. Langkah ini perlu dibuat dengan berhati-hati supaya akar pokok tidak diganggu serta kedudukan pokok tidak berubah. Setelah berpuas-hati dengan permukaannya, tibalah masanya untuk "menanam rumput" di kawasan hutan pokok pine ini.
Perkara yang agak rumit sedikit untuk di buat adalah langkah meletakkan lumut. Menyusun lumut tu satu hal. Nak dapatkan lumut pun satu hal. Jenuh jugak nak cari lumut ni. Biasanya kalau kita tak memerlukan lumut, ada je ternampak-nampak kat mana-mana tapi bila nak cari, merata-rata tempat kita cari tapi tak jumpa. Lainlah kalau pergi ke sungai kat atas batu-batu memang banyak. Punya la duk mencari lumut alih-alih kat rumah parents bukan main banyak lagi lumut yang hidup di tepi-tepi tembok pagar. Jadi, dapatlah penulis kutip lumut tu agak-agak cukup untuk buat landscape kat hutan pine ni pun jadilah.
Bila dah dapat lumut, penulis habiskan masa lebih kurang 3 jam untuk siapkan landscape di hutan pine milik penulis.
Sebahagian besar dari kawasan hutan ni dah dilitupi oleh rumput (lumut). |
Pemandangan dari jarak dekat. |
Sambil penulis "menanam rumput" di hutan pokok pine ini, lumut perlu disembur dengan air supaya permukaan lumut sentiasa basah. Penulis cuba elakkan dari lumut menjadi kering kerana jika kering, kemungkinan lumut ni boleh mati.
Penjagaan lumut ni sebenarnya taklah susah sangat. Kita cuma perlu spray atau siram bagi lumut tu sentiasa lembab je. Biasanya penulis akan siram pokok waktu pagi sebelum gi kerja dan sekali lagi siram waktu petang selepas balik dari kerja. Kalau hujung minggu, penulis akan siram 3 kali sehari untuk pastikan lumut dan pasir (bonsai soil) sentiasa lembab. Setakat ni pokok pine dan lumut masih dalam keadaan baik dan masih menghijau.
Setelah sebahagian besar kawasan hutan sudah ditanam dengan rumput, penulis menyiram kawasan hutan ini buat pertama kali. Nampak macam hujan je kat kawasan hutan pokok pine ni.
Beginilah rupa landscape pada hutan pokok pine. |
Inilah serba sedikit kemaskini bonsai hutan pokok pine untuk kali ini. Lain kali bila ada progress tentang hutan bonsai ni, penulis akan cuba kemaskini lagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.