Berita di muka surat hadapan akhbar hari ini rata-rata mengenai keputusan mahkamah terhadap blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee. Mereka telah didakwa atas tiga tuduhan iaitu berhubung kes mempersendakan bulan Ramadhan dengan mempamerkan gambar menghasut umat Islam dan mempamerkan gambar-gambar lucah disebuah laman web.
Dengan pendakwaan itu, mereka ditangkap dan dihantar terus ke Penjara Sungai Buloh tanpa di ikat jamin.
Hmmmm... penulis tak faham dengan orang-orang macam ni. Kenapa dia perlu membuat perkara-perkara kontroversi macam ni. Memang sakit hati bila agama Islam dipermain-mainkan oleh penganut agama lain. Adakah dia inginkan publisiti? Adakah dia nak uji tahap kesabaran penganut Agama Islam. Adakah dia ingin menguji sistem perundangan di Malaysia bila hina agama, lepas tu minta maaf secara terbuka dan mereka boleh hidup aman lepas tu?
Harapan penulis moga mereka berdua ini mendapat hidayah dari Allah dan memeluk agama Islam.
Remaja yang rosak akhlak!!
ReplyDeleteKehidupan yang tiada matlamat.
Deletekalau lepas ni tak serik juga, tak taulah nak cakap... tapi tengok gaya diaorang ni macam hati kering jer...
ReplyDelete*salam perkenalan dan follow sini balik... ^_^...thanks sebab sudi jenguk Bubblynotes...
Kalau tengok dorang buat video mintak maaf tu macam tak ikhlas dan macam saya cakap yang dorang cuba uji tahap kesabaran orang Islam. Dia ingat kalau minta maaf macam senang-senang orang boleh maafkan.
DeleteKita serahkan kepada sistem perundangan untuk mereka terima hukuman yang setimpal.
DeleteThanks sebab singgah sini :-)
macam2.
ReplyDeletemencari malu sendiri :/
Itulah.. apa kata ibu bapa mereka berdua ni?
Deletesakit hati ngn perbuatan mereka kan. tak pstut langsung dia buat mcm tu. mmg sengaja nk uji kita tu....
ReplyDeleteIsu ni biar jadi pengajaran pada semua, jangan menghina mana2 agama. Jgn timbulkan kontroversi dan lupa sejarah.
Deletememang patut pun sumbat mereka kat sana. tak hbis2 cari hal. mngkin nak menguji kita semua. haritu kontroversi psal seks..ni cari penyakit lagi..penyakit kali ni terus dapat ubatnya...
ReplyDelete