Pages

Saturday, 23 September 2017

Bonsai: Bougainvillea re-potting (Sep 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri kali ini penulis nak kongsi aktiviti penulis di hujung minggu iaitu aktiviti tukar tanah untuk pokok bonsai bougainvillea milik penulis.

Entri sebelum ini (Bonsai: My Bougainvillea) penulis bercadang untuk buat aktiviti ini 6 bulan akan datang tapi oleh kerana tidak sabar (sikap yang perlu dihindarkan oleh penggemar pokok bonsai), penulis mengambil keputusan untuk membuat juga aktiviti ini.

Sebelum mengambil keputusan ini, penulis telah periksa dengan teliti keadaan akar pokok bougainvillea ini dengan mengorek-ngorek sedikit tanah dalam pasu dan penulis perhatikan akarnya sudah kuat. Jadi, dengan perhatian ini tidak salah untuk penulis membuat aktiviti re-potting.

Oleh kerana tidak sabar, selepas Subuh, penulis terus mempersiapkan segala pekakas untuk memula aktiviti di hujung minggu ini.

Proses pertama adalah mengeluarkan pokok dari pasu. Kemudian dengan menggunakan alat pencakar akar, penulis memisahkan tanah dari akar. Boleh rujuk pada gambar di bawah. Proses memisahkan tanah ini perlu dibuat secara berhati-hati supaya tidak merosakkan akar kerana akar pokok bougainvillea sangat senang untuk putus.

Pokok sudah dikeluarkan dari pasu

Setelah sebahagian besar tanah dipisahkan dari akar, penulis membersihkan akar dengan semburan air paip. Beginilah rupa akar pada pokok bougainvillea milik penulis. Ada yang dah panjang dan akar-akar halus sudah banyak (sila rujuk gambar di bawah). Sesuai dengan umurnya yang baru nak masuk 7 bulan.

Keadaan akar setelah dibersihkan

Setelah selesai dengan pembersihan, pemilihan dan cantasan akar, penulis mula menyediakan pasu. Penulis mengguna-pakai pasu asal. Pasu ini diperbuat dari plastik. Sebelum dimasukkan pasir, penulis meletakkan jaring nyamuk di bahagian lubang aliran air untuk mengelakkan pasir keluar dari pasu (sila rujuk gambar di bawah). Setelah itu barulah dimasukkan pasir kasar untuk menutupi keseluruhan jaring nyamuk tadi.

Proses meletakkan jari nyamuk dibahagian lubang aliran air.

Langkah seterusnya adalah meletakkan baja dipermukaan atas pasir yang penulis beli dari Song Li Bonsai Nursery. Menurut tokey bonsai tu, baja ini "tidak panas" dan boleh diletakkan pada bahagian akar semasa membuat proses re-potting. Ini mempercepatkan pertumbuhan akar-akar baru.

Proses meletakkan baja dan mencari kedudukan sesuai.

Setelah itu, penulis mencari kedudukan sesuai (front view) dan memasukkan pasir lagi untuk menutupi keseluruhan akar. Proses mencucuk-cucuk pasir dibahagian akar dengan menggunakan chopstick juga telah dilakukan untuk mengelakkan ada air pocket pada akar yang mana ini boleh menyebabkan akar menerima ajalnya.

Selesai aktiviti re-potting

Beginilah rupa pokok bonsai bougainvillea milik penulis setelah aktiviti re-potting dilakukan. Penulis akan meletakkan pokok ini sekurang-kurangnya sebulan ditempat yang tidak mendapat cahaya secara terus dari matahari.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Penulis akan kemaskini lagi tentang perjalanan hidup pokok bougainvillea ini dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.