Entri yang berkaitan dengan pos ini :-
Part 1: Percutian di Krabi, Thailand.
Part 2: Percutian di Krabi, Thailand.
Selamat tinggal Krabi (Hari ketiga - Jumaat 21/06/2013)
Hari ini adalah hari terakhir kami di Krabi. Sebelah pagi, kami relaks di swimming pool. Lagipun tak de orang yang mandi-manda di swimming pool.
Lepas sarapan kami bergambar sebagai kenang-kenangan di kawasan persekitaran lobi dan swimming pool.
Kami tidak risau untuk bersarapan di sini kerana ada logo halal kerajaan Thailand. |
Lebih kurang pukul 11:30AM, kami check-out resort dan sekali lagi berjalan di pantai Ao Nang untuk shopping kali terakhir.
Bergambar kenangan di pantai Ao Nang. |
Bergambar dengan sales girl dari Burma (Myammar) yang peramah dan boleh bertutur pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. |
Setelah selesai shopping, kami menuju ke pekan Krabi dan singgah di Outlet Village, Krabi untuk melihat-lihat apa yang dijual disitu. Barangan yang dijual dan harga lebih kurang sama sahaja di Malaysia jadi kami hanya bergambar sahaja.
Di pekan Krabi juga, kami singgah di satu kompleks membeli-belah, Big C, untuk mencari beberapa buah buku mengenai fruit craving. Ini adalah request dari adik ipar yang ingin mencari idea lain mengenai fruit craving. Katanya, Krabi adalah cukup popular dengan fruit craving ini. Alhamdulillah, kami bernasib-baik kerana jumpa dengan buku-buku yang dicari cuma buku itu dalam bahasa Thailand.
Antara beberapa buku fruit craving yang berjaya dibeli di kompleks pasaraya Big C, Krabi. |
Kami bertolak untuk pulang ke Malaysia lebih kurang jam 04:30PM (05:30PM waktu Malaysia) melalui jalan yang sama kami datang ke Krabi iaitu melalui Trang (bypass Trang), Phattalung, jalan menuju Hat Yai (tapi tak masuk Hat Yai) dan Dannok.
Dalam perjalanan pulang meninggalkan pekan Krabi, ada beberapa tempat yang kami singgah untuk berhenti makan (susah juga nak cari kedai makan muslim, mungkin juga sebab kami tak biasa di tempat ini), isi minyak (harga minyak di sini agak mahal jika dibandingkan dengan harga di Malaysia considering di sini jalanrayanya tidak dikenakan tol. Harga minyak untuk RON95 ialah 39.44 baht seliter - lebih kurang RM4.00 seliter), berhenti untuk makan di sebuah restoran berdekatan dengan stesen minyak tadi sebab perut dah lapar, dan berehat untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Agak mencabar juga memandu pada waktu malam di sini kerana banyak lori dan kenderaan jenis lori pick-up yang menguasai jalanraya. Terdapat satu kemalangan jalanraya yang membabitkan sebuah lori pick-up yang terbalik. Rasanya tiada membabitkan kecelakaan nyawa. Ada sebuah kereta polis yang mengawal lalu-lintas (polis pun guna lori pick-up hehehe..) untuk mengurangkan kesesakkan di jalanraya.
Singgah dan minum malam di pekan Dannok. |
Kami singgah sebentar di gerai makan tempat kami sarapan tempoh hari, untuk makan roti telur dan teh tarik, menu yang sama kami order dulu. Kemudian kami berjalan-jalan disekitar pekan Dannok tapi tidak membeli apa-apa sebab barangan yang dijual lebih kurang sama sahaja dengan barangan yang dijual di pasar-pasar malam di Malaysia.
Home sweet home (Hari keempat - Sabtu 22/06/2013)
Lebih kurang 1 jam kami di pekan Dannok, tepat jam 01:30AM waktu Malaysia, kami bertolak keluar dari pekan Dannok. Tak sampai 1 km kami bergerak, sampai ke kompleks imigresen dan kastam Thailand. Penulis letak kereta di kawasan lapang selepas kaunter imigresen dan kastam, kami turun dan menuju ke kaunter untuk menyelesaikan dokumen perjalanan.
Perjalanan pulang kami diganggu oleh rasa letih dan mengantuk. Banyak hentian sebelah dan kawasan rehat & rawat yang kami singgah untuk solat, isi minyak, berhenti minum, dan tidur.
