Pages

Sunday, 7 July 2013

Part 2: Percutian di Krabi, Thailand.



Entri yang berkaitan dengan pos ini:-
Part 1: Percutian di Krabi, Thailand.
Part 3: Percutian di Krabi, Thailand.

    Empat Pulau (Hari kedua - Khamis 20/06/2013).


    Plan hari ini adalah untuk menikmati pakej satu hari lawatan dari pulau ke pulau yang kami tempah semalam. Kami bersarapan dahulu di resort. Sebelum bersarapan, kami bergambar dahulu di kawasan persekitaran bilik sebagai kenang-kenangan.






    Selepas puas bergambar, barulah kami pergi sarapan. Disebabkan resort ini tiada tanda halal, maka kami hanya makan scrumble egg, banana pancake, mango pancake, roti bakar yang disapu dengan jem strawberry, jus oren dan kopi.




    Pool view di tempat kami sarapan.

    Sebelum memulakan aktiviti hari ini, kami check-out dari Arawan Krabi Beach Resort dan meletakkan semua barang-barang ke dalam kereta. Kereta kami park di kawasan letak kereta di resort tersebut.

    Lebih kurang jam 08:00AM, kenderaan yang akan membawa kami ke tempat untuk menaiki speed boat telah sedia menunggu kami di resort.

    Bergambar dulu sebelum memulakan perjalanan.

    Dalam perjalanan ke pantai Ao Nang, tempat berkumpul sebelum bermulanya aktiviti island hopping, pemandu pick up truck (tuk tuk) yang membawa kami tadi singgah di beberapa resort / hotel untuk mengambil beberapa orang lagi yang menempah pakej yang sama atau seakan dengannya. Caj untuk tuk tuk telah dimasukkan sekali dalam pakej yang ditempah.

    Sebenarnya ada banyak lagi pakej yang disediakan untuk Barracudas Tour iaitu seperti ke Phi Phi Islands, Hong Island dan ada juga pakej untuk elephant tracking, naik kenu dan sebagainya. Kami memilih 4 Islands hopping sahaja kerana diberitakan ombak agak kuat pada minggu itu jadi hanya boleh pergi ke pulau-pulau yang berdekatan sahaja. Jadi hajat kami untuk ke Phi Phi Island atau Hong Island tidak tercapai.

    Tempat menunggu sebelum menaiki speed boat.

    Kami disediakan sebuah speed boat untuk lawatan pulau ke pulau ini. Untuk pengetahuan anda, ombak agak tinggi hari ini jadi kami telah diberi amaran awal oleh pemandu pelancong bahawa perjalanan ke pulau-pulau agak bumpy. Kami semua sudah bersedia dengan situasi ini dan agak yakin bila pemandu pelancong memberi tahu bahawa dengan menaiki speed boat yang besar ini agak selamat jika dibandingkan dengan bot pancung (long tail boat). Penulis dapati banyak juga pelancong lain yang menaiki bot pancung, macam tiada masalah aje.

    Kapasiti speed boat ini adalah 15 orang. Pakej ini juga menyediakan minuman percuma di dalam bot dan termasuk sekali makan tengah hari di pulau.

    Laluan ke tempat naik speed boat.












    Nasihat penulis kepada rakan-rakan yang berhajat untuk melawat Krabi dan mengambil pakej pulau ke pulau dengan menaiki speed boat ini, tempat yang sesuai untuk duduk di dalam speed boat itu adalah di bahagian belakang berdekatan dengan enjin. Ini adalah kerana kedudukan di sini kurang melantun bila speed boat meredah ombak dan alunan air laut yang tinggi.

    Pulau pertama yang kami singgah adalah Pulau Phranang (Phranang Island - Pulau ini mempunyai sebuah gua yang dikenali sebagai Phranang Caves - a very famous caves, location of a princess spirit house respected and worshiped by the local people, dan juga mempunyai pantai yang cantik, Phranang Beach). Kami berada di pulau ini selama 1 jam.

















    Pulau kedua adalah Pulau Poda (Poba Island - lovely white, sandy beach, ideal for sunbathing,swimming, and snorkeling). Di pulau ini pula, kami diberi masa selama 45 minit untuk berjalan-jalan di persisiran pantai yang cantik dan pasir pantai yang putih.














