Pages

Saturday 27 July 2013

Riadah ramadhan


Assalamualaikum wbt

Macam biasa setiap hari Jumaat malam Sabtu, lepas solat terawih, penulis akan ke Pro One Badminton Centre di Wangsa Maju untuk mengeluarkan peluh.

Hari ini agak lewat sikit penulis keluar rumah untuk bermain badminton sebab petang semalam penulis berbuka puasa di rumah parents dan berterawih bersama dengan parents dan ipar di rumah. Solat terawih habis pukul 10:30PM. Lepas solat terawih, kami minum-minum sebelum balik ke rumah masing-masing.

Penulis sampai ke rumah dari rumah parents lebih kurang dalam pukul 11:30PM. Sesampai dirumah, penulis terus bersiap sedia dengan pakaian sukan untuk keluar ke Pro One Badminton Centre. Penulis sampai di gelanggang dalam pukul 12:00AM. Ada masa sejam setengah lagi untuk penulis beraksi sambil mengeluarkan peluh sebab gelanggang sudah di tempah dari pukul 11:00PM hingga ke pukul 1:30AM.



Sesampai sahaja penulis di gelanggang, ramai members yang sudah tiba dan sedang beraksi di gelanggang. Apek yang jaga kaunter senyum sahaja bila nampak kelibat penulis yang baru sampai.

Penulis bermain lebih kurang 5 set. Memang berpeluh-peluh bila berlawan dengan orang-orang muda yang masih banyak kudrat.

Sekian.


posted from Bloggeroid

8 comments:

  1. riadah yang menyihatkan badan..

    ReplyDelete
  2. bagusnya..saya langsung tak beriadah dibulan ramadan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu sekali saje nak keluarkan peluh aje

      Delete
  3. Baguslah...sesekali memang perlu beriadah mengeluarkan peluh ni. Kesihatan perlu di jaga apatah lagi diusia sebegini.

    ReplyDelete
  4. puasa2 jugak, riadah perlu jugak untuk kesihatan....tapi yang ringan2 je lah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda, ini riadah waktu malam. Kalau siang mana mau main badminton gini. Lepas riadah terus sahur. Hehehehe..

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.