Pages

Tuesday, 30 July 2013

Ayam percik

Ayam percik

Assalamualaikum wbt.

Hari ini penulis berbuka puasa bersama keluarga seperti biasa di rumah. Memang pada hari bekerja kami akan berbuka dirumah sahaja. Lauk berbuka hari ini cukup istimewa sekali kerana isteri masak lauk kegemaran penulis.

Hari ini isteri bercuti kerana dapat surat cuti sakit dari doktor sebab mata merah. Nak kata sakit mata tak jugak. Mungkin sebab kanta sesentuh. Jadi isteri ambik peluang untuk masak ayam percik kelantan style. Ini kali kedua isteri mencuba menu ini. Kali pertama percubaan beliau agak kureng tapi kali ini memang menepati citarasa penulis.

Ayam percik kelantan style

Ayam percik kelantan style biasanya kuah dia putih tapi isteri modified bagi nampak kekuningan sedikit. Warna tak penting tapi rasanya memang menepati citarasa penulis.

Cempedak goreng

Sambal kentang + tempe

Kurma

Black seedless grape

Disamping itu ada juga menu lain yang isteri sediakan untuk juadah berbuka puasa iaitu sambal kentang goreng + tempe. Menu ini adalah salah satu dari kepakaran isteri. Memang terbaik. Selain dari tu ada juga cempedak goreng yang anak sulung penulis beli di PARAM, buah anggur hitam tanpa biji dan juga buah kurma sebagai pembuka selera.

Terima kasih pada isteriku yang berusaha untuk memasak menu kegemaranku.

Sekian.
posted from Bloggeroid

15 comments:

  1. Sedapnya ayam percik...ayam da nek rega skrg..sya bli rangka ayam goreng je dah rm5 satu sekarang..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Harga ayam sekarang ni memang mahal. Rangka ayam pun orang nak jual. Tak pernah lagi beli rangka ayam yang digoreng tu kat pasar malam atau pasar ramadhan.

      Delete
  2. Assalamualaikum. sodapnya cempedak goreng tu. skrg tengah musim kan. heeee mohon sharing resepi ayam percik. teringin nak buat untuk suami tercinta sheila tu. hehehehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, nanti saya akan dapatkan daripada isteri.

      Delete
  3. alhamdulillah...seronok berbuka dgn keluarga, walaupun menu sesimple mane...tapi kalo dah berbuka dgn ayam percik hasil air tangan wife mmg marbeles laaa heheheeh...lieya pun suke yg kelantan style..sedap manis2 die lain sikit dari ayam percik biase.....

    salam ramadhan jugak tuk en amir sekeluarga...persiapan raye dah ready ke? heheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal persiapan raya, alhamdulillah dah ready.

      Delete
  4. sedapnya menu berbuka semalam.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. reply komen ni pun dah teringat ngan ayam percik semalam tu. hehehehe.

      Delete
  5. Assalam,

    bunda pernah buat ikan kembung percik..putih jugak kuahnyer... xder kunyit atau rempah n cili... kalu ayam percik bunda pun sama..putih..tambah biji ketumbar dan jintan2, halia n bawang merah n santan pekat...

    bunda lebih suka kekalkan warne n rasa asalnyer...untuk membezakan antara percik dan rendang atau lain2...jemulah kuning n merah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalamualaikum wbt.
      Memang percik kuah putih adalah yang terbaik.

      Delete
  6. Masakan paling best ialah air tangan isteri...hehehehehe
    Masakan penuh kasih sayang...aku macam chef lak ...hahahha

    ReplyDelete
  7. semuaaanya sedap..nak2 ayam percik tu.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaik lah ayam percik ni.. hehehe..

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.