    Pulau ketiga adalah Pulau Ayam (Chicken Island - remember the name and you'll remember its funny rock shape: it looks like a chicken. Popular location for excellent snorkeling the marine life here will amaze you). Kami berada di pulau ayam lebih kurang 2 jam 30 minit. Di sini kami diberi peralatan snorkeling untuk para pelancong menikmati kecantikan dasar laut. Di sini juga kami diberikan makan tengah hari. Penulis dan isteri tidak menjamah ayam goreng yang disediakan kerana ragu-ragu dengan status kehalalannya.

    Penulis tidak sempat mengambil gambar bentuk kepala ayam yang dikatakan begitu popular hingga pulau ini digelar chicken island. Ini adalah kerana penulis perlu berada di sudut yang sesuai untuk mengambil gambar bentuk kepala ayam itu. Sudut ini hanya boleh diperolehi bila berada di dalam bot dan ketika pemandu pelancong memberitahu tentang kepala ayam itu, penulis tidak sempat mengambil kamera untuk merakamkan kepala ayam itu. Lagipun masa tu, kepala penulis agak pening-pening sebab speed boat tadi merentasi alunan ombak yang agak tinggi. Segan pulak nak bagitahu isteri sebab penulis tengok di macam ok je. Hehehe... Ketika speed boat parking untuk aktiviti snorkeling, kedudukannya tidak sesuai untuk merakamkan kepala ayam itu.

    Gambar ini hanyalah untuk memberi gambaran bagaimana rupa bentuk kepala ayam di pulau ini. Sila klik disini (kredit kepada mckeejam) untuk melihat gambaran sebenar apa yang dimaksudkan dengan bentuk rupa ayam di Chicken Island.

    Di sini, isteri ingin mencuba pengalaman snorkeling tapi sekejap sahaja. Memang cantik pemandangan di dasar laut dengan ikan-ikan hijau berbelang hitam dapat dilihat secara live dengan lebih dekat lagi.







    Tempat kami makan tengahari




    Pulau dibelakang kami itu adalah Tup Island.



    Pemandangan Chicken Island dari Tup Island.

    Dan akhir sekali kami ke Pulau keempatPulau Tup (Tup Island - one of Thailand's unseen highlights. Tup Island is situated along Koh Dam Khwan. As the tide recedes, the sea is gradually seperated by the white sand and limestone beach that will appear to amazingly connect the two islands at low tide). Untuk ke Pulau Tup, kami hanya berjalan kaki sahaja merentasi dasar laut yang cetek.


    Bergambar adalah perkara wajib walaupun panas terik.





















    Bergambar kenangan berlatar belakangkan speed boat yang kami naiki untuk pakej 4 Islands ini.

    Jam 01:00PM, kami menaiki speed boat menuju ke tempat kami mula naik speed boat tadi untuk pulang. Sebaik sahaja berlabuh, ada dua orang, lelaki dan perempuan, mungkin juga suami isteri, yang agak dah berumur menawarkan kepada  kami untuk beli frame gambar kami berdua. Gambar kami diambil, terus di print dan diletakkan di dalam frame gambar.

    Kami buat keputusan untuk beli frame beserta dengan gambar kami ini sebab kualiti gambar agak baik serta frame yang cantik. Kos frame gambar ini adalah 100 baht (RM10.00) setiap satu. Ianya sebagai kenangan buat kami berdua.

    Semasa kami mula hendak naik speed boat pagi tadi, penulis perasan ada dua orang budak muda sedang memegang kamera DSLR dan berada dilaluan yang kami lalu untuk menaiki speed boat. Mungkin juga budak-budak muda ini adalah anak kepada couple tadi. Rupa-rupanya dorang buat bisness ambik gambar untuk diframekan kemudian offer untuk beli frame gambar itu beserta dengan gambar pelancung. Bagus idea ini jika berada di kawasan perlancungan sebegini.

    Lebih kurang jam 01:30PM, kami bertolak untuk balik ke resort. Kami sampai semula di Arawan Krabi Beach Resort lebih kurang jam 02:00PM. Penulis terus memandu ke pantai Ao Nang untuk ke Ao Nang Princeville Resort & Spa sebab sudah tidak sabar untuk berehat dan mandi kerana badan pun sudah agak letih.


