Pages

Sunday, 7 July 2013

Part 1: Percutian di Krabi, Thailand.


Assalamualaikum wbt.
(PERHATIAN: Entri ini agak panjang dan penuh dengan gambar. Jadi, harap bersabar dengan proses loading.)

Entri yang berkaitan dengan pos ini :-
Part 2: Percutian di Krabi, Thailand.
Part 3: Percutian di Krabi, Thailand.

Pada 19hb hingga 21hb Jun 2013 yang lepas, penulis bersama isteri tercinta telah ke Krabi, Thailand untuk pergi bercuti dengan memandu kereta. Kali ini percutian adalah untuk kami berdua sahaja. Penulis dan isteri meminta ibu mertua untuk menjaga anak-anak dirumah bersama dengan bibik harian yang kami bayar selama 3 hari semasa ketiadaan kami.

Percutian ini telah dirancang oleh isteri dan penulis sejak awal tahun lagi. Awal-awal lagi kami telah mengambil cuti dari majikan masing-masing.

Persiapan yang penulis dan isteri lakukan untuk percutian ke Krabi dengan memandu kereta ini adalah seperti berikut :-
  1. Tempah bilik di dua buah kediaman iaitu di Arawan Krabi Beach Resort untuk 19hb Jun (RM180.00 termasuk caj perkhidmatan) dan di Ao Nang Princeville Resort & Spa untuk 20hb Jun (RM200.00 termasuk caj perkhidmatan). Kami menggunakan perkhidmatan internet agoda.com (smarter hotel booking).
  2. Insuran perjalanan, RM53.00.
  3. Salinan geran kereta. Perlu ada cop dari pihak bank untuk pengesahan jika geran asal masih berada di pihak bank.
  4. Passport perjalanan.
  5. Insuran kereta, RM18.00 (boleh dibeli di Bukit Kayu Hitam sebelum keluar dari imigresen Malaysia)
  6. Aktifkan perkhidmatan roaming untuk Celcom, caj RM38.00 sehari. Ini adalah untuk mobile data service supaya senang kami menghubungi anak-anak dan ibu di rumah melalui Google Apps, Talk - boleh buat video call. Untuk perkhidmatan ini, hanya penulis sahaja yang aktifkan roaming service sebab isteri juga boleh online secara wifi bila penulis aktifkan wifi hotspot di telefon bimbit kepunyaan penulis.
  7. Kemaskini peta di Papago GPS. Download Thailand map untuk Papago M9 for Android yang penulis installed pada Samsung Galaxy NoteII. GPS adalah sangat berguna sekali bagi penulis sebab tidak perlu bersusah-payah untuk mencari jalan bila hendak menuju ke sesuatu tempat.
  8. Tukar RM ke Baht untuk perbelanjaan di Krabi.
  9. Top up Touch N Go, RM150.
  10. Duit minyak (sila rujuk di penghujung entri untuk pengiraan jumlah kos minyak).
  11. Akhir sekali, service kereta Myvi supaya berada dalam kondisi tip top.

Dari Gombak ke Krabi (Hari pertama - Rabu 19/06/2013)


Jarak Gombak-Krabi 829 km
Setelah mengisi minyak kereta tangki penuh (RM60), top up Touch N Go, beli minuman dan makanan ringan, kami bertolak ke Krabi pada jam 01:00AM. Jika dirujuk kepada peta disebelah, jarak dari Gombak ke Krabi adalah 829km dan boleh sampai dalam masa lebih kurang 9 jam 19 minit.

Jam 02:30AM, penulis singgah di Rehat & Rawat Tapah untuk berehat setelah memandu kereta lebih kurang 1 jam 30 minit. Berehat tak lama, lebih kurang 10 minit sahaja sebab perjalanan masih jauh. Kemudian, penulis meneruskan perjalanan.

