Pages

Tuesday 21 August 2012

Hari Raya Aidil Fitri 1433H (2012)

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Ahad bersamaan dengan 19hb Ogos 2012. Tahun ini kami sekeluarga hanya beraya di sekitar Gombak, Semenyih, Bangi, Kajang dan Banting sahaja.

Tahun ini kami tak balik ke Besut dan Kelantan untuk beraya di sana sebab menjemput parents di KLIA yang balik dari buat Umrah. Lagipun tahun ni, Syafiq nak periksa UPSR pada pertengahan bulan September nanti.

Kepada pengunjung blog ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR & BATIN.


Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan untuk kenang-kenangan kami sekeluarga sempena hari raya tahun ini.

Bergambar di rumah keluarga sebelah isteri di Bandar Rinching, Semenyih.

Syafiq dan Irfan nak bergambar dulu sebelum bermulanya solat hari raya di Masjid Bandar Rinching.

Kami sekeluarga ke KLIA untuk menjemput parents sebelah penulis yang baru pulang dari tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah selama sebulan di sana.





Bergambar beramai-ramai di rumah parents penulis. Raya tahun ni Alhamdulillah semua adik-beradik berada di rumah parents. Jadi, kesempatan macam ni digunakan untuk bergambar. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni.


Anak-anak bergambar kat tangga dan di laman rumah di Banting (Kampung Tali Air) - rumah moyang mereka (sebelah isteri).

Kesemua gambar-gambar diatas telah dirakamkan dengan menggunakan kamera dari Nikon D7000, Nikon D700, kamera phome Samsung GALAXY Note dan Samsung Galaxy SII.