Assalamualaikum wbt.
Semalam lebih kurang pukul 10:30AM, penulis dan isteri serta anak perempuan penulis, Allya, ke Sogo untuk beli beberapa barang. Bukan untuk beli barang persiapan raya atau baju-baju raya anak tapi just nak beli ampaian kain dan drawer baju anak aje. Baju raya untuk anak-anak, isteri dah beli siap-siap. Kami ke Sogo untuk beli barang-barang ni sebab buatan yang dijual kat Sogo agak tahan dan design yang dicari ada dijual disitu.
Sesampai je di susur keluar ke simpang Maju Junction dari Jalan Kuching, kereta dah banyak dan jalan mula nampak sesak. Penulis batalkan hajat nak guna susur keluar tu dan pandu terus kereta ke bulatan nak ke Dataran Merdeka. Sesampai di Dataran Merdeka, jalan pun sesak juga. Banyak betul kereta bersesak-sesak nak ke area Sogo. Baru penulis teringat, laaa.. ini mesti orang nak bershopping untuk hari raya. Ambik peluang jualan hari raya yang dianjurkan oleh Sogo.
Sampai aje di Pertama Kompleks (lama giler penulis tak ke sini) untuk penulis ambik jalan ke kanan, nampak polis trafik kat simpang tu. JALAN DITUTUP!!!. Penulis terus pandu dan himpit ke kanan untuk ke area lobi Medan MARA. Penulis minta isteri dan Allya turun dulu dan berjalan dari Medan MARA ke Sogo.
Penulis pandu lagi ke simpang empat yang nak ke Chow Kit, Jalan Kuching dan ke Maju Junction. Idea penulis untuk ambik jalan ke kanan (Maju Junction) tapi rupa-rupanya jalan tu pun DITUTUP jugak. Polis trafik tutup jalan di trafik light Jalan Tun Razak yang nak Sogo dan Kompleks Pertama. Aduyai... banyaknya jalan tutup. Penulis pandu lagi, terus ke simpang empat kat area Hard Rock Cafe dan Hotel Concorde. Plan penulis adalah untuk buat u-turn di simpang empat tu (sebenarnya tak boleh buat u-turn, kalau nak buat u-turn, boleh aje buat kat simpang empat area Modesto tu) tapi bila dalam keadaan terdesak, apa pun boleh jadi, kalau kena tahan dek polis trafik, penulis terima je saman.
Kenapa penulis buat u-turn disitu adalah sebab penulis perasan, pemandu boleh ke Jalan Tun Razak hala ke Sogo dari arah Bank Pembangunan. Bila dah sampai di depan Kompleks Pertama, tuuuu dia... punya la ramai orang yang nak ke Sogo. Kereta pun penuh sesak. Penulis jangka, jalan ke tempat letak kereta bawah tanah di Sogo mesti polis trafik tutup juga. Memang benar jangkaan penulis. Ada satu jalan sahaja yang boleh digunakan dan dibenarkan ke tempat letak kereta bawah tanah Sogo adalah jalan dari arah bangunan CIMB.
Penulis pandu lagi ke arah bulatan berhampiran Bank Kerjasama Rakyat untuk buat u-turn di bulatan tu. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 1:05PM. Dah kat 2 1/2 jam penulis pandu kereta tapi tak sampai-sampai lagi ke tempat yang nak dituju.. iaitu SOGOOOO.
Isteri buat panggilan telefon. Isteri kata design drawer pakaian yang dicari tu dah takde. Aduyai. Penat je. Tiba masa untuk buat keputusan. Sama ada nak diteruskan atau tidak misi penulis ke Sogo. Kalau ikutkan keadaan semasa, walaupun penulis boleh sampai ke tempat letak kereta bawah tanah Sogo, belum tentu penulis dapat cari parking. Itu pun tak tahu pukul berapa boleh sampai. Penat aje isteri dan anak menunggu. Lagipun barang yang dicari di Sogo dah takde. Penulis buat keputusan dan bagitahu pada isteri dan anak untuk naik LRT dan turun di Sentul. Penulis akan pandu kereta dan tunggu di Sentul.
Setelah menunggu lebih kurang 10 minit di LRT Sentul, isteri dan Allya sampai. Kami terus ke taska untuk ambik semua hero (Irfan, Aqil, dan Danish) di taska. Syafiq tak ikut sebab dah jadi anak bujang. Mana mau ikut mak ayah gi mana-mana.
Plan nak ke Sogo hari ni tak kesampaian. Jejak kaki di Sogo pun idak. Moral of the story, janganlah mengada-ngada nak ke Sogo di musim perayaan.
posted from Bloggeroid
tak pernah g sogo..:)
ReplyDeleteHehehe.. kalau nak gi, jangan pergi time nak raya.
DeleteAssalamualaikum sabtu ni sheila nak pergi sini. beli kain untuk family. niat hati nak naik tren je atau bas. susah nak parking. hehehe. restoran insaf tu seriously sheila insaf dan takkan masuk situ lagi. hihiiih ;p
ReplyDeleteGood idea cuma kena had kan barang yang nak dibeli sebab kena angkut naik train la pulak.. hehehe..
DeleteKalau saya suka park kat Maju Junction tu...biarlah jauh sikit berjalan asal mudah parking. Mujurlah tidak pergi KL hujung minggu tadi, lagipun dah selesai shopping... :)
ReplyDeleteMaju junction pun penuh. Ntah dari mana datang ramai sangat orang pun tak tahulah. Memang lain macam punya sesak kat area situ last weekend. Anyway good for you sebab dah selesai shopping raya.
Deletex pernah pandu kereta di KL biarpun buat ujian memandu dulu di JPJ Wangsa Maju!
ReplyDeleteSekarang ni jalan2 di KL dah bersimpang-siur. Kalau takde GPS, memang boleh sesat. Saya pun terpaksa rely on GPS.
Deletesalam..saya pernah jem 1 jam dlm Sogo coz trafic kat luar sgt sesak.
ReplyDeleteIni lagi dahsyat. Terperangkap dalam kawasan letak kereta bawah tanah. Keadaan yang kita tak boleh nak control.
Deletebukan takat si sogo tu je. kat sini mana mana supermarket pun sesak. baju kurung dondon semua dah siap cuma nak cari T shirt ngan kameja je lagi. ntah bila la sempat nak terjah.
ReplyDeletenak kena minta time off kat bos la kekdahnya ni. kalau shopping time office hours tentu tak sesak sangat .
Dahsyat orang Malaysia ni kalau berbelanja. Semua supermarket penuh sesak. Harap you dapat beli barang nak dicari tu sebelum raya. Ada satu weekend aje lagi.
Deleteaiza kalau beli barangan kecil dan ringan rela naik train sahaja kalau ke sogo atau kawasan sekitarnya.. sebab kalau bab sesak ni aiza memang kurang sabar..
ReplyDeleteHehehe.. betul tu. Tak berbaloi langsung kalau bawak kereta. Buang masa dalam kereta aje.
Delete