Pages

Saturday 6 July 2013

Riadah minggu ini


Pukul 06:50PM sebentar tadi kami sekeluarga habis beriadah di Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju. Macam biasa, yang kecik dua orang tu hanya berlari-lari keliling gelanggang sambil pegang reket dan pukul bola tangkis dengan gaya macam main hoki.


Baru nak start kereta untuk balik, orang Dominos Pizza call kata motor yang nak hantar pizza dah ada depan rumah. Tadi kata 07:30PM nak hantar tapi tadi baru pukul 07:10PM dia dah ada depan rumah.

Sebenarnya penulis telah mendapat panggilan telefon dari Dominos Pizza dua hari lepas. Mereka menawarkan buy 1 free 1 package untuk regular pizza. Ini adalah tawaran kepada pelanggang yang kerap membuat tempahan secara dalam talian. Jadi, penulis telah menempah 2 regular pizza dan mendapat 2 lagi regular pizza secara percuma. Kos sebanyak RM52.60. Penulis meminta mereka menghantar pizza yang ditempah pada hari ini (sabtu) pukul 07:30PM.


Dari Wangsa Maju, penulis drive kereta macam biasa dan sampai rumah tepat-tepat pukul 07:30PM.

Malam ni satu keluarga dinner dengan pizza aje.

Sekian.

6 comments:

  1. Bandminton lagi...bagus! Setiap minggu berpeluh...
    Malam pula makan pizza...enaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan jadi rutin mingguan keluarga untuk berbadminton.

      Pizza tu sebab orang dah offer pada harga rendah, kita terima ajelah. Hehehehehe..

      Delete
  2. Bgus.bersenam2 dgn keluarga..

    Wah..mlm mkn piza plak..sdapnya..x pnh rasa domino pizza..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kami suka dominos kalau nak dibandingkan dengan pizzahut. Tapi sekali-sekala ada jugak bertukar selera bila dah asyik makan pizza dominos aje. Cubalah try sekali rasa dominos.. :)

      Delete
  3. dah lama rasanya aiza tak makan dominos pizza tu.. masa aiza bekerja dulu selalu makan dengan kawan2 sepejabat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah rindu nak rasa tu.. boleh saja kalau nak order. Hehehehe..

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.