Monday, 22 January 2018

Aquascape: Kemaskini tangki laman aqua (Jan 2018)


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sebelum penulis mula berbicara, izinkan penulis mengucapkan selamat tahun baru 2018 (walaupun dah kat 3 minggu berlalu). Hari ini penulis nak kemaskini sedikit tangki aquascape milik penulis yang dah lama tidak ke alam maya.

Sejak kebelakangan ini, penulis sudah tidak lagi menumpukan sepenuh masa kepada tangki aquascape kerana kekangan masa. Jadi, penulis mengubah-suai (rescape) tangki yang sebelum ini kepada layout yang lebih mudah untuk diselenggarakan.

Rekabentuk tangki asal.

Susun atur tangki yang baru ini hanya memerlukan batu-batu, pasir, kayu dan ada sedikit tumbuhan aqua. Walaupun ringkas tapi penulis cukup tenang bila berada di hadapan susun atur tangki yang baru ini.

Susun atur terbaru tangki laman aqua

Susun atur yang baru ini tidak memerlukan CO2, fertilizer untuk tumbuhan aqua. Penulis hanya perlu pastikan air sentiasa jernih dan kecergasan ikan-ikan yang menghuni di dalam tangki ini sahaja. Buat water change pun seminggu sekali sahaja. Setakat ini penulis cukup berpuas hati dengan hasil susun atur ini.

Pada pendapat penulis, tangki laman aqua adalah sesuatu yang dapat menenangkan fikiran. Tahap tekanan boleh turun dengan hanya menatap keindahan laman aqua. Untuk menghasilkan laman aqua yang cantik dan nampak natural, penjagaan rapi perlu diutamakan. Ilmu dan pengalaman adalah perlu untuk memastikan pokok sentiasa segar, ikan sentiasa cergas, tangki tiada lumut dan sebagainya.

Bagi penulis, penjagaan yang rapi inilah yang penulis tiada buat masa ini. Bila tangki tidak diselenggarakan, pokok tidak segar, ikan tidak sihat, tangki penuh dengan lumut, nak tatap tangki laman aqua pun boleh jadi stress. Tujuan utama nak tatap tangki untuk hilangkan stress tapi stress level bertambah-tambah pulak.

Jadi, untuk meneruskan minat ini, penulis mengubah susun atur supaya lebih mudah untuk penulis selenggarakan dan yang penting, penulis cukup tenang bila berada di hadapan tangki laman aqua milik penulis ini.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. Njirr ini baru mantappp contentnya,di tunggu tunggu selama ini gan,pertahankan.
    jangan lupa cekidot bareng kita juga ya,di AGEN BANDARQ

    ReplyDelete
  2. NAGAQQ | AGEN BANDARQ | BANDARQ ONLINE | ADUQ ONLINE | DOMINOQQ TERBAIK
    Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap minggunya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah

    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000

    Memegang Gelar atau title sebagai AGEN BANDARQ Terbaik di masanya

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker

    Dengan Link alternatif resmi :
    - http://idrnagaqq.com/
    - http://bosnagaqq.com/

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : NAGAQQ
    WHATSAPP : +855967014811
    PIN BB : 2B209F68

    DOWNLOAD APLIKASI PKV MOBILE
    DOWNLOAD PKV ANDROID
    DOWNLOAD PKV IPHONE

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.