Tak banyak kereta atas jalanraya waktu itu, jadi penulis agak selesa memandu dengan had laju kebangsaan 110 km/j. Lebih kurang jam 04:45AM, sekali lagi penulis berhenti untuk berehat dan kali ini di Hentian Sebelah Juru. Disini penulis berhenti agak lama sedikit untuk ke tandas dan juga untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Di Hentian Sebelah Juru, penulis berhenti lebih kurang 20 minit sebelum meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan menghala ke Bukit Kayu Hitam, isteri yang nyenyak tidur kadang-kadang terjaga untuk memastikan penulis tidak mengantuk.

Masjid Bukit Kayu Hitam

Jam 06:50AM kami sampai di Masjid Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat dan berehat setelah memandu lebih kurang 475 km . Berhenti di sini lebih kurang 40 minit sebelum meneruskan perjalanan lagi. Sebelum masuk ke Kompleks Imigresen Malaysia, penulis berhenti di deretan kedai disebelah kiri jalan untuk membeli insuran kereta. Dokumen yang diperlukan adalah salinan geran kereta dan passport serta bayaran RM18.


Penulis membeli insuran kereta di kedai ini. Kedai ini terletak di kiri jalan sebelum masuk ke Kompleks Imigresen Malaysia.

Setelah selesai urusan insuran kereta, kami berpatah balik ke kawasan sebelum Masjid Bukit Kayu Hitam tadi untuk mengisi minyak kereta di stesen minyak BHP (sebenarnya penulis lupa nak isi minyak). Penulis mengisi minyak penuh tangki hingga nak melimpah. Ini adalah kerana harga minyak di Thailand agak mahal jadi kalau boleh kena isi sebanyak mana yang boleh.

Stesen minyak BHP di mana tempat penulis mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Krabi.

Setelah selesai isi minyak, kami masuk ke kompleks imigresen dengan menaiki kereta. Anda hanya perlu menghulurkan passport sahaja kepada pegawai imigresen dari dalam kereta untuk dicop dan kami meneruskan perjalanan.

Kompleks Imigresen dan Kastam Malaysia.

Jarak antara kompleks imigresen Malaysia dan Thailand lebih kurang tak sampai 1 km. Sebelum masuk ke kompleks imigresen Thailand, penulis meletakkan kereta di kawasan letak kereta yang berada di sebelah kiri sebelum masuk ke kompleks tersebut. Dokumen yang diperlukan adalah passport, borang pass boarder (perlu diisi sebelum ke kaunter imigresen - caj RM2.00 dikenakan untuk satu passport). Jangan lupa untuk selitkan RM1 sebagai "caj perkhidmatan" untuk setiap satu passport. Setelah selesai di kaunter imigresen, penulis perlu ke kaunter kastam pula untuk custom clearance. Dokumen yang diperlukan disini adalah salinan geran kereta dan passport. Pegawai kastam Thailand akan menyimpan salinan geran kereta kami untuk direkodkan.

Kompleks Imigresen dan Kastam Thailand.

Tak sampai 10 minit, urusan di kedua-dua kaunter tadi selesai dan penulis bersama isteri bebas memasuki negara Thailand dengan menaiki kereta. Keluar sahaja dari kompleks imigresen Thailand adalah pekan Dannok. Kami bersarapan di sini di sebuah gerai kepunyaan keluarga muslim. Pekena teh tarik dan roti telur.

First time bersarapan di selatan Thailand

Roti canai telur dan teh tarik ni memang best. Lebih kurang RM6.00 untuk dua orang makan.

Suasana pekan Dannok di awal pagi.

Setelah selesai sarapan, lebih kurang jam 09:00AM, kami meneruskan perjalanan ke Krabi. Jarak dari pekan Dannok ke Krabi adalah 338 km yang mengambil masa selama 6 jam. Ada beberapa tempat yang penulis berhenti berehat tapi tak lama sebab sudah tak sabar-sabar nak sampai di Krabi.

Antara permandangan semasa dalam perjalanan ke Krabi, Thailand.

