Pages

Saturday 27 April 2013

Tips kepada ejen insuran untuk pengamal ilmu hitam

Pagi ini penulis menerima satu email dari group facebook yang kongsikan satu audio video di YouTube. Audio video mengenai cara-cara untuk mengelak dari ejen insuran.

Anda boleh saksikan atau dengar sendiri bagaimana seorang pengguna memberi maklum balas kepada seorang ejen insuran (Pn. Shida) yang ingin mencari client (En. Norhashim Mohd Noh) untuk syarikat insuran tempat dimana dia bekerja. Sila dengar audio video dibawah.


Penulis ingin memberi sedikit komen kepada syarikat insuran terutamanya Syarikat Mutipurpose Insuran Berhad.

Wednesday 24 April 2013

Anak keracunan makanan

Sejak dua hari lepas anak-anak penulis telah mengalami keracunan makanan termasuklah isteri penulis sendiri. Kami tak pasti dari mana punca kami sekeluarga (kecuali penulis dan anak bongsu penulis, Danish.. setakat ni la) mendapat bencana ini.

Bermula dengan Allya yang rasa pening-pening pagi semalam dan tak larat nak bangun. Terpaksa ambik cuti untuk tidak ke sekolah.

Isteri juga terasa lenguh-lenguh badan dan pening kepala. Dia ambil keputusan untuk ke klinik ambil cuti bersama dengan Allya.

Aqil yang muntah sebanyak dua kali di taska semalam hingga tak dapat nak ke tadika. Cikgu di taska hantar sms mengatakan Aqil muntah-muntah dan tak larat nak ke sekolah.

Hadiah Lumayan Kontes Panduan Blogger

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung.

Marilah kita ramai-ramai menyertai Kontes Panduan Blogger anjuran En. Hasrul Hassan ini.
Hanya Jawab 3 Soalan dan Menang.
Hadiah lumayan menanti anda!!. 

Kontes Panduan Blogger - 3 Soalan dan Menang!

Tuesday 23 April 2013

KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG

Pada hari Ahad 21hb April 2013 yang lalu, penulis telah menerima satu email dari En. Hasrul Hassan iaitu tuan punya blog Panduan Blogger yang telah menjemput penulis untuk turut serta dalam Kontes Panduan Blogger. Pada mulanya penulis tak berapa berani nak join kontes ini sebab al-maklumlah kurangnya ilmu di dada terutama pasal penulisan blog tetapi akhirnya penulis memberanikan diri juga untuk turut sama join kontes ini.

Jika anda ingin turut serta dalam peraduan ini, bolehlah klik pada banner di bawah untuk mengetahui syarat-syarat yang dikenakan, cara-cara bagaimana ingin menyertai kontes ini serta hadiah yang ditawarkan. Kontes ini akan berakhir pada 30hb April 2013.

Klik pada banner untuk turut serta dalam kontes ini.

Saturday 20 April 2013

Allya: Kem Kokurikulum

Sejak petang semalam, Allya telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya iaitu kem kokurikulum.

Sesi pendaftaran

Friday 19 April 2013

At Pro One Badminton Centre

Hari Jumaat malam Sabtu adalah hari untuk penulis beriadah bersama-sama dengan rakan dengan bermain badminton. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil malam tadi bertempat di Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju.

Fadzly/Shukri vs Coach Rani/Addylly

Monday 15 April 2013

Boys day out

Hari ni lepas balik dari kerja, penulis bawa anak bujang yang kedua, Irfan ke barber shop untuk gunting rambut. Kalau tengok, rambut dia takde la panjang sangat tapi dia kata cikgu dah suruh dia gunting rambut. So, walaupun penat penulis bawa jugak Irfan ke barber shop.

Sebelum.

