Pages

Thursday 28 February 2013

Segmen: Permulaan Perjalanan Blog Saya

Klik pada banner diatas untuk join segmen ini.
Syarat-syarat:-
  1. Follow blog MaileyJayley: Done.
  2. Klik pada banner untuk dapatkan image banner: Done.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Permulaan Perjalanan Blog Saya: Done.
  4. Tag minima dua org rakan: (1) Mia Liana, (2) Hanif Idrus.
  5. Paste URL di ruangan komen entri tersebut: Done.

Monday 25 February 2013

Bebo dan Amadada


Bebo dan Amadada
Ini adalah wajah terbaru Amirul Danish (Bebo) dan Amirul Aqil (Amadada). Gambar ini diambil menggunakan telefon bimbit isteri semalam.

Saturday 23 February 2013

Selamat hari lahir Adriana [Restoran Al Rawsha]

En. Hasmani, Adriana, Pn. Shana
Hari ini diadakan satu majlis menyambut hari lahir Adriana iaitu sepupu kepada anak-anak penulis. Majlis sambutan hari lahir ini telah diadakan di Restoran Al Rawsha, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ini adalah majlis hari lahir yang pertama untuk Adriana.

Sunday 17 February 2013

Dinner di Island BBQ Steamboat

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua. Hari ini penulis ingin kongsikan pengalaman makan petang + malam di restoran Island BBQ Steamboat pada hari Sabtu 16.02.2013. Restoran ini adalah kepunyaan Pn. Faridah Abdul Rahman dan suaminya. Pn. Faridah ini adalah rakan kepada isteri penulis semasa belajar di universiti di Amerika Syarikat sewaktu masa dahulu.



Saturday 16 February 2013

Perkahwinan Ery & Ina

Hari Isnin lepas telah berlangsung hari perkahwinan sepupu di Besut, Terengganu. Ery (sepupu) telah selamat diijab-kabulkan dengan Ina.

Abedi (abang) telah ditugaskan untuk mengambil gambar mereka berdua. Penulis hanya menjadi jurugambar back-up sahaja kerana kerja-kerja ambil gambar orang kahwin ni memang patut diberikan kepada jurugambar profesional.

Dibawah ini ada beberapa gambar yang penulis ambil dan sebahagian dari gambar-gambar ini akan dimuatkan ke dalam album perkahwinan Ery & Ina nanti.

Ery & Ina

Selamat pengantin baru kepada Ery & Ina dari kami sekeluarga

Tahniah kepada mereka kerana telah menjadi suami isteri. Ina, welcome to our big family.

Sekian.

Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.

Thursday 14 February 2013

Segmen Blog Review by DA

Masa blogwalking tadi jumpa lah satu segmen ni yang dikelolakan oleh DA. Kliklah pada banner untuk join. Segmen ini bermula dari 12-02-2013 hingga 22-02-2013.

Klik pada banner untuk join segmen ini

Sekian.

Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.

Saturday 9 February 2013

Balik kampung

Salam semua..

Hari ni penulis akan memulakan perjalanan untuk balik kampung iaitu ke Besut, Terengganu. Seperti yang penulis beritahu dalam entri yang lepas, penulis akan bersama adik bongsu (Cikgu Apit) dan kakak sulong berkonvoi untuk tujuan ini.

Perkhabaran dari Penang, abang (Abedi) dan kakak ipar akan bertolak dari bahagian utara untuk balik ke kampung tapi pada hari ahad malam terus dari Baling, Kedah kerana abang ada kerja (ambik gambar orang kahwin) di sana. Abedi akan ditugaskan juga untuk mengambil gambar di kenduri kahwin sepupu nanti yang akan berlangsung pada hari Isnin, 11hb Februari 2013 di Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Info dari Hasmani (adik ipar), mereka (parents dan adik sekeluarga) telah selamat sampai di lapangan terbang Kota Bahru lebih kurang jam 22:45 (delay 30 minit) malam tadi dan selamat sampai di Besut lebih kurang 00:00 pagi tadi.

Kami sekeluarga bertolak dari rumah lebih kurang jam 09:30 dan menuju ke rumah kakak di area rumah untuk berkumpul dan bersarapan sebelum memulakan perjalanan.


Friday 8 February 2013

Persediaan balik kampung

Malam ini hujan turun renyai-renyai membasahi bumi. Hujan rahmat barangkali. Kepada pengungjung yang mengambil peluang bercuti di kampung halaman sempena cuti tahun baru cina, selamat memandu, moga sampai ke destinasi dengan selamat.

Penulis sekeluarga juga akan pulang ke kampung halaman di Besut, Terengganu untuk bercuti di sana dan juga untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Kami sekeluarga akan bertolak esok pagi memandangkan malam ini ramai yang sudah memulakan perjalanan ke pantai timur.



Man Utd juara EPL ke-19?


Masih awal untuk memperkatakan siapakah yang bakal menjadi juara untuk English Premiere League (EPL).

Manchester United (Man Utd) akan beraksi pada hujung minggu ini menentang Everton di Old Trafford. Kedudukan di tangga teratas dengan Man Utd yang mempunyai kelebihan 9 mata meninggalkan pesaing terdekat, Manchester City (Man City - noisy neighbours) adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi juara EPL yang mana akan menjadi juara yang ke-19.

Monday 4 February 2013

Short Segmen by Nurirwane & Miwaa

Habis sahaja penulis buat entri untuk giveaway, masuk pulak satu komen di entri giveaway tadi dan dijemput untuk join segmen pulak.

Penulis ambil keputusan untuk join juga short segmen ini. Syarat-syaratnya agak berat juga tapi jika anda semua tak kisah, bolehlah join sama dengan klik pada banner dibawah.


Sunday 3 February 2013

First Giveaway By Wawa Rosli

Hari ni blogwalking to Wawa Rosli blog dan jumpa dengan giveaway ini.



So, penulis ambik keputusan untuk join giveaway diatas. Syarat yang dikenakan pun tak susah dan hadiahnya pun menarik (boleh bagi pada isteri, itupun kalau dapat hadiah tu cuma penulis tak berapa pasti bagaimana cara pemilihan pemenang oleh pihak penganjur. Itu penulis serahkan pada kebijaksanaan penganjur.

Saturday 2 February 2013

Majlis cukur rambut Adam, Acara sambutan hari lahir Irfan, Hazim, Danish dan Acara Bar-B-Que.

Hari Ahad lepas (27hb Januari 2013) penuh dengan aktiviti kekeluargaan di Seri Kenangan (rumah parents). Memang memenatkan sebab 3 majlis disatukan dalam satu hari.

Oleh kerana penulis agak sibuk dengan kerja harian, baru hari ini penulis berkesempatan untuk menulis mengenai ketiga-tiga majlis tersebut.

Majlis cukur rambut Adam | BBQ | Sambutan hari lahir


Friday 1 February 2013

Website speed test

Hari ini blogwalking ke salah satu blog follower dan terbaca satu entry yang menarik minat penulis untuk mencuba. Terima kasih diucapkan kepada Belog JCB kerana berkongsi ilmu.

Inilah hasil yang diperolehi setelah menggunakan website speed test ini.


Anda juga boleh mencuba website speed test ini di iwebtool untuk mengetahui tahap prestasi kelajuan blog/website anda.

Sekian dan selamat mencuba.

Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.