Sampai juga Myvi ini ke Krabi. |
Di rumah, kami disambut dengan perasaan gembira oleh anak-anak serta ibu mertua. Anak-anak cukup gembira bila mereka dah nampak hadiah-hadiah untuk mereka masa penulis mengeluarkan barang-barang dari kereta Myvi.
Secara keseluruhan percutian kami di Krabi dengan memandu kereta amat memuaskan sekali. Memang agak penat sebab memandu sampai berbelas-belas jam tapi pengalaman yang penulis dan isteri timba adalah yang penting. Perancangan sebelum memulakan perjalanan dan percutian adalah amat penting untuk melancarkan perjalanan percutian ini.
Apa yang penting, sehingga kini kami berdua masih terbayang-bayang suasana tenang di Krabi, keindahan pantai di pulau-pulau yang kami lawati. Memang best bercuti di Krabi, Thailand. Rasa macam nak pergi lagi je.
Dibawah ini penulis sertakan sedikit informasi penting untuk dikongsikan bersama mengenai perjalanan / percutian kami di Krabi, Thailand.
Jumlah jarak perjalanan: 1,684 km.
- Gombak ke Krabi: 833 km
- Pemanduan di sekitar Ao Nang & Krabi: 23 km
- Krabi ke Gombak: 828 km
- Gombak ke Krabi: 13 jam
- Krabi ke Gombak: 16 jam
- Kos minyak: RM230.00
- Kos penginapan: RM380.00
- Kos tol: RM125.00
- Kos insuran nyawa: RM54.00
- Kos insuran kereta: RM18.00
Sekian. Semoga kita berjumpa di lain percutian.
bestnyer kka...tapi bgs akk siap tulis bajet ni.boleh simpan awai2
ReplyDeleteJust nak berkongsi info dengan rakan-rakan blogger yang lain. Harap dapat membantu.
Deletemenarik.. teringin nak kesana lepas tgk citer bikers kental.. hehe
ReplyDeleteSedang mencari sponsor. Hubungi ejulz jika berminat k.. ^_^ "Mencari sponsor GA kad raya 2013.."
Kalau berpeluang, dialu-alukan untuk ke Krabi. Pasal sponsor tu.. insyaAllah. Nanti saya contact.
Deleteida baru nak terjah percutian ke Krabi encik! ;) best nyee naik kereta? pengalaman baruu luas pemandangan.. hehehehe
ReplyDeletePenat, suka, enjoy, tenang, new experience, lasak, excited, lenguh, mengantuk, sakit, pening, bahasa ayam & itik. Yang penting, Krabi memang best.
Deleteawat xnaik flight je? hehe
ReplyDeleteSebab nak naik kereta. Hehehehe.
DeleteAssalamualaikum, mesti penat gila bawa kereta kan? heee takpelah. experienced baru tu. bilalah kita nak ride jauh camtu ;p
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt. Memang penat tapi enjoy. Untuk travel by car or motorcycle, kena buat persiapan rapi.
Deletepergi dengan kereta tak sama pergi dengan flight, masing-masing ada pengalaman masing2 yg penting dah sampai Krabi Yeay!
ReplyDeleteYes. I agreed with you. Miss krabi.
DeleteAssalamualaikum Encik,
ReplyDeleteInsurans nyawa tu bagaimana nk apply? Ingat nk buat road trip jug ke Krabi bulan Mei ni. Terima Kasih~
Wa'alaikum salam.
DeleteSebenarnya isteri saya yang buat insuran nyawa tu. Dia buat di Affin Traveller's Insurance untuk dua (2) orang. Kalau saudari pergi ke mana-mana insuran agensi mungkin ada pakej insuran nyawa untuk traveller.
Sekian, terima kasih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback tersebut. Banyak sekali yg dapat saya timba dari blog ini. Sangat berguna. :)
Saya ada satu lagi soalan, blhkan Encik berikan kepada saya jenama GPS yg digunakan untuk sampai ke sana dan berapa harganya? Kerana selalunya jika di Malaysia saya selalu menggunakan aplikasi gps hp. Seperti Waze. Jd ia memerlukan internet. Adakah gps yg Encik guna memerlukan internet?
