Pages

Monday 8 July 2013

Sujud

Just nak kongsikan cerita, pengalaman seorang anak di bulan Ramadhan ketika bersama ayahnya ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Cerita ini penulis perolehi dari rakan yang telah menghantarnya melalui applikasi WhatsApp.

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Dorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorang angkat letak kat tanah.. pandai, " sambung Abah memaki lagi.

## Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan ~ semoga kita akan rajin-rajin ke masjid.
posted from Bloggeroid

17 comments:

  1. Hahaha, lailatul qadar....

    ReplyDelete
  2. hihik...bahaya tu...jauh benar tersasar..:)

    ReplyDelete
  3. Mendalam pengajaran cite ni... Rajin2lah kemasjid. Selamat menyambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut ramadhan kepada BM juga.

    ReplyDelete
  5. hahaha.

    kasar bhsa tu nk tegelak rsa (dh tegelak dah pun )
    slamat menyambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  6. Hahahaha...ketawa terbahak2 di akhir cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope you enjoy dan mendapat iktibar walaupun jenaka.

      Delete
  7. hahaha... lailatulqadar la sangattttttttttttttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... saya dah banyak kali baca pun masih nak tergelak lagi.

      Delete
  8. Hehehe.... lawak eh... Dh lm follow blog en. Amir ni :) Sy singgah dr GA Mia :) http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/07/giveaway-10k-followers-mialianacom.html

    ReplyDelete
  9. hihihi... dlm jenaka kisah ni ada gak terselit pganjaran buat kita kan.. hihi.. btw, salam ramadhan dari jaa... :)

    ReplyDelete
  10. Hahaha.. amat mengharapkan lailatul qadar tu..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.