Pemanduan penulis ke Krabi dari pekan Dannok hanyalah dengan kelajuan 80 - 100 km/j sahaja. Kenderaan pun agak banyak atas jalanraya. Jalanraya di sini tiada tol dan jalanraya adalah lurus sahaja tetapi mempunyai banyak tempat untuk buat U-Turn. Jarang berjumpa dengan simpang tiga atau empat kecuali di kawasan pekan atau bandar. Penulis berpendapat, kenapa di sini jalan lurus dan banyak U-turn adalah kerana mereka ingin mengurangkan penggunaan lampu isyarat yang boleh menyebabkan kesesakkan lalu-lintas.

Untuk ke Krabi, penulis melalui beberapa pekan seperti Dannok, Phattalung dan Trang (bypass Trang). Sebelum masuk ke pekan Trang ada satu jalan dinamakan bypass-Trang yang kami gunakan. Pemanduan penulis agak mudah kerana menggunakan GPS. Jadi penulis hanya ikut sahaja arahan Papago ke tempat yang hendak dituju.

Lagi gambar-gambar permandangan perjalanan kami.

Semasa dalam perjalanan, penulis dan isteri dapat menikmati pemandangan di kawasan kampung, kawasan bandar, kawasan berbukit-bukau, kawasan tanaman padi. Sebenarnya semasa perjalanan kami ke Krabi ini pemandangan dan suasana adalah lebih kurang seperti di Malaysia sahaja.

Berhenti sekejap untuk bergambar. Biasa la kan.






Setelah 13 jam pemanduan bersama kereta Perodua Myvi, akhirnya penulis dan isteri sampai juga ke Krabi pada jam 02:30PM (03:30PM waktu Malaysia) . Untuk ke tempat kediaman yang penulis tempah, lebih kurang 25 minit perjalanan dari pekan Krabi. Alhamdulillah, penulis tidak menghadapi apa-apa masalah semasa dalam perjalanan ke Krabi. Kami sampai ke Arawan Krabi Beach Resort pada jam 02:55PM.


Bergambar kenangan di reception counter sebelum masuk ke bilik.

Setelah check-in, kami berehat di bilik untuk menghilangkan rasa penat, lenguh dan rasa mengantuk. Dengan suasana bilik yang tenang dan persekitaran yang bersih, susun atur bilik yang cantik, penulis tidur dengan nyenyak.

Katil yang besar.

Bilik air yang bersih.

Ada private pool tapi kat luar bilik la.



Jam 05:00PM kami bercadang untuk berjalan-jalan di pantai Ao Nang tapi sebelum itu kami bergambar kenangan dipersekitaran resort tempat kami menginap ini dahulu.










Lebih kurang jam 05:45PM, penulis start kereta dan kami menuju ke pantai dan pekan Ao Nang untuk melihat-lihat persekitaran pekan ini. Memang ramai orang di sini. Pelbagai bangsa dan rupa. Agak sukar juga untuk penulis mencari tempat letak kereta tapi akhirnya jumpa juga satu tempat yang betul-betul di hadapan hotel yang kami akan tinggal pada keesokkan harinya.


Tengah deal untuk pakej 4 Islands.

Kami bersiar-siar di kawasan pekan ini untuk mencari pakej trip dari pulau ke pulau. Setelah tawar-menawar, kami dapat pakej yang bagus dengan hanya 1500 baht (RM150) untuk dua orang. Maklumat yang kami perolehi dari laman blog sebelum ini, untuk kos pakej lawatan pulau ke pulau ini adalah RM100 seorang jadi rasanya agak berbaloi juga kami dapat harga sebegini.


Jalan masuk ke resort (Ao Nang Princeville Resort & Spa) yang akan kami menginap untuk hari ke-2 kami di Krabi.



Baju ni memang popular. Mesti beli kalau ke Krabi.




Oleh kerana kelaparan, kami mencari restoran halal untuk makan malam. Kami ke Chaba Thai Restaurant kepunyaan keluarga muslim untuk menikmati makanan masakan muslim. Kami berjalan kaki sambil melihat-lihat kedai yang ada di sepanjang jalan.