    Setelah check-in di Ao Nang Princeville Resort & Spa, penulis dan isteri mandi sepuas-puasnya untuk menghilangkan rasa badan yang melekit-lekit tadi, berehat di atas katil yang empuk, bilik yang sejuk, bauan yang menenangkan fikiran tapi masih belum boleh melegakan pening kepala penulis.


    Di Ao Nang Princeville Resort & Spa, suasana di sini sungguh mempesonakan, pokok-pokok pinang yang ditanam sekeliling swimming pool agak cantik sekali, bilik yang luas (pool view), serta bauan yang agak mengasyikkan.

    Di sebalik langsir ada sliding door dan balkoni yang menghadap swimming pool.

    Seperti biasa, katil yang besar.

    Bilik tidur dan bilik air yang luas.

    Susun atur tempat bersolek yang kemas.

    Lebih kurang 2 jam, kami berehat sambil tidur untuk menghilang rasa letih dan pada jam 04:30PM kami ambik keputusan untuk ambik pakej massage di resort ini. Isteri ambik pakej body and facial massage, 350 baht (RM35) untuk 120 minit dan penulis sendiri mengambil pakej foot/back/neck/head massage, 250 baht (RM25) untuk 60 minit perkhidmatan.

    Bergambar di pintu masuk Princeville Spa

    Badan dah rasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit, ditambah pula dengan urutan cara thai yang agak rakus tapi selepas di urut, badan dan kaki penulis rasa ringan dan lega cuma kepala sahaja masih rasa pening-pening tetapi sudah kurang peningnya dibandingkan dengan sebelum aktiviti urut tadi. Penulis meninggalkan isteri di spa lounge kerana dia masih membuat facial massage. Penulis naik ke bilik dan tidur.

    Jam 07:00PM kami sudah bersiap-siap untuk dinner. Kami ambil keputusan untuk dinner di tempat semalam iaitu di Chaba Thai Restaurant. Keputusan untuk sekali lagi makan malam di sini adalah kerana kami selesa di situ dan masakannya pun sedap-sedap. Kali ini penulis memandu kereta untuk ke restoran itu sebab jaraknya agak jauh dari hotel.


    Kos untuk makan malam hari yang kedua ini adalah RM52.00 untuk dua orang makan.

    Selepas dinner kami kembali ke hotel dan buat keputusan untuk membeli-belah bagi menambah souvenier kepada anak-anak buah dan sedara-mara. Kedudukan Ao Nang Princeville Resort & Spa ini adalah ditengah-tengah pantai Ao Nang jadi tiada masalah untuk kami berjalan-jalan dan shopping di sini.

    Lebih kurang jam 11:30PM, kami kembali ke hotel setelah habis shopping barang sendiri dan untuk anak-anak serta souvenier kepada saudara mara terdekat. Masa untuk berehat dan tidur...

    Sambung baca..
    Part 3: Percutian di Krabi, Thailand.

    10 comments:

    1. haa betul betul. minggu yang same ida pergi Krabi, guide tu pun cakap ombak besar.. tak dapat we all nak pergi Maya Beach kat Phi Phi lay tu... sobss......

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kalau ikut plan asal memang me and wife pun nak ke phi phi island or hong island, tapi sebab ombak besar.. ambik jugaklah pakej yang ke pulau-pulau berdekatan.

        Delete
      2. tahu takpe, jum repeat Krabi lagi sekali. hehehhee

        Delete
      3. Wife dah plan nak gi lagi tapi kena tunggu anak-anak dah besar sikit. InsyaAllah kami akan sampai lagi ke Krabi.

        Delete
    2. tak tau pun ada orang amek gambar so tak ready kemain masing2 laki bini buat hal sendiri haha...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Cantik jugak gambar yang dorang ambik tu. Thats why we all beli frame tu.

        Delete
    3. suka tengok gambar2 kat entry ni...
      rinduunya kat Krabiiii

      ReplyDelete
      Replies
      1. Thanks.. berkali-kali tengok gambar-gambar ni kat phone utk melepaskan rindu pada krabi.

        Delete
    4. seronoknya jalan2 makan angin kat krabi..tengok gambar2 pun memang cantik sangat tempat tu...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kalau bunda berpeluang saya syorkan bunda ke sana sekali sekala. Memang cantik pulau-pulau kat sana.

        Delete

    TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.