Santalia (Aug 2017) - Seminggu selepas re-potting. 30% covered with moss. Daun pun dah tumbuh sikit-sikit. |
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Hari ini penulis nak update mengenai santalia bonsai yang baru lepas re-pot. Untuk memberi lebih kepuasan kepada penulis dalam hobi ini, penulis ingin mengubah landscape di pasu leper pokok bonsai santalia ini dengan "menanam rumput" seperti pasu-pasu bonsai penulis yang lain.
Untuk aktiviti ini, penulis perlu mencari dahulu lumut di sekitar rumah. Tak banyak yang penulis dapat kumpulkan. Hanya sikit sahaja kawasan dalam pasu leper ini yang dapat penulis cover. Lihat gambar dibawah untuk sebagai rujukan.
Hujung minggu, seperti biasa penulis akan pulang ke rumah parents untuk family gathering. Memang menjadi amalan penulis dan isteri untuk membawa anak-anak balik ke rumah atuk nenek mereka supaya mereka dapat bertemu mata dan juga berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka yang lain. Dikesempatan ini, penulis mengambil peluang untuk mengutip lumut di tembok-tembok pagar rumah parents. Penulis dah jumpa lokasi lumut yang subur sebenarnya. Selepas ini memang tiada masalah mencari lumut lagi untuk dijadikan "rumput" di pasu pokok bonsai.
Setelah mendapat supply lumut yang banyak, penulis meneruskan aktiviti membuat landscape pada pasu pokok bonsai santalia. Dibawah ini pulang gambar pokok santalia yang telah selesai ditanam "rumput"nya.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.