Pages

Tuesday, 29 August 2017

Bonsai: Kemaskini Ginseng Ficus1 (Aug 2017)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak kemaskini perjalanan hidup pokok bonsai yang ke-3 yang penulis namakannya Bonsai Ginseng Ficus1. Untuk pengetahuan anda, pokok ini penulis beli pada bulan Mac 2016 dan posting pertama mengenai pokok ini ialah pada 21hb Mac 2016 (Bonsai ke ni?). Gambar dibawah ini menunjukkan rupa pokok ini masa awal-awal beli dulu.

Gambaran masa Mac 2016. Masa ni tak tahu apa nama pokok.

Gambar dibawah ini pula di ambil pada bulan April 2017. Pokok ini sebenarnya terbiar dan penulis hanya menyiram dan letak baja sahaja. Dalam masa setahun, ada sekali penulis menukar pasu ke saiz yang lebih besar sedikit.

Ginseng Ficus1 (Apr 2017).

Sebenarnya pokok ni penulis tak berapa ambil tahu sangat sebab ilmu penjagaan pokok bonsai masa tu masih kurang. Penulis hanya tahu siram dan letak baja sahaja. Masa re-pot pun hanya tukar pasu yang lebih besar sahaja. Penulis langsung tak tukar tanah atau tengok akar dia macam mana rupa. Hanya sekadar tukar pasu semata-mata sebab pasu asal agak kecik kalau nak bandingkan dengan saiz trunk nya. Tumbuhan yang menumpang pun bermaharajalela. Macam nak takeover pasu pun ada.

Gambar bawah ni pulak penulis ambil masa bulan Ogos 2017. Waktu ni ada banyak daun dan dahan yang penulis dah cantas sebelumnya.

Bonsai Ginseng Ficus (Ficus1 Aug 2017)

Apa yang menarik pada pokok ni dan yang penulis cukup suka adalah pertumbuhan lumut secara semula jadi pada bahagian tanah dan akar. Natural bonsai landscape. Setelah menimba ilmu dari beberapa laman web, penulis cuba jaga pokok serta landscape pokok ini sebaik mungkin. Bagi penulis, keadaan pokok macam ni memang menarik.


Ginseng ficus1 (Jul 2017). Ada sebahagian lumut yang dah mati. Mungkin sebab sebelah kanan ni terkena direct sunlight.

Ginseng ficus1 (Aug 2017). Penulis cuba hidupkan semula lumut disebelah kanan dengan melebihkan aktiviti menyiram supaya tidak terlalu kering.

Setakat ini penulis belum lagi bercadang untuk re-pot dan tukar bonsai soil ke pasir sungai kasar sebab daun pokok ni sudah dicantas 1 bulan yang lalu. Kalau ikut teori negara 4 musim, daun pokok akan luruh setahun sekali iaitu di musim luruh. Jadi, mungkin tahun depan la boleh re-pot dan pada masa yang sama, buang daun.

Ada jugak penulis dengar dari penggemar hobi bonsai ini, buang daun boleh dibuat 3 bulan sekali. Ini adalah bertujuan untuk mengecilkan saiz daun supaya pokok nampak tua dan lama. Jadi, untuk tahu teori ini benar atau salah, penulis perlu melalui pengalaman itu sendiri. Bila penulis berkelapangan, bolehlah penulis membuat aktiviti re-pot sambil buang daun pada bulan Oktober atau November 2017 nanti.

Sekian, itu sahaja kemaskini dari penulis untuk Bonsai Ginseng Ficus1 milik penulis ini.
  


2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.. ada gak org perasan adanya blog ni. Hehehe.. terima kasih En. Warisan kerna sudi singgah sini. Pokok ni saya baru mula perasan tentang kecantikkan dia. Selama ni penuh dgn rumput dan pokok tumpang.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.