Sunday 14 April 2013

Tambah element DISQUS


Hari ini penulis cuba tambah satu element dalam blog layout penulis setelah membaca entri di laman web Panduan Blogger yang diselenggarakan oleh blogger terkenal iaitu En. Hasrul Hassan. Element yang dimaksudkan adalah DISQUS iaitu satu element untuk pembaca blog meninggalkan komen.

Saturday 13 April 2013

Badminton time

Macam biasa.. setiap hari Jumaat malam Sabtu, penulis akan bersama-sama dengan rakan bermain badminton di Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju.

Selain beriadah dengan family, inilah sahaja aktiviti untuk penulis mengeluarkan peluh.

Addylly bergu dengan Coach Rani (bekas pembantu coach di BAM)

Danish 1 year ago


This is Danish setahun yang lalu sebelum dia potong rambut. Ini koleksi gambar Danish yang ada dalam handphone HTC Desire S kepunyaan penulis sebelum ini yang kini menjadi kepunyaan anak bujang penulis, Syafiq.

Sent from my Samsung mobile.

Friday 12 April 2013

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Hari ini BlogWalking ke blog Nabila Medan dan terjumpa satu segmen giveaway. Rasa tergerak hati nak join sama. Dah lama tak join giveaway segmen ni sebenarnya.

Kalau nak join sama bolehlah klik pada banner diatas dan mengetahui syarat-syarat yang dikenakan

Tarikh tutup seperti yang tertera pada banner tu.

Sekian, terima kasih.

Tuesday 9 April 2013

MUvsMC Prediction Contest by BOAR

[UPDATE 2]
Oleh kerana penyertaan untuk peraduan ini yang berakhir pada sepak mula jam 3:00 pagi 9hb April 2013 tidak mencapai syarat yang ditetapkan iaitu 50 penyertaan maka dengan sendirinya peraduan ini telah terbatal.

Sekian, harap maklum.

[UPDATE 1]
Adalah dimaklumkan, peraduan ini terpaksa ditunda ke tarikh baru atas sebab ada perubahan tarikh untuk jadual perlawanan antara Man United vs Man City apabila ditunda ke tarikh 9hb April 2013, maka saya juga terpaksa melanjutkan tempoh peraduan ini ke tarikh 9hb April 2013 jam 3:00AM.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

__________________________
Salam to all.

Bermula dari 17hb Januari 2013, jam 06:30PM, saya berhajat untuk menganjurkan satu peraduan meramalkan keputusan perlawanan bolasepak antara Manchester United (MU) dan Manchester City (MC).

Monday 8 April 2013

Clash of the titan

[UPDATE]
Keputusan memihak kepada Manchester City. Ramalan yang tepat dengan keputusan 1 - 2 telah diramal oleh Helmi Fadzli dan Ja'a Jedont.

Dengan keputusan ini, United masih lagi berada diatas dalam kedudukan liga yang mana City merapatkan jurang mata dari 15 mata ke 12 mata dengan baki 7 perlawanan lagi.

_____________________________________________

Awal pagi esok seperti yang dijanjikan, akan berlangsung perlawanan bolasepak yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bolasepak English Premier League (EPL).

Sunday 7 April 2013

Riadah bersama keluarga

Hari ni penulis bawak isteri dan anak-anak beriadah di gelanggang badminton di tempat penulis biasa bermain badminton. Gelanggang ini adalah di Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju.


Wednesday 3 April 2013

Sehari di Cameron Highlands


Hari Khamis lepas penulis dan isteri bawa anak-anak berjalan-jalan di Cameron Highlands sempena cuti sekolah kali ini. Yes.. sekali lagi kami ke Cameron Highlands tapi kali ini pergi balik hari saja. Kali terakhir kami di sini adalah pada bulan April 2012, lebih kurang setahun yang lepas.

Pagi-pagi lagi semua anak-anak sudah bangun untuk bersiap-siap nak pergi berjalan. Isteri sibuk membuat sandwich untuk dibawa dan dimakan masa dalam perjalanan. Setelah semua bersiap-sedia, kami bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 9.00am.