Pages

Wednesday 21 March 2012

Lan & Midah

Pada penghujung tahun lepas, aku telah ditawarkan oleh Lan (rakan sekerja) untuk menjadi jurufoto perkahwinannya. Aku yang tiada pengalaman dalam wedding photography telah menolak tawaran beliau tapi sebaliknya menawarkan pula kepada abang kandung (Fidi dari KakiLensa yang berpengkalan di Penang). Aku hanya akan hanya menolong Fidi sambil menimba pengalaman.

Hari yang dijadualkan untuk akad nikah adalah pada 10hb Mac bertempat di rumah pengantin perempuan di Kg. Masjid, Selama, Perak. Sesi fotogtafi akan bermula dari majlis akad nikah dan akan berakhir pada keesokkan harinya dengan majlis bersanding, dan outdoor photography.

Pada 10hb Mac yang lalu, lebih kurang pukul 4:30pm, kami sekeluarga bertolak dari KL untuk ke Selama. Kami sampai di masjid berdekatan dengan rumah pengantin perempuan pada pukul 8:45pm untuk majlis akad nikah yang dijadualkan di masjid tersebut setelah solat Isyak. Sesampai di masjid, kelihatan Fidi bersama rakannya (aku tak ingat apa nama dia) sedang bersiap sedia untuk mengambil gambar.

Isteri dan anak-anak tidak turut sama ke majlis akad nikah sebab masih penat dan berehat di dalam kereta.
Aku terus mencapai beg kamera dan menuju ke dalam masjid utk bertemu muka dengan Fidi dan rakannya serta Lan (pengantin lelaki)  yang nampak tenang menunggu masa yang dinanti-nantikan untuk bergelar suami kepada Midah (pengantin perempuan) secara sah.

Maka sesi bergambar pun bermula.

Tahniah Lan dan Midah dari kami sekeluarga kerana telah bergelar suami isteri
Setelah selesai akad nikah, kami sekeluarga, serta Fidi dan rakannya, keluarga Lan dan keluarga Midah balik ke rumah untuk menjamu selera. Sebelum beredar dari rumah Midah, ada sesi bergambar di pelamin dan di bilik pengantin. Setelah selesai, aku ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh Lan di satu homestay yang jaraknya 3km dari rumah Midah. Fidi dan rakannya pulang ke Penang.

Pada keesokkan harinya, bermula dari pukul 12:00pm, acara berarak keluarga pengantin lelaki ke rumah Midah. Disitu, Fidi dan rakannya sudah siap sedia dengan kamera masing-masing untuk mengambil gambar pengantin lelaki berarak masuk ke halaman rumah pengantin perempuan.

Setelah park kereta ditempat yang disediakan, aku membawa isteri dan anak-anak untuk naik ke rumah Midah. Terus capai kamera untuk join Fidi dan rakannya untuk ambil gambar.

Maka bermulalah sesi fotografi dari berarak, bersanding, sesi bergambar atas pelamin bersama keluarga. Setelah selesai, pengantin keluar dari rumah untuk acara santapan raja sehari, acara potong kek, dan bersalaman dengan tetamu.




Kak Ela (isteri kepada Fidi) dan anak-anaknya juga hadir ke majlis kenduri Lan & Midah.  Setelah selesai makan, isteriku dan anak-anak ke Penang menaiki kereta Fidi yang dipandu oleh Kak Ela. Nasib baik muat sebab pakai Odyssey. Maka tinggallah aku, Fidi dan rakannya untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar.

Dalam pukul 3:00pm maka bermulalah sesi outdoor photography.

Kat ladang kelapa sawit berdekatan rumah Midah

Ini pulak kat kolam mancing dekat dengan homestay tempat kami tinggal yang disediakan oleh Lan.

Gambar ni ambik kat tepi sungai, jauh sikit dari rumah Midah.

Masa ni hujan turun renyai-renyai tapi tak menghalang kami membuat sesi fotografi



Tahniah dari kami sekali lagi.


Monday 5 March 2012

4 sekawan



Gambar ini diambil masa kenduri kahwin anak kepada kawan parents yang dibuat kat Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak.

Dalam gambar dari kiri: Irfan, Ilham, Hazim, dan Aqil.

posted from Bloggeroid