Pages

Thursday 31 August 2017

Bonsai: Pokok Santalia2 (Aug 2017)

Bonsai Santalia (Santalia2 - May 2017)
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera kepada pengunjung blog yang tak seberapa ni. Ala-ala "hidup segan mati tak mahu".

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNGJUNG B.O.A.R.

Hari ni penulis nak berkongsi lagi pokok bonsai yang dalam koleksi penulis. Kali ini pokok bonsai yang penulis namakan Santalia 2. Pokok ini penulis beli pada bulan Mei 2017 di sebuah nursery di Gombak dengan harga RM40. Harganya agak murah jugak sebab bentuk dan rupa pokok ni memang takde rupa pokok bonsai pun

Wednesday 30 August 2017

Bonsai: Santalia1 Re-pot (Aug 2017)

Bonsai Santalia

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hari ni penulis nak berkongsi satu lagi pokok bonsai milik penulis. Bonsai Santalia. Kali ni penulis nak re-pot atau tukar tanah. Aktiviti re-pot ni penting untuk penjagaan pokok bonsai supaya pokok bonsai sentiasa segar dan mampu bertahan lama. Percaya tak kalau penulis katakan ada pokok bonsai yang hidup beratus tahun. Tuan punya atau penjaga pokok bonsai tu bertukar tangan turun temurun. Kenapa pokok bonsai ini boleh bertahan lama adalah kerana penjagaan yang baik dan salah satu sebabnya adalah aktiviti re-potting.

Tuesday 29 August 2017

Aquascape: CO2 tank re-fill

Tangki CO2 milik penulis.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Posting hari ini penulis nak berkongsi lokasi di mana penulis membuat isian semula (re-fill) tangki CO2 untuk tujuan aquascape.

Bonsai: Kemaskini Ginseng Ficus1 (Aug 2017)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak kemaskini perjalanan hidup pokok bonsai yang ke-3 yang penulis namakannya Bonsai Ginseng Ficus1. Untuk pengetahuan anda, pokok ini penulis beli pada bulan Mac 2016 dan posting pertama mengenai pokok ini ialah pada 21hb Mac 2016 (Bonsai ke ni?). Gambar dibawah ini menunjukkan rupa pokok ini masa awal-awal beli dulu.

Gambaran masa Mac 2016. Masa ni tak tahu apa nama pokok.

Sunday 27 August 2017

Bonsai: Pine Forest (Aug 2017)

Nigel Saunders - Larch Forest
Nigel Saunders - Larch Forest

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hari ini penulis nak cerita pasal projek terbaru yang penulis cuba buat. Nama projeknya Hutan Pokok Pine. Penulis cukup teruja dengan gambar-gambar yang dimuat-naik oleh peminat-peminat bonsai mengenai bonsai forest ciptaan mereka. Jadi, penulis akan cuba buat projek ini semampu yang boleh. Walaupun ilmu bonsai masih cetek, penulis akan cuba juga.

Saturday 26 August 2017

Bonsai: Ginseng Ficus2 (Aug 2017)

Bonsai Ginseng Ficus (milik penulis yang ke-2)
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni penulis nak cerita pulak pasal bonsai. Pokok di atas kalau ikut tokey kedai yang jual pokok ni kata nama pokok ni ginseng ficus. Penulis beli dengan harga RM30 (pokok berserta dengan pasu). Kalau ikutkan, pokok ni macam tak terurus. Lokasinya agak ke belakang dan tersorok masa penulis jumpa pokok ni kat nursery. Nursery ni pun sebenarnya bukanlah menjual pokok-pokok bonsai.

Friday 25 August 2017

Aquascape: Tangki baru (Tank2 Aug 2017)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni penulis nak cerita sikit pasal tangki laman aqua yang baru penulis buat. Kali ini berkonsepkan bukit batu ditepi pantai (belasah je ni).

Sebelum ni dalam percubaan awal (dalam proses belajar tentang aquascape), penulis cuba setup tangki yang berkonsepkan pokok bonsai tapi tak berapa nak menjadi. Tangki tu penulis masih maintain seperti biasa.

Thursday 24 August 2017

Aquascape: Kemaskini Tank1 (17 bulan)

Tangki aquascape utama penulis yang berkonsepkan pokok bonsai.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni penulis nak kemaskini skit tangki utama penulis yang setakat hari ini sudah 17 bulan beroperasi. Untuk rujukan, anda boleh ke pautan ini untuk layari posting pertama mengenai tangki utama ini.


Tuesday 22 August 2017

Bonsai: Kemaskini Bonsai Bebuas1 (Aug 2017)

Pokok Bonsai Bebuas (Aug 2017)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Punya la lama penulis tak update blog ni. Hari ni penulis nak kemaskini sikit pasal pokok bonsai bebuas ni. Sebelum ni penulis pernah menulis lebih kurang 17 bulan yang lalu pasal kali pertama penulis berkecimpung dalam hobi penjagaan pokok hiasan bonsai. Pautan ke posting pertama boleh dilayari disini.