Pages

Thursday, 11 July 2013

Tanah


Hari ni penulis dan isteri ambik peluang dari cuti half day untuk mencari tanah. Tanah untuk dijadikan tapak rumah. Wife dah call ejen tanah dan buat appoinment untuk tengok tanah di kawasan berdekatan dengan kampus induk UIA.

Jam 05:30PM kami menunggu ejen untuk ke tapak yang diiklankan. Sebelum masuk ke tapak, penulis dapati sudah ada rumah-rumah di lot banglo yang sudah siap diduduki.

Lot banglo baru yang sudah diduduki.

Tujuan kami mencari tanah ini adalah kerana tapak-tapak perumahan yang baru naik di kawasan rumah kami agak mahal harganya. Ada yang sudah mencecah RM900 ribu. Itu harga rumah baru. Rasanya memang gila la harga rumah sekarang ni. Tak tahulah nanti harga rumah bila zaman anak-anak nak beli rumah kelak.

Ini adalah jalan masuk ke tapak tanah yang kami nak pergi tengok.

Lebih kurang jam 05:40PM ejen sampai untuk tunjukkan kawasan tapak tanah yang bakal diratakan. Kawasan memang kawasan hutan dan berbukit.

Ejen sedang membawa kami ke kawasan tanah yang dikatakan itu.


Kawasan tanah yang dikatakan itu dan masih belum diratakan. Masih belum mendapat taraf pembangunan. Kawasan bukit bukau.

Kalau ikut kata ejen, taraf tanah yang nak dijual itu adalah tanah pertanian. Syarikatnya masih dalam proses untuk menukar taraf pertanian kepada pembangunan.

Selepas tu kami di bawa ke satu lagi kawasan yang tanahnya sudah pun diratakan tetapi harga tanah disitu agak mahal.

Ini adalah tapak tanah kawasan perumahan lot banglo yang telah diratakan dan sudah pun dijual kepada pembeli tapi sini harganya agak mahal.

Buat masa ini, penulis dan isteri masih lagi belum membuat keputusan sama ada untuk membeli tanah yamg ditunjukkan itu atau tidak kerana bimbang tanah tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak berkaitan untuk menukar tarafnya.

Sekian.

posted from Bloggeroid

19 comments:

  1. Memang sekarang ni harga tanah melambung tinggi walaupun di pinggir kota. Tapi tiada ruginya melabur kerana harganya akan sentiasa naik. Cuma perlu berhati2 krn ramai yg cuba mengambil kesempatan.
    Semoga anda dapat tanah spt yg anda inginkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you BM. Memang skg ni kena buat keputusan untuk masa depan. Tapi future tu susah nak dijangka sama ada kawasan yang dipilih akan membangun atau tidak.

      Delete
  2. Semoga dapat rumah impian anda bro...

    ReplyDelete
  3. akan datang mungkin harganya akan melonjak naik 3-4 kali ganda.. lebih baik membeli sekrang sementara masih murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Kena bijak buat keputusan ni.

      Delete
  4. Assalamualaikum. beli tanah ek? semoga segala urusan amir dan isteri dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. Hmm tanah dan rumah kat Paka taraf juta2.. berjanggut dulu simpan duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah sempat ntah idak simpan duit tu.

      Delete
  6. Memang elok pun beli tanah sekarang.. Kalau nak beli rumah siap, zaman sekarang ni mahalnya la hai..

    ReplyDelete
  7. kalau 10 tahun dulu kita anggap harga tanah dan rumah dah mahal...apalagi sekarang lagilah melambung tinggi...melampau..

    Salam ramadhan dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BUNDA. Selamat berpuasa dari saya.

      Delete
  8. mmg harga rumah skrg ni semua setengah juta keatas.. zaman anak anak kita nnt entah flat pun dijual beraus2 ribu kan

    ReplyDelete
  9. memang setuju. kalau kat Penang ni pun. kondo dah harga jutaan ringgit. Pelaburan yang bijak. Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni keputusan utk melabur tu belum dibuat lagi. Masih memikirkan lagi.

      Delete
  10. sekarang hrga tanah mmng naik.. esok2 time ada ank2, rumah kecik, tp hrganya seksa bila dgr..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.