Bonsai Santalia (Santalia2 - May 2017) |
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera kepada pengunjung blog yang tak seberapa ni. Ala-ala "hidup segan mati tak mahu".
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNGJUNG B.O.A.R.
Hari ni penulis nak berkongsi lagi pokok bonsai yang dalam koleksi penulis. Kali ini pokok bonsai yang penulis namakan Santalia 2. Pokok ini penulis beli pada bulan Mei 2017 di sebuah nursery di Gombak dengan harga RM40. Harganya agak murah jugak sebab bentuk dan rupa pokok ni memang takde rupa pokok bonsai pun
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNGJUNG B.O.A.R.
Hari ni penulis nak berkongsi lagi pokok bonsai yang dalam koleksi penulis. Kali ini pokok bonsai yang penulis namakan Santalia 2. Pokok ini penulis beli pada bulan Mei 2017 di sebuah nursery di Gombak dengan harga RM40. Harganya agak murah jugak sebab bentuk dan rupa pokok ni memang takde rupa pokok bonsai pun
Sebenarnya abang ipar penulis yang syorkan untuk tengok-tengok kat nursery ni kot-kot ada lagi tokey nursery ni jual pokok santalia. Dulu (maybe 10 tahun yang lalu) masa abang ipar tengah gila layan bonsai, beliau beli pokok-pokok santalia yang bawah RM30 di nursery ni. Nursery ni sebenarnya bukanlah bonsai nursery tapi cuma menjual pokok-pokok biasa sahaja. Masa penulis beli pokok ni tujuan penulis hanyalah untuk belajar train pokok bonsai. Jadi tak kisahlah pokok ni takde bentuk atau rupa pokok bonsai pun.
Lepas beli, penulis termenung panjang apa nak buat dengan pokok ni. Memamg takde idea macam mana nak bentukkannya. Tengok dalam internet kot-kot ada yang bentuk lebih kurang untuk penulis tiru tapi tak berjaya. Jadi, penulis akan ikut sahaja perkembangan pokok ini nanti. Idea penulis adalah mengikut lakaran yang dibuat seperti di bawah ni.
Lakaran idea penulis yang akan diusahakan. |
Mula-mula penulis potong sahaja batang pokok ni mengikut ketinggian yang sesuai. Memang sukar nak buat keputusan untuk potong batang pokok ni sebab masa tu tiada pengalaman dan tak tahu ketinggian yang macam mana sesuai untuk pokok bonsai.
Bonsai Santalia (Santalia2 May 2017) - Batang pokok yang telah di potong mengikut ketinggian yang penulis raya macam sesuai je dengan ketinggian tu. |
Lepas tu penulis cantas mana-mana dahan yang rasa macam tak perlu dan tak sesuai. Bila dah berpuas hati dengan dahan yang telah dicantas, penulis train dahan pokok ni dengan dawai aluminium.
Proses membentuk (train) pokok bonsai adalah satu proses yang memerlukan skill dan tahap kesabaran yang tinggi. Perlu berhati-hati ketika melilit dawai pada dahan pokok. Pemilihan saiz dawai juga perlu dititik-beratkan supaya tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Sudut lilitan dawai adalah dalam 45 darjah.
.
Buat masa ni memang sampai sekarang penulis masih takde idea bentuk yang macam mana penulis perlu train pokok ni. Jadi, penulis akan biarkan sahaja pokok ini membesar dan mengeluarkan dahan-dahan baru. Mungkin masa tu ada lebih banyak dahan untuk penulis membuat pilihan dan harap-harap masa tu akan keluar idea-idea yang bernas.
Bonsai Santalia (Santalia2 Aug 2017) - Gambaran terkini. |
Target dalam masa sebulan lagi baru penulis akan mengadap semula pokok bonsai Santalia2 ini. Di samping tu jugak, penulis akan mencari idea-idea di internet tentang rupa bentuk yang sesuai dengan pokok ini. Kalau melangok depan pokok tapi idea masih tak muncul-muncul, tak guna jugak.
Jadi, setakat ini sahaja dulu posting hari ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.