Pages

Wednesday 22 May 2013

Fakta tentang PISANG

Buah pisang (banana)

Penulis menerima satu email dari rakan sekerja mengenai fakta tentang pisang. Dari mana rakan dapatkan artikel fakta tentang ini (terima kasih kepada penulis asal) tidaklah penulis ketahui tetapi elok rasanya penulis berkongsi dengan para pengunjung blog ini tentang kebaikan buah pisang ini.

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Monday 20 May 2013

Sir Alex Ferguson bersara


Pada 8hb Mei 2013, Sir Alex Ferguson (free wikipedia) telah menyatakan hasratnya untuk bersara sebagai pengurus pasukan Manchester United. Sir Alex Ferguson telah menjadi pengurus pasukan Manchester United sejak tahun 1986 - 2013. Selama 26 tahun beliau di kelab Manchester United, beliau telah memenangi 38 piala termasuklah 13 kali sebagai juara English Premier League (EPL) dan 2 kali juara UEFA Champions. Satu pencapaian yang menakjubkan.

Tip to hide Navigation Bar in Blogger

Today entry is to give you a tip on how you can hide Navigation Bar in Blogger.

Click on image to enlarge

Please follow steps below to hide your Navigation Bar

Sunday 19 May 2013

Restoran Beriani Asif Jalan Padang Walter Grenier


Hari ini penulis dan isteri bawa anak-anak makan tengah hari di Restoran Beriani Asif. Lokasi restoran ini adalah di Jalan Padang, Lorong Walter Grenier, Bukit Bintang.

Sebenarnya sudah banyak kali kami makan di sini. Cuma hari ini, penulis tergerak hati nak menulis tentang restoran ini. Restoran ini telah diperkenalkan oleh isteri penulis.

Hangouts ganti Talk


Terdapat satu applikasi yang penulis selalu gunakan untuk buat video call kepada isteri bila berada di luar negara. Applikasi yang dimaksudkan adalah Google Talk. Memang senang dan mudah untuk gunakan applikasi ini bagi tujuan video call. Selain dari video call, pengguna juga boleh menghantar message kepada rakan dengan menggunakan applikasi ini.

Saturday 18 May 2013

Pasar Chow Kit


Setiap hari Sabtu, pada kebiasaannya penulis dan isteri akan hantar Amadada (Aqil) dan Bebo (Danish) ke Taska. Walaupun tidak bekerja pada hari Sabtu, kami akan hantar juga mereka ke Taska sebab nak uruskan apa-apa yang perlu.

Riadah bersama ASBAC


Malam tadi penulis seperti biasa turun ke Pro One Badminton Centre di Wangsa Maju untuk beriadah bersama Team ASBAC. Acara ini sudah menjadi acara mingguan sejak lebih 15 tahun yang lalu.

Friday 17 May 2013

Cara bagaimana letak Related Posts Widget di Blogger


Related Posts Widget adalah satu widget yang penting untuk meningkatkan page views dan dapat menyediakan entri yang berkaitan dalam blog anda. Ia juga boleh membolehkan seseorang pengunjung untuk berada lebih lama di blog anda.

Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang cara-cara bagaimana untuk meletakkan related posts widget di blog anda dengan menggunakan servis dari LinkWithin. Pada pendapat saya, widget ini adalah paling mudah untuk digunakan dan memberi kesan yang cukup baik dengan menawarkan entri post yang berkaitan.

Sunday 12 May 2013

Selamat hari ibu


Kad ucapan dari anak-anak kepada ibu tersayang. Kad ucapan ini mewakili penulis dan anak-anak untuk isteri tersayang dan juga ibu mereka.

"SELAMAT HARI IBU"

Monday 6 May 2013

Keputusan Rasmi PRU13


Rakyat Malaysia yang layak mengundi telah keluar dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada 5hb Mei 2013 dari jam 8:00AM - 5:00PM. Berikut adalah beberapa pautan untuk mengetahui keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Berikut adalah keputusan pilihanraya di lokasi penulis mengundi untuk P.098 Gombak dan N.17 Gombak Setia.

Sunday 5 May 2013

Hari mengundi PRU13


Hari ini adalah hari yang penting untuk rakyat Malaysia. Hari untuk rakyat Malaysia menentukan hala tuju kerajaan Malaysia untuk tempoh satu penggal lagi. Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada hari ini untuk Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU13). Persoalan yang bermain di fikiran penulis, adakah Barisan Nasional akan kekal menjadi kerajaan Malaysia atau Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada PRU13 ini.

Saturday 4 May 2013

Semak daftar pemilih untuk PRU13


Sebagai rujukan untuk daftar pemilih bagi memeriksa sama ada anda layak untuk mengundi pada Pilihanraya Umum yang ke-13 ini atau tidak.

Anda hanya perlu ke laman web berikut dan masukkan No Kad Pengenalan anda sahaja.


Sebagai rujukan juga, anda boleh memeriksa senarai calon yang layak bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman web berikut.

Senarai calon layak bertanding.

Sekian.



Sent from my Samsung mobile.