Pages

Saturday, 20 July 2013

Riadah di bulan Ramadhan


Assalamualaikum wbt.

Seperti di tahun-tahun lepas, penulis dan rakan-rakan sepermainan badminton meneruskan aktiviti riadah di bulan Ramadhan pada setiap hari Jumaat malam Sabtu.

Selepas selesai solat terawih, penulis akan bersama-sama dengan geng badminton akan turun ke Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju untuk mengeluarkan peluh.

Seperti biasa, dua gelanggang badminton sudah ditempah iaitu di Court No.11 dan No.12. Bayaran untuk sewa gelanggang di sini adalah RM30 sejam pada hari Jumaat malam manakala RM20 sejam untuk hari-hari yang lain. Biasanya kami akan bermain selama 2 1/2 jam.



Di Pro One ini gelanggang tetap penuh pada sebelah malam terutamanya pada hari Jumaat malam Sabtu walaupun di bulan puasa.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. aktiviti yg sihat ni. en.suami jaa pun suka main badminton tp bukan di level yg expert lah. saje main nk kuarkan peluh je...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lebih kurang je. Lebih berat kepada nak keluarkan peluh aje. Nak jadi pemain Malaysia memang jauh panggang dari api.

      Delete
  2. lama dah tak main bdminton..hehehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.