Agak jauh juga rupanya perjalanan kami untuk ke Chaba Thai Restaurant ini dari pantai Ao Nang. Seperti kebanyakan restoran Thai di Malaysia, menu yang disediakan lebih kurang sama sahaja. Jadi, kami order siakap tiga rasa, krim soup tomyam, spring rolls, udang masak tepung, kerabu mangga, dan air tembikai. Di restoran ini ada seorang pekerja yang bapanya berasal dari Langkawi manakala ibunya pula berasal dari Thailand. Jadi tiada masalah komunikasi kerana pekerja itu boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.



Hidangan untuk dua orang. Nafsu order orang yang dalam kelaparan.


Kos untuk makan malam hari pertama ini adalah RM83.00 untuk dua orang makan.

Tom yam krim sup ni memang terbaik.

Memang sedap masakan di restoran ini. Ikan siakap tiga rasa sungguh sedap sekali, tomyam yang sedap sampai penulis tak tahu nak describe macam mana, spring rolls dan udang masak tepung yang rangup dan lembut, kerabu mangga yang hmmm... sedap, air tembikai yang rasanya memang rasa tembikai.. :-).


Setelah selesai makan malam di Chaba Thai Restaurant, kami diberi perkhidmatan percuma untuk dihantar semula ke pantai Ao Nang tempat kami letak kereta. Setelah kembali ke pantai Ao Nang, sekali lagi kami window shopping sambil menikmati suasana malam di sini.

Tuk tuk versi Krabi


Setelah penat berjalan, shopping lebih kurang, kami pulang ke Arawan Krabi Beach Resort tempat tinggal di hari pertama kami di Krabi.

Sekian untuk kali ini.

Sambung baca..
Part 2: Percutian di Krabi, Thailand.

14 comments:

  1. Replies
    1. Memang seronok. Asyik terkenang-kenang suasana dan permandangan yang cantik. Rasa macam nak pergi lagi je.

      Delete
  2. wow! sedapnya boleh berbulan madu tanpa gangguan anak2! mcm muda2 kahwin kan? done follow here. Wassalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. sekali sekala tinggalkan anak-anak untuk bercuti berdua dengan isteri memang best. Sesekali boleh la cuba. Done follow your blog too.

      Delete
  3. Wah! Mcm pasangan pengantin baru.. Seronok sekali. Cantik sekali lokasinya.

    Memang panjang sekali catatannya...elok dibuat 2 atau 3 entri, lagi byk boleh diceritakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bro.. pasal entri panjang ni, thanks for your advice. Akan dipikirkan untuk dibuat 3 entry tapi kena carik masa lapanglah dulu. InsyaAllah.

      Delete
  4. seronok dapat pi sini..tempat dan pemandangannya cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Biasanya kalau pergi holiday akan sibuk melayan kerenah anak-anak tapi bila sesekali berdua gini rasa tenang dan dapat berehat sepuas-puasnya. Hubungan suami isteri lagi bertambah erat.

      Delete
  5. haaaaaaaaaa ida pun makan dekat ChabaThai tuuuuuu............ heheheeeee.. ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. sedapkan makan kat situ?. Kami awal satu dua hari je dari geng ida. Masa kami makan pada hari tu ada jugak keluarga dari Malaysia yang makan sama di situ. Tak bertegur sapa cuma kami senyum-senyum ajelah. Lagipun dorang tengah sibuk duk makan. Macam kami jugak, tengah kelaparan.

      Delete
  6. Assalamualaikum. wahhh chaba thai tempat kitorang makan. awek tu orang Kedah. hehehe. sedapnyaaaaa. rindu Krabi >________<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak order sebab dia boleh berbahasa melayu.

      Delete
  7. mila pun makan kat sini sedap gila....yang best cakap beriya orang putih sekali boleh cakap melayu daaaaa haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Bukan main pulun cakap omputih.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.