Untuk Navigator, saya menggunakan dua applikasi navigator untuk Android Phone iaitu Papago M9 dan Waze. Tapi kebanyakannya saya menggunakan Waze ketika travel ke Krabi. Jika hendak guna, Papago M9, saudari perlu download peta Thailand dan ini agak rumit kerana agak sukar untuk dapatkan peta Thailand. Saya tidak pasti samada pautan yang saya berikan dalam Part 1 siri cerita Krabi ni, saya tidak pasti masih boleh digunakan atau tidak.
DeleteGPS Navigator Waze memang memerlukan internet jika ingin mendapatkan real time traffic condition (guna internet utk join network, jadi Waze boleh berikan keadaan trafik sama ada jem, ada kemalangan, etc) akan tetapi JIKA TIADA INTERNET, Waze juga boleh digunakan untuk mendapatkan arah jalan kerana GPS di phone telah di"locked" dengan signal dari satelit. Jadi tiada masalah untuk mendapatkan arah tujuan.
Jika saudari ragu-ragu dengan statement saya ini, saudari boleh cuba sendiri di telefon bimbit sendiri. Matikan "mobile network" atau data plan saudari, hanya hidupkan GPS, dan tunggu sehingga Waze lock dengan signal dari satelit (mungkin akan ambil masa beberapa minit kerana tiada internet). Cuba tuju ke mana-mana tempat dan perhatikan samada Waze saudari memberikan arah tuju.
Harap saudari boleh berikan feedback di sini jika sudah mencuba Waze tanpa internet.
Sekian.
SubhanAllah~
ReplyDeleteSungguh sy xtahu Waze boleh digunakan tanpa internet. Benarlah kata orang, malu bertanya sesat jalan. Terima kasih Encik, sy pasti akan cuba dulu. Jika sudah cuba saya akan berikan feedback kembali di sini. Terima kasih~ :-)
Ada satu perkara yang saya lupa nak maklumkan dalam reply di atas iaitu jika tiada internet maka Waze tidak dapat berikan ETA atau "estimated time arrival" kerana Waze tidak berada di dalam "network".
DeleteLambang Waze warna merah akan muncul yang mana ini menunjukkan Waze tidak "connected to network". Abaikan sahaja situasi ini kerana kita hanya perlukan maklumat arah tuju dan berapa jarak (km) tempat yang hendak dituju tu sahaja.
Semoga maklumat di dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu saudari dalam membuat perangcangan perjalanan ke Krabi, Thailand.
Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik.
Sekian.
terima kasih atas kesudian share info. moga kami juga akan sampai ke sana
ReplyDeleteSama-sama. Bila dah sampai nanti, jangan lupa share pengalaman perjalanan anda di sini.
DeleteAssalamualaikum tuan x singgah ke phuket drp krabi.? Ok ke kalau drp krabi ke phuket..
ReplyDeleteLg satu mmg takpe ke kalau bw salinan geran kereta je ? Diaorg x minta geran kereta yg ori ke..?
Thanks sharing tips :)
Waalaikum salam wbt. Dalam siri perjalanan kami ke Krabi, kami tidak teruskan perjalanan ke Phuket kerana kami hanya plan untuk ke Krabi sahaja.
DeleteMengikut pengalaman saya, memang pihak imegresen Thailand tidak meminta untuk saya tunjukkan geran asal. Cukup sekadar kita berikan salinan geran sahaja. Mereka akan simpan dokumen itu sebagai rujukan mereka.
Harapan jawapan saya ini dapat membantu.
Sekian.
Entri 3 part yang lengkap. Sangat membantu saya utk plan trip bersama keluarga ke sana :)
ReplyDeleteEnjoy dan selamat memandu. Berhati-hati di jalan raya.
Deletesalam tuan, nak tanya, kalau kita dah isi minyak penuh before masuk thailand, cukup x utk penggunaan kita kat krabi dan balik msia
ReplyDeleteWassalam En. Rafeez Joe.
DeleteDari pengalaman saya pandu Perodua Myvi, jika isi tangki penuh sebelum masuk Thailand.. on the way balik kena isi jugak minyak lebih kurang suku tank. Tapi untuk selamat, isi separuh tank pun OK. Then sebaik masuk Malaysia, boleh isi penuh. Harga minyak di Thailand agak mahal juga.
ok..noted with thanks
Delete