Pages

Wednesday 18 July 2012

Selamat hari lahir, Allya (9) dan Aqil (3).

Pada 15/07/2012 yang lepas telah diadakan satu majlis sambutan hari lahir untuk Allya Nadhirah (9) dan Muhammad Amirul Aqil (3).

Sambutan diadakan di rumah parents di Gombak.

Dikesempatan ini Mummy and Daddy nak ucapkan selamat hari jadi pada Allya dan Aqil. Moga panjang umur. Amin.

Sekian.


































Friday 6 July 2012

Bawa anak2 tgk wayang

Hari ini adalah hari untuk ibubapa hadir ke sekolah untuk mengambil report card. Jadi aku dan isteri mengambil cuti sebab lepas ambik report card kami plan nak bawak Syafiq dan Allya untuk pergi tengok wayang. Bukan main seronok lagi dorang.

Lepas solat Jumaat di Masjid KLCC, aku dan Syafiq ke food court untuk lunch. Mummy dan Allya menunggu kami dalam Suria KLCC. Lepas lunch kami semua terus ke TGV untuk mengambil ticket yang telah dibeli secara online.

Kami tengok citer The Amazing Spiderman (2012). Best jugak Spiderman versi ni.


Bergambar selepas tengok movie.

Lagi gambar kenangan.

Happy face.