Pages

Sunday, 21 July 2013

Berbuka puasa di Restoran Beriani Asif


Assalamualaikum wbt.

Buat pertama kali pada bulan Ramadhan tahun ini, penulis membawa keluarga untuk berbuka puasa di luar. Lokasi tempat kami berbuka puasa adalah di Restoran Beriani Asif yang terletak di Lorong Padang Walter Grenier, Jalan Bukit Bintang. Restoran ini muncul dengan serta-merta di kepala penulis bila kami bercadang untuk berbuka puasa di luar hari ini.

Kami sampai di Restoran Beriani Asif pada jam 06:20PM. Masih awal sebenarnya. Kami keluar awal tadi ingatkan jalan jem. Maklumlah nak masuk KL. Memandangkan hari ini adalah hari Ahad, kereta agak kurang di jalanraya semasa dalam perjalanan ke restoran ini tadi.





Khas untuk bulan Ramadhan ini, Restoran Beriani Asif menawarkan pakej Buffet Ramadhan. Harga sekepala untuk dewasa adalah RM50.00 dan kanak-kanak adalah RM20.00. Di sini kami tidak mengambil pakej buffet ramadhan yang ditawarkan sebaliknya menempah menu biasa yang kami selalu tempah.





Antara makanan yang di tempah adalah seperti chicken dum beriani, chicken masala, roti nan keju, air manggo lassi dan air kosong.






Masakan di sini memang tidak pernah mengecewakan penulis. Itulah sebabnya, lokasi pertama yang pop up dalam kepala penulis adalah restoran beriani asif ini sebagai lokasi berbuka puasa kami sekeluarga hari ini.

Lebih kurang jam 08:00PM, kami bergegas untuk pulang ke rumah sebab nak solat Maghrib dan bersedia untuk Isyak serta Terawih.

Sekian.

posted from Bloggeroid

7 comments:

  1. Alhamdulillah...lepas dah puasa hari ke 12 harini...moga rezki kita melimpah2...

    salam ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah. Salam ramadhan dari kami sekeluarga untuk Bunda.

      Delete
  2. Seronok juga sesekali berbuka di luar ni kan. Buat masa ni belum lagilah...esok lusa blum tentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok BM. Cuma terpaksa bergegas pulang untuk solat sebab di restoran tu ruang solat agak terhad dan tak mungkin sempat balik untuk terawih kalau maghrib kat situ.

      Delete
  3. waaa..menarik je menunya.. =)
    setakat ni tak pernah berbuka di luar..masih dirumah..masak sndiri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja menunya menarik tapi rasanya pun memang menarik.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.