Bonsai Santalia (Santalia2 Sep 2017). Front view. |
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar semua? Harapan penulis agar para pengunjung yang sudi melawat blog ini dalam keadaan sihat walafiat di hari Jumaat yang mulia ini. Hari ini penulis nak kemaskini sikit mengenai pokok bonsai santalia (Santalia2). Sebelum ini penulis ada membuat posting untuk pokok ini (boleh klik pada link di sini.)
Penulis sebenarnya gatal tangan nak bentukkan pokok ni mengikut kehendak dan idea asal penulis. Macam tak sabar-sabar dah. Kalau ikut plan asal, penulis nak biarkan pokok ini lagi sebulan dua. Lepas tu baru nak cantas dan train mengikut design yang penulis nak. Tapi bila hari-hari duk tengok dan masa duk siram tu rasa geram je nak train pokok ni.
Bonsai Santalia (Santalia2 Aug 2017). Gambar sebelum dicantas (pruned). |
Gambar kat atas ni adalah sebelum dicantas dan dilatih (train). Maksud "dilatih" di sini adalah melilit dawai supaya kita boleh membentuk dahan-dahan mengikut kehendak kita.
Bonsai Santalia (Santalia2 Sep 2017). Side view. |
Beginilah rupa pokok bonsai Santalia2 (rujuk gambar diatas) selepas di train. Tak banyak yang boleh penulis bentukkan sebab dahan tak banyak dan masih kecik lagi. Ada la rupa pokok bonsai daripada sebelum ni.
Penulis akan biarkan lagi pokok ni berkembang di kiri dan kanan. Dan di bahagian atas, penulis akan cuba bentukkan seperti canopy. Mungkin 2 atau 3 bulan lagi. Penulis perlu sabar. Inilah kriteria yang perlu ada bila bermain dengan bonsai.
Sekian dahulu. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Sebarang komen untuk penambahbaikan sangatlah dihargai.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.