Memang tidak dinafikan sekarang ini banyak email yang masuk ke inbox dari beberapa media social seperti dari facebook, Google+, Google Groups, Yahoo! Groups dan sebagainya. Kadang-kadang boleh buat kita jadi serabut dan sukar untuk kita kategorikan email yang masuk itu dari mana.
Hari ini penulis ingin berkongsi beberapa tips untuk menyelenggarakan Gmail anda supaya nampak kemas dan senang untuk kita ketahui dari mana datangnya email tersebut.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk selenggarakan Gmail anda.
1. Klik pada pautan Setting. Biasanya pautan ini berada di bahagian atas sebelah kanan.
Klik untuk besarkan imej |
3. Di bahagian Label tab, anda akan nampak butang "Create new label". Klik pada butang ini dan satu kotak dialog untuk anda masukkan nama label yang ini dicipta. Contohnya "facebook" atau "fb". Nama label bergantung penuh pada keinginan anda.
Klik untuk besarkan imej |
Klik untuk besarkan imej |
Klik untuk besarkan imej |
4. Kemudian, klik pada tab Filter. Di bahagian Filter, anda akan nampak arahan "Create a new filter". Klik pada pautan ini untuk cipta filter baru.
Klik untuk besarkan imej |
5. Satu kotak dialog baru akan muncul yang mempunyai beberapa kategori yang ingin ditapis seperti From, Subject, Has the word, etc. Kebiasaannya saya akan guna tapisan From atau Subject. Contohnya jika email yang ingin ditapis itu dari facebook maka saya akan taip "facebook" pada bahagian From. Atau email dari facebook tapi dari group yang kita daftar, contohnya dari group blogger, saya akan masukkan "[blogger]" pada bahagian Subject kerana pada kebiasaannya email dari group facebook akan guna simbol [ ] i.e. [nama_group]. Setelah anda masukkan elemen-elemen di dalam ruangan From atau Subject, klik pada pautan "Create filter with this search".
Klik untuk besarkan imej |
6. Apabila sudah klik pada pautan "Create filter with this search", anda akan dibawa ke kotak dialog baru iaitu arahan seterusnya. Arahan-arahan ini boleh dipilih mengikut keinginan anda. Di sini anda ada pilihan sama ada ingin arkibkan (archive) terus atau simpan di Inbox dahulu untuk dibaca dan arkibkan dikemudian hari. Kemudian, pilih Label yang sudah anda cipta tadi untuk menapis email baru dari facebook untuk diletakkan pada Label facebook atau fb. Setelah itu. klik pada butang "Create filter".
7. Anda akan perasan akan ada satu filter baru yang terpapar pada skrin seterusnya seperti di bawah setelah butang "Create filter" di klik. Anda juga boleh menukar warna Label mengikut kehendak anda.
Klik untuk besarkan imej |
8. Sila lihat paparan di bawah ini untuk melihat rupa Inbox setelah anda cipta Filter.
Klik untuk besarkan imej |
Sekianlah sahaja tips untuk hari ini. Selamat mencuba.
posted from Bloggeroid
thanks for sharing amir...memang selalunya macam nilah yang kita kena buat kan? hu hu hu... tiba2 teringat inbox yang x dibersihkan lagi tu... melambak2...
ReplyDeletesama-sama.
Deleteyup tau cara ni. tapi gmail updates baru nanti dia pisahkan inbox dan social (fb, twitter,etc.)
ReplyDeleteaccount gmail lama2 dah berubah,
nanti sampai masa semua jadi interface baru.
Mungkin lagi senang nak kategorikan email-email yang baru masuk. Kalau tak nak guna untuk latest update tu boleh juga. Hanya perlu ubah di bahagian setting sahaja. Saya dah terbiasa dengan cara ini.
Deletethanks for the info. sy gunakan gmail sbg secondary email aje. tp tip yg u bagi ni sgt berguna...
ReplyDeleteSama-sama Abe Kie. Mana yang baik untuk kita kongsi semoga bileh berikan manfaat.
Deletetahniah krna bro amir sudah menang segmen GA di blog abe. Pls check out my latest entry, ok?
DeleteAlhamdulillah. Terima kasih Abe Kie.
Delete